Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

1437H : 1st Syawal #teamrayashahalam

Hi LoVers,

Selamat Hari Raya again!! hehehe.

Hari ini baru berkesempatan nak update entry untuk Syawal. Lyn tulis pun light2 jer lah yer, sbb tak berapa nak ada mood menulis skrg ni. hahahaa

As usual 1 day before Lyn baru start cuti. So pagi selasa tu baru lah berkesempatan nak tolong apa2 kat rumah. Luckily my sisters semua dah start cuti Monday tuh, so dorang lah yg byk tolong kat dapur. Rumah dah siap berkemas, langsir semua dah pasang ahad tuh. So tak risau dah. Cuma kena concentrate yg bab masak2 ni pulak. After Zohor kita start masak. Slow2. Tak rushing pun. Yg penting kena siap awal sbb malam raya boleh lah kita rest kan. Tak payah nak sibuk kat dapur lagi. Alhamdulillah semua lauk pauk siap dimasak awal. 

1st Syawal....

Pagi2 tu kena siap panaskan lauk pauk sementara menunggu yg lelaki pulang dari masjid. Settled semua baru kita plak mendandan diri. Baju semua dah siap dah iron. Tinggal nak sarung jer. 

Lauk wajib di Hari Raya. Mesti ada ketupat, kari ayam, rendang ayam, kuah kacang, rendang daging, agar2 & kuah lodeh. Terlupa pulak nak snapped. Hehehe

Bila semua dah berkumpul baru lah kita mulai dgn sessi bersalaman mengikut turutan & sesi memberi duit raya. Lyn mmg sengaja taknak tepek picture2 tersebut sbb pd Lyn tak perlu lah kan. Hanya untuk simpanan keluarga jer. Selesai sessi bermaafan, kita makan pulak. Spt biasa, mmg tiap kali beraya, adik beradik mmg ada bawak juadah raya ke rumah mak. Tapi sampai rumah my mum, lauk mak & neneknya yg dipandang. Hehehe. 

Thn ni mmg tak ramai yg beraya dgn kami. Masing2 di rumah mertua.

My Along's family. My eldest bro 

My sister's family, 2nd sister

Lyn, my sister & anak nya

My youngest brother. Anak sulung kena kerja

My niece's family

Men's group

Women's group

Our family picture for Hari Raya 2016. Ini sahaja sebahagian yg ada. My Angah, Abg Uda, my adik beraya rumah in law. My nephew's family pun di rumah mertua. My niece sorang lagi dlm pantang. Baru jer bersalin hari Sabtu before raya tuh. 

Owh yer, tema merah & champagne / gold ni requested dari Maam besar. Dia teringin sangat nak sama thn ni. Selalu tak pernah lah sama mcm ni kan. Depends kat family masing2 lah nak warna apa. Bila maam besar dah request, kita kenalah ikut. Permintaan dia kan. 

Selesai bergambar, kita pergi menziarahi kubur. Balik tu, mmg ramai sedara2 kami yg dtg. Bila ada org tua di rumah ni, mmg ramai yg dtg ziarah. Hari lain tak dpt, jadinya time hari raya begini lah dorang dtg melawat. Mmg sampai ke malam rumah sentiasa ada org dtg. Even sampai hari raya ke 4 pun masih ramai yg dtg. Lyn & my sis mmg tak kemana pun sepanjang 4 hari tuh. Klu kitorang keluar, sapa pulak yg nak menolong my mum. Jadinya kita beraya di rumah jer. Raya ke 5 baru lah ada chance nak keluar rumah beraya. 

Cuma hari raya kedua Lyn keluar ke Sunway Pyramid jap. Tu pun tak lama. Tulah org takde kampung. Pi beraya kat shopping complex pulak. Hehehe


Majlis Aqiqah

Hi LoVers,

Happy 4th Ramadhan yer. So how's ur fasting month?? Harap2 baguslah yer.

Owh yer, last year Lyn dapat dua granddaughter. Jadi thn ni bertambah lagi duit raya untuk budak2. hehehe. Tapi ttp tak banyak pun since my niece & nephew ramai yg dah besar panjang, masing2 dah kerja pun. Klu ada pun tak ramai, plus 8 org grandchild. This year tambah lagi sorang grandchild, lepas raya In Sya Allah.

It was a week after I got back from Krabi. Alamak cerita Krabi pun tak buat lagi. hehehe. Nanti lah yer. Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Medina Sofea, my nephew's daughter. Majlis buat di rumah mertuanya. 

Kumpulan Marhaban area kampung kami. Owh yer dorang ni kahwin sekampung. Cuma lorong jer lain2. Hahaha. Senang nak balik kg tak gaduh. hehehe

Tu si kecik tgh tidur sebelum marhaban & cukur jambul. Lyn tak masuk pun. Duduk luar jer. my nephew yg tlg snapped kan semua picture ni. 

My SIL yg mula kan cukur jambul

Follow by my brother. Time ni dah bangun lah dia. Tu yg kemain tegak jer kepala dia. 

 

Hahhhh budak kecik yg dah berumur 7 bulan skrg ni. Pantang org ajak gelak, kemain menggedik sungguh. Dia jenis nak jer kat org. Pantang org ambil nak dukung, kemain suka dia. Serious jenis tak takut org. 

Kambing golek

Kami2 yg dtg. Picture tak semua Lyn tepek sini. Byk sangat. Tak larat nak tepek. Seronoklah bila jumpa ramai2 ni. Sambil makan sambil borak. Even dkt pun kekadang tak sempat nak catch-up semua cerita. 

His little family

In Sha Allah, meriah lah raya thn ni. Ramai baby boleh belek. hahaha. And for sure tak pernah akan cukup quorum. My Kak Ngah & Abg Uda Lyn mmg selalu beraya rumah mertua dulu. My adik thn ni raya kat Alor Setar. Yg lain2 semua akan beraya rumah my mum. I olsss jgn tanya. Hahahaha

Selamat berpuasa :)


Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Zahraaniyya

Hi LoVers,

Genap sebulan Lyn baru nak update on that particular entry. Btw,  I just got my 7th grandchild which is nephew's daughter on October last year. Kiranya cicit ke 7 my mum. Alhamdulillah....

Dari sehari ke sehari, sebulan ke sebulan baru dapat organize Majlis Aqiqah & Cukur Jambul untuk dia. Time & hari masing2 sibuk & tak dpt nak slot masanya. Lagi satu our catering yg kita selalu tempah tak free. Finally, kita buat on 28th February 2016. Tu pun my sis & anaknya dah booking date sebulan awal. Since kita catering, so takdalah sibuk macam majlis2 sebelum ni yg kena masak sendiri. Yg tau semua siap dpn mata & melawa jer lah as usual. Hehehehe

Majlis started at 10.30am. Dimulai dgn marhaban, berzanji & akhirnya doa selamat serta majlis tahlil. My sis buat kecil-kecilan jer. Jemputan pun dlm 250 org termasuk org2 masjid.   


Selesai marhaban, cukur jambul di mulai oleh kaum lelaki. Nasib baik si kecik tu behave. Cuma dia tak tahan panas jer. Merah padam muka nya. Nak akhir2 tu mula dia mencebik buat muka. Terus Papa nya sumbat kan puting, baru dia ok. Tgk tu, kemain dia pegang baju papanya. hehehe.

Then ke kaum perempuan. Kami sekeluarga jer yg ada time tu termasuk family in law my nephew. 





Time ni pun dia behave sgt. So tak byk ragam. Senang jer lah dorang nak menggunting rambutnya. Cuma masalahnya rambut dia skit sgt, tu yg payah nak gunting. Kena teliti betul2. Alhamdulillah dia tak nangis. 


Presenting my 7th grandchild, Nur Zahraaniyya. Now already 6 months old. Kulit mmg putih melepak mcm anak mat salleh ikut Papa & Mamanya. Dah pandai ajak org berborak dah skrg ni. Skrg ni pun dah start meniarap. Tak dpt jer mau menangis melolong. hahaha. Owh kipas kena sentiasa ada. Klu tak merah padam mukanya. 

Nanny & her granddaughter in front of candy buffet. Kita2 yg buat candy buffet ni. Takda nak hired sesiapa2 pun. 

Jemputan lain ramai yg dtg lepas Zohor sampai ke jam 4pm. Dah membawak ke petang tu, kita2 satu keluarga jer lah yg ada lepak2 & makan2. Masing2 baru ada selera nak makan. Selalunya pun mcm tuh, time kenduri takde nya nak makan sbb rasa mcm dah kenyang. Bila majlis dah settled & orang pun dah kurang baru lah terasa perut tu lapar. Lyn pukul 4pm baru nak lunch. hehehehe

Lauk pauk sedap sbb kita ambil catering yg selalu. Saudara Lyn jugak. So harga pun sedara2 jugak lah. hehehe.

Ok selesai dah majlis si kecik ni. Another kenduri In Sha Allah in May. 


Congratulations!!!

Hi LoVers,

Happy Monday & Good morning everyone!!!

Owh yer baru ni sibuk dgn result UPSR yg keluar kan. FYI, dlm family Lyn takda yg menduduki UPSR. Tapi nephew Lyn 2 org thn ni ambil SPM. Seram jugak dibuatnya. Masing2 blm habis paper lagi. Dua2 tinggal 2 paper jer lagi. Rasa lama betul dorang ni ambil SPM. This week habis katanya. Haaaa.. baru lah lepas ni boleh enjoy. hehehehe.

Seram, mcm Lyn pulak yg nak ambil SPM. Kihkihkih.. Tu belum nak ambil result lagi. Seram nya mcm kita yg nak amik result. Baru ni masa result UPSR keluar, ada anak2 kwn Lyn yg ambil result. Berborak lah dlm group WA. Kemain kitorang seram sama, mak nya sendiri lagi lah seram. Ermmm kita pun tumpang seram anak kawan2 yg ambil result. Hahahaha

Lupakan pasal UPSR & SPM segala.

Baru2 ni convocation day for both my niece & nephew. Lyn tak dpt attend. My mum & rest ada jugak yg join. 

My niece, anak sulung Abg Lyn yg no. 2. Graduate kat UM.Skrg ni dah start sambung Degree ni UM jugak. My nephew yg baju hitam tu thn ni SPM. Yg sorang lagi baru sambung Diploma.

My nephew, anak kedua Abg Lyn yg bongsu. During his convocation at UiTM Segamat last week. Abg si Puteri. Skrg ni pun dah start sambung kt UiTM Shah Alam. Owh Puteri pun one of the best student untuk tahun 3. Thn ni dpt 3 anugerah. Tahniah Adik :) Tapi dia tak dpt attend majlis penyampai hadiah sbb hari yg sama jugak konvokesyen Abg dia kat UiTM sana. 

My granddaughter, Khaira pun dpt 2 anugerah untuk tahun 1. No 3 dalam kelas & no 3 keseluruhan tahun 1. Tahniah Along. 

Alhamdulillah, dua anak buah Lyn dah graduate. Tapi masih pjg lagi perjalanan masing2 nak berjaya. Bkn senang nak senang kan. Skrg ni lah masanya untuk struggle nak dpt kan apa yg kita nak. Kena rajin belajar. Biarlah susah2 dahulu, bersenang2 kemudian.Your family & all of us proud of you guys!! Belajar lah rajin2 untuk masa depan masing2.

Dan tahniah juga pd yg dpt best result. Yg tak berapa bagus tuh, takpe. Ini bukan pengakhirannya. Usaha lagi dan lagi. Selamat berjaya.


Makan-Makan Merdeka

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Just got to work today after long holiday due to Hari Raya Qurban. Mostly ramai yg sambung cuti. Alang kepalang kan. Yg best budak2 sekolah lah. Ada yg cuti sbb jerebu esok. Tapi sure ada sekolah ganti. Klu kita yg kerja ni pun cuti sama, alangkah indahnya #Eh

Actually, entry lama ni, tapi lupa nak publish. Boleh tak perasan pulak. 

Btw, entry ni sempena merdeka hari tuh. Dah sebulan dah pun, baru terhegeh2 nak update. It was makan2 with my family members. Tak jemput sapa pun. Adik beradik kami saja. Dah plan lama jugak selepas habis raya. Sbb time open house tak puas. So kita repeat lah kali ni. Hehehehe

Tak sure cake apa. My niece made it. Sedap. Skrg nak makan cake senang jer. My niece pun. Dia baru grade dr UiTM. Ambil course cake2 ni lah. 



Semua my anak2, cucu cicit my mum ada. Klu tak silap my niece sorang takde. Kena ada kat UM tuk orentasi. So mmg tak dpt nak elak. Yg lain2 semua semester break & cuti weekend. 

Menu utama ikan bakar. Ada mee hoon soup, mee soup, spaghetti, macaroni carbonara, dadih, buah2an, cocktail, air asam boi & sirap. Tambah pulak ice-cream as a dessert. Ni takde sapa sponsor pun. Setiap family kena byr amount yg ditetapkan. Sapa2 yg bwk mknn sendiri dialu2kan.

Cuaca malam tu sejuk jer. Kita pun sambil makan sambil lah berborak. Mcm tu lah aktiviti kitorang tiap kali berjumpa. Tak pernah sunyi dgn gelak ketawa. Klu tak ruih tu bkn family kami lah jawabnya.

Selain makan2, kita celebrate birthday untuk mereka2 yg lahir pd bulan June sampai August. Tak ramai sgt pun. Tapi seronok lah kan bila celebrate birthday ramai2 gini. Mmg happening.

Kitorang lepak sampai 12.00am sekaligus sambut merdeka. Takde bunga api pun. Dari rumah my mum ni boleh nampak bunga api kat I-City tuh. Kita tgk lah sekali. Ada takde pun budak2 ni menjerit merdeka dgn bendera nya sorang satu.

Lewat pagi jugak kitorang melepak. Maklumlah Isnin kan tak kerja. So boleh lah stay up sampai pagi. Siap2 berkemas, basuh pinggan mangkuk segala. Pukul 3am gak baru kitorang tidur. Hujan pulak pagi tuh mmg sedap lah tidur tarik selimut. 

Tu jer kejadian sehari sebelum merdeka. Entry2 lain bakal menyusul soon. Bye!!!

Family Open House & Makan-Makan

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Hari ni nak cerita pasal our raya open house. Raya dah habis, siap dah nak raya qurban, Lyn baru terhegeh2 nak update pasal raya. Hehehe. Maklumlah malas tahap gaban skrg ni. Kurang bersemangat nak menaip entry skrg ni. Huhuhuhu

Ok, our raya open house held on 1st Aug 2015. 2 weeks after raya. Selalunya kita buat last2 Syawal, thn ni kena buat awal sbb nak sekali kan reunion Abg Long Lyn kat rumah dia. So Sabtu kitorang punya raya open house, Ahad tu reunion Abg Lyn. Bkn apa, khemah yg kitorang guna tu, sekali gus tuk dorang jugak. 

Biasalah kitorang klu nak buat majlis mcm ni, seminggu awal dah siap prepare mcm2. Well prepared. Semua ada task. Takde sapa boleh mengelat. Lyn dah siap2 bg tugas. So buat lah tugas masing2 sampai ke hari majlis tuh. Masak2 kita awal pagi Sabtu. Tapi Jumaat malam tu kita dah buat apa benda yg perlu buat lah. 

So sabtu tu kita dah siap dr awal pagi lagi. Lyn pulak kena kuar sekejap. Tapi sebelum tu Lyn dah siapkan semua tugas yg Lyn kena handle. Settle kan hal kat luar & sampai rumah lebih kurang 2.30pm. Sampai rumah pun, org masjid tgh baca doa kat rumah. Jemputan pun baru start nak dtg. 

Chocolate cake made by my niece for our hari raya open house. Mknn lain biasa2 jer. Nasi impit, kuah kacang, mee hoon sup, mee sup, laksa, tauhu sumbat, mee kari, kueh teow goreng, kuih muih, buah2an, ayam bakar, air & makanan lain. Lupa dah. hehehe.

Selesai orang masjid, tetamu lain pun dah start ramai. Tgh beria2 melayan org, tiba2 hujan turun. Lebat pulak tuh. Kesian pulak dgn org2 yg dtg berpayung2. Even hujan lebat, jemputan tak putus2 dtg. Terpaksa lah masuk rumah sbb nak mengelakkan masing2 dari kena hujan. Yelah, nak buat mcm mana kan. Dah nak hujan. Hujan rahmat kata org. 

Lama jugak hujan nak reda. Behenti sekejap then sambung balik. Tak sempat nak bergambar dgn kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang ni semua ada slot masing2. So slot Lyn jul 3pm - 6pm. So time tu penuh lah kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang buat mcm besar2an terus senang. Sekali masak, sekali penat. Klu jemput2 skit, payah. Lagi pun dah tiap2 thn mcm ni. Small matter. 

My ex-schoolmates. Dorang dtg sekali harung. Senang nak melayan. Mcm2 kerenah dibuatnya. Ade yg Lyn dah pernah jumpa sebelum2 ni, dan ada yg baru jumpa 1st time masa kat rumah Lyn. Alhamdulillah dorang masih ingat lagi. Tapi Lyn lah yg byk lupa. Maklumlah Form 4 jer dah pindah sekolah lain. hehehe

Dgn anak2 masing2. Pasangan masing2 jadi penonton jer. Teruk dorang lupa nak amik pic ramai2. Actually ramai Lyn jemput. Tapi ini saja yg dpt hadir. Sbb masing2 ada jemputan lain. Actually lepas je rumah Lyn ni, ada lagi 3 buah rumah yg buat open house. Tapi Lyn tak dpt lah nak join. Dah rumah sendiri pun buat sama. 

Dorang balik jer, kawan2 Lyn yg lain pulak dtg. Actually kawan2 rapat jer yg Lyn jemput. Mcm ex-schoolmates mmg wajib. Sbb baru this year dpt jumpa dorang semula. This year, we can't effort to invite everyone. So only relatives, close friends & neighbours jer yg ada. In Sha Allah klu ada rezeki, adalah nnti yer. 

Our family open house ended at 9pm. Seriously mmg penat gila2. Sampai dah tak larat nak jalan. Penat mengemas mmg sampai dua tiga hari baru settle. Settled & kita kemas semua sampai licin. Then sambung pulak dgn family makan2. Mau tak penat. Yg ni sampai midnight. Mmg gila lar. Hehehhee. 



Buat BBQ pulak. Hehehehe. My bro beli ikan, kerang & hotdog. Yg membakar nya anak2 buah Lyn. Walaupun penat, muka pun dah sememeh, dorang berjaya menghabiskan nya. Hehehe. Tak menyempat2 dorang ni BBQ. Mcm lah takde hari lain. Bak kata my bro, biar penat sekali. Ni klu buat 2 3 kali, tak larat wooo. 

Kitorang melepak, berborak & bergossip sampai ke midnight. Group bapak2, group bujang2, group mak2, group anak dara. Masing2 dgn topik masing2. Berkumpul satu meja masing2. Ntah hape yg kitorang borak pun tak tau lah. Biasalah klu dah ramai2 gitu mmg mcm2 topik yg keluar. Seronok pulak melepak malam2 dgn family. My mum jer tak join. Tgk tv. 

By 1am, kita dah kemas kat luar siap dgn sapu sampah. Dah bersih dah. Tinggal satu khemah jer tuk reunion Abg Lyn next day tuh. Yg tu kita tak involve pun. Semua catering. Sambung lagi kemas dlm rumah. Dkt pukul 3am baru lah masuk tidur. Punya lah penat. Allah saja yg tau. 

Even penat pun, tapi mmg seronok. Bila lagi nak buat aktiviti mcm ni klu tak time raya. Betul tak?? ermmm esok kita sambung lagi pasal open house yer. Bye!!!


Syawal 1436H : 8th Syawal

Hi LoVers,

Good morning  & happy Monday everyone!!!

Syawal pun dah berlalu pergi. Tapi entry Syawal masih tak habis lagi. Byk pulak yg masih dlm draft. Later lah nnti Lyn habiskan & publish. So ni nak cerita on 8th of Syawal. Beraya konvoi dgn adik beradik ker rumah adik beradik yg lain. Jumaat malam seminggu selepas raya. Berjanjian dgn mereka2 ni pun kena awal2. Nnti ada plak yg pergi tempat lain. 

We went to there at 8pm. Berkonvoi 7 biji kereta. First rumah my 2nd sister. Nearby our house jugak. 

Sebahagian jer yg ada. Kat section lain yg lelaki plak melepak. Penuh rumah my sis. Selain kuih raya, my sis ada jamu makanan lain. Tapi kitorang tak kisah pun. Kuih raya pun boleh jer. Tak lama lepak situ, sbb nak ke rumah my niece pulak. 

Rumah my niece. My 2nd sis's daughter. First time beraya kat rumah sendiri. Selama ni dia mmg tinggal dgn kakak Lyn. So dah anak ramai ni kena lah pilih hidup sendiri. Sampai bila nak tinggal dgn mak kan. Kat rumah ni kita melepak lama juga, sambil layan org lain mercun. Berdentum dentam kuat bunyi. Bkn kita yg main, neighbor my niece.

Next, rumah my 1st sis, Kak Ngah.

Rumah dia yg paling special. Mcm2 dorang hidang kan. Kebetulan dua org my niece ada kat rumah cuti raya, so dorang lah berdua yg masak. Ada bread puding, mee goreng, tauhu & tempe cicah sambal kicap, tembikai, jeruk mangga & kuih raya. 

Mkn & berborak biasalah klu berjumpa. Ada jer cerita dia. Jumpa my sis ni sure tergelak sakan. Dia suka buat lawak & suka buat org ketawa. Ada jer lawak yg dia reka. Mmg betul happy go lucky lah dia. Kat rumah dia ni kita duk bergambar sakan. 

Nak bergambar tapi kena kacau dek anak2 buah Lyn yg lelaki. Kitorg ketawa sampai takde suara dibuatnya. Kesian betul. Nasib baik kt rumah org, klu rumah sendiri mau terguling2. 

Snapped yg keberapa baru la dpt yg ok. Klu tak memanjang kedaung.

My siblings, SIL & anak2 buah kesayangan

Another shot

Nanny, niece, granddaughter & grandson. Khair not joining us. Dia sibuk tgk lampu kat luar tuh. 

Ni lah anak2 buah Lyn yg sengal. Mcm2 hal dorang ni. Yg depan tu tak sedar diri nak jadi bapak org. Tapi perangai mcm budak2. Hehehehe

Byklah pic lagi. Tapi tak payah lah nak share sini. Kita share skit2 sudah. Pic pun tak berapa nak semenggah sangat. Hehehe. 

Sambung lepak & borak2 dgn dorang. Maklum lah rumah last, so lepak lama skit. Catch up session dgn anak2 buah Lyn yg berdua tuh. Dorang tu semua belajar jauh2. Time raya gini baru lah jumpa. Klu tak, mmg susah skit lah. My sis plak balu. Nak kemana2 kena tunggu anak bujang dia yg bawak balik rumah my mum. Raya hari tu, 1st raya sampai 3rd raya dorang tidur kat rumah my mum. Raya jer baru tidur or klu ada kenduri kendara. Tak puas berborak. So ni kira sambungan lah. hehehe.

By midnight kita balik. Ikut kan my sis dia suh lepak lama lagi. Tapi masing2 dh penat. Plus budak2 pun dah nak tidur. So sebelum dorang meragam, baik lah kita beransur dulu. So itu lah cerita raya ke 8. Ada lagi tau citer raya. Tunggu!!! :)