Showing posts with label My Nite Out. Show all posts
Showing posts with label My Nite Out. Show all posts

Melepak Di Putrajaya

Hi LoVers,

Good morning everyone. Salam 8th Ramadhan. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu.

Lyn nak story about lepak2 dgn my friends. Lokasi kedua2 nya di Putrajaya. Biasalah kitorang klu jumpa mmg kesana selalu. Bkn apa member sorang tu patah kaki. Kereta masuk workshop. Jadinya mmg kena kesana lah. Klu dia ada kereta biasanya kita lepak kat area Puchong. Kira2 tgh2 lah. 

Ni lepak kat Zawara Ayer8 Putrajaya. Ni jer lokasi yg paling senang untuk lepak selain dari Alamanda. Dulu2 mmg tak pernah nak ke area Putrajaya ni. Skrg ni mcm kerap pulak. Lepak jer Putrajaya. hahaha. Biasa klu jumpa dorang ni mmg ada mission yg menanti. Jgn di tanya mission apa. Tapi selalu klu jumpa sure ada jer cerita dia.

Makan, gossip, gelak..
Makan, gossip, gelak...
Lepas tu stress secara berjemaah. Hahahaha.

Next, di hari yg lain di Alamanda pulak. Ni mmg craving nak makan sushi. Tempat wajib klu nak pekena sushi mmg di Hei Sushi jer jawabnya. Dah addicted. Bila sorang meroyan nak makan sushi dlm group, dah sorang lagi pun teringin. Ermm jadinya sebelum puasa, dan sebelum Lyn terbang ke Perth hari tuh, dpt gaklah melepak sekali dgn dorang ni. Cuma kali ni tambah ahli sorang lagi, yg jarang sgt dpt lepak bersama. 

Kitorang ni mmg tak boleh nak lari dari habit bergambar. Lyn tak tau lah sindrom apa. Hahaha. Klu tak ok pic tu sure lah snapped sampai semua org puas hati. Pelik betul. Layan kan aje mereka2 ni. Hahahaha. Ni pun lepak selepas masing2 balik dr kerja. Hari Jumaat klu tak silap. 

Masa ni pun sebenarnya ada satu insiden yg berlaku. Tapi tak perlu lah Lyn cerita dlm ni. Off record gitu. hahaha

Ni lah makanan yg kita order di Hei Sushi. Nampak byk kan. Nampak mcm tamak haloba. But end-up habis & licin licau kita kerja kan. Nampak tak betapa laparnya masing2. Hahahha. Tapi makan kat sini mmg puas hati lah. Semua sedap2 belaka. Mcm kitorang dah biasa mkn kat sini. Tapi pd kawan Lyn yg baru try makan kat sini, dia pun kata sedap sgt. Lepas ni katanya nak heret lakinya sama.

Emmm.. in total its cost us RM120. Not bad rite. Harga kat sini mmg reasonable. Even mahal pun tapi mmg puas hati sgt2.

Ini mmg last lepak dgn dorang sebelum puasa. Bulan puasa ni mmg takde lepak2 lagi. Masing2 sibuk & mlm pun ada terawih. So lepak2 tu kita akan arrange kemudian lah nnti. Terawih tu kita dahulukan. Bkn tiap2 bkn ada kan terawih. Jadinya kita gunakan sebulan ni mengaut segalah pahala dgn sebaik2nya.

Selamat berpuasa :)


Hei Sushi

Hi LoVers,

It was last month. Dah berbulan2 baru nak up. hehehee. It was dating time with beloved friends. We went there after working hours on Friday. Lyn spt biasa met up Erin in Shah Alam then baru terus jumpa my friend Ayu in Putrajaya.

Dlm keadaan hujan & heavy traffic sampai jugak kitorang dkt nak masuk waktu Solat Maghrib. So Solat dulu, then baru kita dinner. Our first time makan kat Hei Sushi ni. They served sushi & other dishes too. The most important is Halal by Jakim Malaysia. Ayu tu dah biasa makan sini, kali ni dia seret kitorang sekali. Hehehe

Sebelum dinner kita ambil gambar dulu. But sebelum tu kita catch-up cerita masing2. Maklumlah klu berjumpa tak sah klu tak bergossip. Dlm WA selalu gak, tapi tak best. Face to face baru effective skit. Hahaha.

Let's me show you. 






Semua yg kitorang order ni Lyn dah lupa dah nama nya. Ada set meal, sushi & side dishes. Korang pilih jer mana yg korang nak. Kitorang sendiri pun rambang mata sbb semua sedap. Hahaha. Air je yg Lyn ingat, Red Passion. Highly recommend untuk korang yg teringin nak makan sushi. To be honest, Lyn & my friends mmg suka sgt Hei Sushi ni. Dah lah sedap & betul2 menepati citarasa kami semua. Sbb tu semua makan tak hingat. Masing2 tak lunch siang tuh. Mkn lite2 jer sbb nak pekena sushi sebenarnya. 

So far hanya di Alamanda Putrajaya jer yg ada. So mmg payah skit lah. Jauh kan klu nak makan sushi semata2. Tapi berbaloi lah dgn rasa dan harganya. Klu tak silap masa kitorang makan ni habis dlm RM100 jer.

Makan & borak. Itulah kami :)

Lepas tu sambung meronggeng kat cinema. Mcm2 perangai bila perempuan senget sudah bersatu. Hahahaha



Byk lagi pic2 kitorang yg senget2. Tapi tak perlu lah nak tunjuk semua. Rasa mcm tak senonoh pulak. So kita letak yg senonoh skit lah yer. 

By 11.30pm baru lah kita teringat jln nak balik rumah. Kitorang ni klu jumpa mmg selalu lupa jln nak pulang. Hilang ingatan gitu. Sbb selalunya sakan berborak sampai lupa laki & anak2 kat rumah. Hahaha. Lain lah Lyn, takpe. hahaha.

Owh dua kali dah repeat Hei Sushi ni. Yg tu cerita nnti. Keluar dgn dorang ni mmg terbaik. Sampai lupa masalah sekejap. Hehehe

Serabei Cafe

Hi LoVers,

Good morning & Happy Monday everyone!!!

Again, JJCM with them. As usual hari jumaat malam. Arrangement dia dorang berdua yg uruskan. I was busy with meeting siang tuh. Mmg tak reply sgt WA. Tu pun duk mekak2 panggil. I was ok with their plan. Janji tak mengarut nak ke bulan ke bintang. Hahahaa

Lepas fetch Erin kat Shah Alam terus ke Putrajaya. Lyn mcm pelik gak lah. Mula2 dorang kata nak lepak Cyberjaya. Dan2 tu gak tukar plan ke Putrajaya. Ok wa no hal. Layan kan aje minah2 senget ni. Lepak di Serabei Cafe, Putrajaya. Lyn mmg failed skit lah area2 Putrajaya ni. Bkn selalu pun pergi. Recommended by Ayu. Kat area2 ni byk kedai makan. Ada Zawara, Teh Tarik Place & etc.

Sarabei Cafe ni best jugak lah. Ala2 modern concept. Dorang served masakan melayu kita but more focus to Kelantanese dishes. Not bad. 

My fav all the time. Nasi Kerabu. Korang bagi lah Lyn makan nasi kerabu hari2. I was ok. Pernah dulu outstation kat Kelantan, hari2 Lyn layan nasi kerabu tak kira breakfast, lunch &dinner. Sampai member tanya, tak jemu ker?? hahahha

Kueh teow kungfu ke ladna ni. Tak ingat. Untuk Erin. & kawan Lyn sorang lagi makan nasi paprik campur.

Pisang madu with vanilla ice-cream. Sedap. Order satu jer, lepas tu menggelupur bila semua duk hentam makan sampai tak cukup. Hahaha. Tu yg jadi best makan rebut2. hahahah


Sebelum makan, kita snapped pic dulu. Routine tuh. Mmg tak boleh di sangkal lagi. hehehe. Lepas tu baru kita enjoy our dinner. 

Makan2 & borak2. Tu lah kerja kitorang. Selain WA group, time gini lah nak catch-up new thing. Actually bila berjumpa ni lagi byk cerita. Dlm WA kekadang nak cerita tak best. Face to face lagi lah best. Senang. Dlm WA menaip kekadang lambat nak tau satu2 cerita tu. 

By 10.30am kita gerak jalan2 kat Putrajaya tu. Sambil melepak, sambil snapped pic. 


Ada satu insiden berlaku kat sini. Seriously mmg gila lah kitorang bertiga ni. Mcm2 ragam terjadi. Tak boleh nak cerita. But the best part, kitorang buat kerja gila sampai ketawa berdekah2. Mmg gila lah senang cerita. Klu kat rumah, sure ketawa sampai guling2. Ni ketawa sampai sakit perut, sampai meleleh air mata sampai tak de suara. Hahahhaa. Cuma tak boleh guling2 jer. Kat luar woiii. Kang org kata apa plak. Tu pun gelak mcm kena rasuk, sure org pelik. Sure ada org pandang punya. Tapi kitorang punya lah tak heran. Ketawa sampai sakit perut jugak lah. Tapi dorang tetap best.

By 12.30am kita chaw balik lah. Klu di layankan lagi gelagat bertiga ni, mau tak balik jawabnya. hahahaa

Yg penting best. Mereka ni lah member gelak, member sedih, member nangis & segala2 dorang ni. Bila ada masalah, dorang ni tempat mengadu tak kira sapa. Sorang sedih, dua lagi akan cover. Dan begitu lah sebaliknya. Love them :))


Gangnam Station

Bukan lagu Gangnam style yer uolsss.. Hehehhee

It's Gangnam Station ye uolsss. They served korean food. My first time went there. Maklumlah dgn kawan2 ni dah semua restaurant di carik nya. JJCM katanya. Dah klu dgn dorang ni mmg diet kelaut. Cerita dia, makan, makan, makan dan makan lagi. Tak boleh nak elak. hehehe. Bila habis makan baru fikir soal diet balik. Bila dah diet, makan balik. So dietnya mmg tak consistent gitu. Hehehe

Btw, it's is located in Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh waze klu tak jumpa. Lyn pun guna waze ok. Friday night its always makan2 day aka hari melepak dgn kawan2. 

Nearby my house. Mmg Lyn lah yg sampai dulu dari lelain. Biasa tuh. Time lepak kitorang spt biasa selepas Maghrib. Settled kan apa2 yg patut baru lah berjumpa. Sementara menunggu yg lain2 kita jalan2 dulu. Ermm mmg byk restaurant kat dlm2 ni. Lyn awal2 dulu ada gak pergi. Tapi masa tu tempat ni masih baru lagi. So boleh kira lah berapa byk restaurant. Tapi sekarang kemain byk. Ermm boleh nampak tak betapa lamanya tak kesana. 

Jam 8.30pm baru semua dtg. Btw, kitorang bertiga jer. Tapi dia punya riuh mcm 30 org jugak lah. Hahaha. Biasa jugak tuh. Tak riuh bkn kitorang lah namanya. Hehehehe

Let me show you the menu selection. 

Dolsot bulgogi. Ni daging & mushroom. Sedap. Tapi Lyn tak makan daging kan. So makan mushroom saja. hehehe

Heamul japchae. Yg ni sedap. My selection. Mcm suhun2 gitu. Ada sotong besar. Tapi dia punya portion besar sampai tak boleh nak habis. 

Tteokbokki rice cake. Tak minat sgt. But oklah. 

Gun madu. Ni menu denda pada siapa yg dtg lambat. Hehehe. Sedap jugak. Side dishes pun ada jugak. Tapi lupa nak snapped picture. Gelojoh dah masuk mulut dulu. Hahahhaa

Kat sini, mcm jenis menu ada. Steamboat pun ada. Set & ala carte pun ada jugak. Kita amik yg ala-carte then boleh share sama2. Yg set pun ada, tapi mcm portion dia lagi besar. Kita amik set yg kecik. Tapi bila sampai, besar jugak ok sampai tak larat kitorang nak habiskan. Makan mengah, makan mengah. Sampai sengkak jugak lah perut. Kitorang siap take-away lagi. Terlalu byk. so better take-away. 



Lepak, makan, borak. 
Lepak, makan, borak.

Klu tak amik gambar mmg tak sahlah kan. Mana aci mcm tuh. So bergambar adalah aktiviti wajib bila lepak. Buat kenangan2 gitu. Nak update FB ker, IG ke, senang lah kan. Blog, Lyn sorang jer yg ada.

Begitulah Jumaat malam kitorang. Bila free jer roger. Boleh di katakan every week. Cuma org yg ketiga tu selalu ganti2. Muka wajib mmg dah ada Lyn & my friend Erin. Yg sorang tu sure bertukar. Tak Ayu, Ainil. Sbb dorang ni mmg busy. Kitorang berdua pun busy gak, tapi sempat gak lah melepak. Tapi dorang berdua tu takde. Lyn berdua dgn Erin pun jadi gak melepak. Wa no hal. hehehhee

Korang klu teringin nak rasa korean food, singgah sini. Saja bagitau. Makan sedap & harga pun reasonable.


Apau Gastro

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Back to work after long weekend. Cepat betul cuti 3 hari berlalu kan. Rasanya baru jer cuti dah nak masuk kerja balik. Takpe, chill. Next month cuti panjang. Yeayyyyyy!!!!!

Owh back to tajuk entry, nampak pelik kan. Nama restaurant tuh. Mula2 dgr nama ni dari my friend, 'Eh nape nama dia mcm tuh? Mcm takde nama lain jer' Hehehe. My friend sorang lagi, punya lah hampeh, siap cakap, 'buruknya nama, mcm takde nama lain' Hahahhaa.

Went there with my partner of crime. Biasalah dgn 2 org lagi yg sentiasa ada bersama Lyn tiap kali JJCM. Located in Padang Jawa, Seksyen 16 Shah Alam. Klu tak sure kat mana, uolsss boleh waze sendiri. Senang jer uolsss. Lyn pun waze jugak, even dekat dr my house, tapi location tu tak berapa sure. Pergi hari Jumaat lah spt biasa, sbb tu jer mlm yg free sbb next day kan tak kerja. Kat sini semua western food saja. No cake as a dessert.

Dorang berdua melayan sup tulang merah. Nampak menarik. Tapi Lyn tak makan sup tulang ni. 

Lyn mkn chicken chop. Not bad. Cuma ayam tu tawar skit compared yg Lyn pernah rasa sebelum2 ni. But it's ok. Our first time. No big complaint at all. Apa2 pun tetap rezeki kita. 

Makan... Borak...
Borak.. Makan.....

Begitu lah kitorang klu jumpa. Mmg tidak boleh di sangkal lagi. Hehehehe

Kali ni pic berdua sbb yg sorang lagi tak nak bergambar. Kata muka dah penat sbb baru balik kerja. Di dari office terus lepak dgn kitorang. Lyn as usual mmg sempat balik, mandi & keluar balik. Yg sorang lagi tak per, dia kan suri rumah sepenuh masa. Sbb tu muka berdua tu kemain fresh lagi. Hehehhe

Mlm tu kita lepak takde lah sampai kedai tutup. Dlm 10.30pm kita gerak balik. Tapi lepas tu sambung borak kat parking. Tak lama jugak, sbb seriau kot kat tepi jalan besar motor kereta lalu lalang. Plus dgn sebelah bangunan yg baru nak buat. Ramai kot org asing. So sebelum apa, kita gerak balik dulu.

Best jumpa dorang ni lepak. Next time lepak lagi. 


Chemistry Lab on New Year

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Back to real life kaedahnya. Macam malas nak menulis skrg ni. Semalam elok jer susun pic nak buat entry. At last save pic jer. Ayat nya hilang ntah kemana. Pi sign out & terus tidur. Hahhaa. Hari ni sambung menulis balik. 

Owh yeah, it was on new year outing. Bkn malam nak celebrate new year, tapi malam 1st January tu which is on Friday night. New year celebrate atas katil jer, Zzzzzzzzzzz. Hahaha. Tak kuasa nak keluar bagai. Berjanjian dgn dorang ni a week before sbb nak catch-up some of our trip & activities for this year. Tempat lepak di Chemistry Lab, Seksyen 7, Shah Alam. Our first time. 

Sampai ordered & makan. Time ni tak ramai pun. Before tu kita snapped picture dulu. 

Owh gosh, I'm not ready yet. But I loVe this picture. Berjanjian 3 org after Isya', but as usual muka2 ni jer yg selalu dtg awal klu melepak. Mereput lah menunggu lagi sorang. 

My selection, spicy spaghetti Aglio Olio & ice chocolate. Sedap. Tapi pedas betul spaghetti dia. Dahla Lyn ada ulser, mmg menahan pedih lah jawabnya. 

Grilled salmon pasta & strawberry smoothies if I'm not mistake for my bff. Kat sini makanan dia sedap. Tapi portion dia skit compared to Foodsbury. Opssss!! :P

Sambil makan sambil bergossip. Lyn dgn bff ni klu jumpa mmg macam2 cerita. Even kat WA pun mmg tak pernah tak borak except time busy lah. Mmg tak sempat nak borak pjg. Dia lah tempat mencurah perasaan dr dulu sampai skrg. Kira dia ni penyimpan rahsia Lyn lah. Dia lah tempat Lyn mengadu domba. Mmg dia lah. 


Akhirnya sampai jugak seorang lagi ni. Aduhaiiii, kitorang dah siap makan baru dia terhegeh2 dtg. Sabar jer lah. Kitorang punya style, sapa dtg lewat kena belanja dessert. No excuses. Hahahaha. Finally, kitorang dpt ni.....

Chocolate lava served with vanilla ice-cream. Loving it. Yummy!!! sedapnya ya ampun!! 

Dan ini jugak, chocolate crepe cake. Ni pun sedap sampai berebut2 kitorang makan. Hahaha. Syok woo mkn rebut2 ni. Baru lah ada feel gitew :)

Sambung borak & borak lagi. Klu jumpa bertiga mmg lagi byk cerita. Dan byk jugak gelak mcm tempat tu kitorang yg punya. Mmg tak cover. Hehehe. Owh byk topik yg dibincangkan. Tapi byk bergossip dr bincang benda2 yg berfaedah. hahahah

Dan akhirnya chow balik setelah penat berborak sampai tak ingat dunia. Klu boleh nak lepak sampai kedai tutup, tapi dorang berdua ni berlaki, kang payah pulak lepak lama2. Kang tak memasal laki masing2 call bini nya tak balik2 lagi. Tapi husband dorang ni sporting gila. Tak kisah nak lepak single2 dgn kawan2. Sbb tu tiap2 kali lepak muka dorang ni jer yg ada. Org lain tu kira bonus lah klu ada pun. Takde pun takpe, sbb kitorang bertiga je dah boleh runtuh kedai di buatnya. Hahahahaha

Ada lagi lepak dgn dorang ni. Later Lyn tulis. 

JJCM

Hi LoVers,

It was last year. I was invited to my friend's restaurant. Located in Seksyen 7 Shah Alam. It was my first time too. My first time nak jumpa after bertahun2 tak jumpa after habis sekolah menengah. 

Owh yea, dia jemput untuk try asam pedas kepala ikan kat kedai dia. Dah byk kali dah dia jemput our friends, tapi masing2 busy. Working days mmg tak dpt lah. At last dia sendiri set the time, after Maghrib on 22nd December 2015. 

Itu pun tak ramai. Dlm 7 je kawan2 sekolah yg dpt hadir. Oklah lah, at least tak mengecewakan kawan sendiri. Pic makanan mmg Lyn tak snapped. Busy borak & busy makan. hahaha. Ada asam pedas kepala ikan jenahak, asam pedas ikan tenggiri, sayur goreng, ikan kering, tembikai & puding roti. Meriah kan. Lyn pun makan sikit jer, sbb normally Lyn jarang dinner. Tu pun kena perli dgn kawan2 suh makan byk2. Perut I olss tak boleh makan byk. Tuan kedai pun paksa, tapi I tak mampu. Heheheh

Settle makan, kita berborak2 lah dulu sbb dah lama sgt tak jumpa. Catch-up cerita masing2. Bkn selalu dpt jumpa mcm ni. Mmg susah. Klu ada pun, muka2 biasa jer yg lepak. 

Ni antara kawan2 sekolah Lyn yg dtg. Tuan kedai yg pakai tudung pink tu. Thanks to the owner Aidania Restaurant for the awesome asam pedas. Korang klu nak dtg, you are welcome too. Kedai dia dkt dgn Unisel. Klu korang tau restaurant2 kat Seksyen 7 area Shell tu, sure korang tau kedai my friend ni. Jom datang singgah.

Yg lagi satu, Aidania Restaurant ni pernah masuk JJCM TV3 last year. Harus lah meletop kan. Jgn lupa singgah klu ada masa. 

Catch Up Session

Hi LoVers,

Dah menjadi routine, mmg tiap2 minggu mesti melepak dgn kawan2 ex-schoolmates ni. Sometimes, tgk jugak lah schedule masing2. But normally, on saja. Last met up end of last month. Dah 2 minggu ni masing2 busy. Yelah cuti sekolah, masing2 bawak anak2 holiday. Lyn pun busy jugak dgn kerja & some personal matters. Hujung tahun ni biasalah kan. Hehehehe

Last catch-up session at Foodsbury, Seksyen 9 Shah Alam nearby Concorde Hotel. Klu tak sure kat mana, u guys boleh waze jer. Senang. Kat sini, order & terus bayar. Then tunggu lah makanan sampai & boleh lah terus mencekik. hehehehe

Sebelum tu mehlah layan kitorang bergambar dulu. Kitorang kan pantang jumpa, bila jumpa jer mesti bergambar. 



Hanya kitorang bertiga saja yg free. Yg lain2 biasalah semua ada commitment lain. Takkan nak paksa pulak. Kitorang ni pulak jenis, sapa free join jer lah. Takda nak PM kat WA sorang2. Kat dalam group kita war2kan, jumpa kat mana, time berapa. Senang. 

Lepas tu datang lagi kawan kitorang yg sorang. Walaupun lambat siap kena perli, tapi datang lah jugak kan. Kitorang biasalah, klu jumpa memanjang ada plan. Plan yg satu belum jadi lagi, dah buat plan yg kedua. Pastu sure tak menjadi sbb ade yg antara kitorang berempat ni tak available. Kitorang ni jer yg penting. Klu yg lain takde takpe. Mak2 hayam ni kena ada. Org penting ok. hahahaha. 

Adalah plan sempena Christmas ni nnti. Tapi tu lah, ntah jadi ntah tidak. Dah masing2 senyap seribu bahasa. Lyn pulak jenis malas nak bising2. Klu jadi, jadi lah. Klu tak jadi pun Lyn ada jer plan lain. Well. hehehehe

Let's talked about this restaurant. Concept kedai ni mmg santai2 jer. Masa kitorang sampai mmg tak ramai org. Tup2 lepak dlm 10 minit, kemain berduyun2 org dtg. Pembawa rezeki betul. Kat sini mmg served western food. Harga agak mahal skit, but kualiti makanan dorang mmg sedap. So berbaloi lah klu mahal pun. Jgn mahal tapi tak sedap, mmg sekali jer lah aku dtg. hehehe

So sapa2 yg rajin JJCM, boleh terjah Foodsbury ni.


Girl's Day

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I've missed my little space here too. It's been 4 days since I last blogged. I was away on a short gateway to JB from Friday till Sunday. During my trip takkan lah nak mengadap laptop kan. Lyn hanya update dlm IG saja. Btw, still haven't sorted out my trip photos, so I can't share that yet. Later lah ok. 

Now, Lyn update mane yg ada jer. Still exhausted beb. I feel so lazy to work. But this week, kerja 3 hari jer. Hari Raya Qurban celebration uolsss. Hehhehee

In midst of our short trip discussion to JB with my ex-schoolmates. My trip partner. Actually ada lagi sorang, tapi tak dpt join since dia outstation. My 1st time met Ayu (center) after lost contact. Seronok lepak dgn 2 crazy woman ni. Hehehhee

My dating partner. She was craving BR quite some times. Lyn tak dpt nak bawak dia. Dia busy dgn taekwando & swimming class. Tak bagi dia skipped class2 tuh. So last week dpt lah kidnapped dia sekejap. So dptlah melepak kat BR melayan ice-cream. Hujan2 & haze pun layan gak lah. Dah auntie dia pun mengidam sama. Hahahha

Ok nnti smbung lagi yer. Bye!!

Syawal 1436H : 8th Syawal

Hi LoVers,

Good morning  & happy Monday everyone!!!

Syawal pun dah berlalu pergi. Tapi entry Syawal masih tak habis lagi. Byk pulak yg masih dlm draft. Later lah nnti Lyn habiskan & publish. So ni nak cerita on 8th of Syawal. Beraya konvoi dgn adik beradik ker rumah adik beradik yg lain. Jumaat malam seminggu selepas raya. Berjanjian dgn mereka2 ni pun kena awal2. Nnti ada plak yg pergi tempat lain. 

We went to there at 8pm. Berkonvoi 7 biji kereta. First rumah my 2nd sister. Nearby our house jugak. 

Sebahagian jer yg ada. Kat section lain yg lelaki plak melepak. Penuh rumah my sis. Selain kuih raya, my sis ada jamu makanan lain. Tapi kitorang tak kisah pun. Kuih raya pun boleh jer. Tak lama lepak situ, sbb nak ke rumah my niece pulak. 

Rumah my niece. My 2nd sis's daughter. First time beraya kat rumah sendiri. Selama ni dia mmg tinggal dgn kakak Lyn. So dah anak ramai ni kena lah pilih hidup sendiri. Sampai bila nak tinggal dgn mak kan. Kat rumah ni kita melepak lama juga, sambil layan org lain mercun. Berdentum dentam kuat bunyi. Bkn kita yg main, neighbor my niece.

Next, rumah my 1st sis, Kak Ngah.

Rumah dia yg paling special. Mcm2 dorang hidang kan. Kebetulan dua org my niece ada kat rumah cuti raya, so dorang lah berdua yg masak. Ada bread puding, mee goreng, tauhu & tempe cicah sambal kicap, tembikai, jeruk mangga & kuih raya. 

Mkn & berborak biasalah klu berjumpa. Ada jer cerita dia. Jumpa my sis ni sure tergelak sakan. Dia suka buat lawak & suka buat org ketawa. Ada jer lawak yg dia reka. Mmg betul happy go lucky lah dia. Kat rumah dia ni kita duk bergambar sakan. 

Nak bergambar tapi kena kacau dek anak2 buah Lyn yg lelaki. Kitorg ketawa sampai takde suara dibuatnya. Kesian betul. Nasib baik kt rumah org, klu rumah sendiri mau terguling2. 

Snapped yg keberapa baru la dpt yg ok. Klu tak memanjang kedaung.

My siblings, SIL & anak2 buah kesayangan

Another shot

Nanny, niece, granddaughter & grandson. Khair not joining us. Dia sibuk tgk lampu kat luar tuh. 

Ni lah anak2 buah Lyn yg sengal. Mcm2 hal dorang ni. Yg depan tu tak sedar diri nak jadi bapak org. Tapi perangai mcm budak2. Hehehehe

Byklah pic lagi. Tapi tak payah lah nak share sini. Kita share skit2 sudah. Pic pun tak berapa nak semenggah sangat. Hehehe. 

Sambung lepak & borak2 dgn dorang. Maklum lah rumah last, so lepak lama skit. Catch up session dgn anak2 buah Lyn yg berdua tuh. Dorang tu semua belajar jauh2. Time raya gini baru lah jumpa. Klu tak, mmg susah skit lah. My sis plak balu. Nak kemana2 kena tunggu anak bujang dia yg bawak balik rumah my mum. Raya hari tu, 1st raya sampai 3rd raya dorang tidur kat rumah my mum. Raya jer baru tidur or klu ada kenduri kendara. Tak puas berborak. So ni kira sambungan lah. hehehe.

By midnight kita balik. Ikut kan my sis dia suh lepak lama lagi. Tapi masing2 dh penat. Plus budak2 pun dah nak tidur. So sebelum dorang meragam, baik lah kita beransur dulu. So itu lah cerita raya ke 8. Ada lagi tau citer raya. Tunggu!!! :)