Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Gangnam Station

Bukan lagu Gangnam style yer uolsss.. Hehehhee

It's Gangnam Station ye uolsss. They served korean food. My first time went there. Maklumlah dgn kawan2 ni dah semua restaurant di carik nya. JJCM katanya. Dah klu dgn dorang ni mmg diet kelaut. Cerita dia, makan, makan, makan dan makan lagi. Tak boleh nak elak. hehehe. Bila habis makan baru fikir soal diet balik. Bila dah diet, makan balik. So dietnya mmg tak consistent gitu. Hehehe

Btw, it's is located in Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh waze klu tak jumpa. Lyn pun guna waze ok. Friday night its always makan2 day aka hari melepak dgn kawan2. 

Nearby my house. Mmg Lyn lah yg sampai dulu dari lelain. Biasa tuh. Time lepak kitorang spt biasa selepas Maghrib. Settled kan apa2 yg patut baru lah berjumpa. Sementara menunggu yg lain2 kita jalan2 dulu. Ermm mmg byk restaurant kat dlm2 ni. Lyn awal2 dulu ada gak pergi. Tapi masa tu tempat ni masih baru lagi. So boleh kira lah berapa byk restaurant. Tapi sekarang kemain byk. Ermm boleh nampak tak betapa lamanya tak kesana. 

Jam 8.30pm baru semua dtg. Btw, kitorang bertiga jer. Tapi dia punya riuh mcm 30 org jugak lah. Hahaha. Biasa jugak tuh. Tak riuh bkn kitorang lah namanya. Hehehehe

Let me show you the menu selection. 

Dolsot bulgogi. Ni daging & mushroom. Sedap. Tapi Lyn tak makan daging kan. So makan mushroom saja. hehehe

Heamul japchae. Yg ni sedap. My selection. Mcm suhun2 gitu. Ada sotong besar. Tapi dia punya portion besar sampai tak boleh nak habis. 

Tteokbokki rice cake. Tak minat sgt. But oklah. 

Gun madu. Ni menu denda pada siapa yg dtg lambat. Hehehe. Sedap jugak. Side dishes pun ada jugak. Tapi lupa nak snapped picture. Gelojoh dah masuk mulut dulu. Hahahhaa

Kat sini, mcm jenis menu ada. Steamboat pun ada. Set & ala carte pun ada jugak. Kita amik yg ala-carte then boleh share sama2. Yg set pun ada, tapi mcm portion dia lagi besar. Kita amik set yg kecik. Tapi bila sampai, besar jugak ok sampai tak larat kitorang nak habiskan. Makan mengah, makan mengah. Sampai sengkak jugak lah perut. Kitorang siap take-away lagi. Terlalu byk. so better take-away. 



Lepak, makan, borak. 
Lepak, makan, borak.

Klu tak amik gambar mmg tak sahlah kan. Mana aci mcm tuh. So bergambar adalah aktiviti wajib bila lepak. Buat kenangan2 gitu. Nak update FB ker, IG ke, senang lah kan. Blog, Lyn sorang jer yg ada.

Begitulah Jumaat malam kitorang. Bila free jer roger. Boleh di katakan every week. Cuma org yg ketiga tu selalu ganti2. Muka wajib mmg dah ada Lyn & my friend Erin. Yg sorang tu sure bertukar. Tak Ayu, Ainil. Sbb dorang ni mmg busy. Kitorang berdua pun busy gak, tapi sempat gak lah melepak. Tapi dorang berdua tu takde. Lyn berdua dgn Erin pun jadi gak melepak. Wa no hal. hehehhee

Korang klu teringin nak rasa korean food, singgah sini. Saja bagitau. Makan sedap & harga pun reasonable.


Jejak Kasih

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! How’s ur weekend?? Mine was awesome. Nanti2 lah kita cerita yer. Byk lagi cerita yg tak story kat blog ni. Tak tau nak mula dari mana dulu. Skip cerita holiday Lyn dgn my niece. Kita cerita lain dulu. Mak2 yg ada anak tu, cuti sekolah dah habis yer. Minggu ni dah start nak kejutkan anak pergi sekolah segala bagai. Heheheh

It was happened last 2 weeks ago. Finally I met by bff. She’s my bff since form 1 till form 3.

2015-03-13-21-14-38-210
IMG-20150313-WA0014I knew her way back in 1992, were pretty close then. Shared alot of things. Btw, she's my classmate, my best friend, my 'neighbour', my kwn gaduh/nakal, my everything la senang cerita. She left me after PMR. Sedih giler. Terus tak jumpa & tak contact langsung.

Dua2 tukar sekolah terus after PMR. Masing2 tak jumpa even masa last day pun. Dua2 pun ralat. Then terus lah lost contact. Tak mencari langsung pun. Dah bertahun2 berpisah baru jumpa semula. Lyn plak mmg tak cari kawan2 sek lama. Jahat kan. Hehehe. Raya last year my 2 friends dtg rumah secara mengejut. Sejak tu berhubungan semula via FB & whatsapp. Lyn ada tanya pasal bff Lyn ni. Dorang pun citer2 gitu jer. Yg Lyn plak, tak mintak no tel. Hampeh kan.

Menurut kwn Lyn, dorang dah ada group kt whatsapp lagi. Group sekolah. Tapi Lyn tak join pun. Dah dorang diam tak invite. Lyn pun wat dunno jer lah. Malas. Sampai lah satu hari dorang berjumpa dgn BFF Lyn ni. Dia gtau yg dia betul2 nak jumpa Lyn. Terus lah dpt no. Lyn dari dorang tu jugak.

Tu yg dia contact Lyn 2 minggu lepas. Terus touching & terkejut jugak. Klu jumpa face to face time tu sure menangis agaknya. Huhuhuh. Tapi kitorang amik masa seminggu jugak lah nak jumpa. Masing2 bz. Dia housewife skrg ni, jadi driver anak2 dia. Sometime tolong husband dia. Anak pun dah 4 org. Semua lelaki. Yg 1st twin.

Finally, I managed to see her again after we were last contact. Alhamdulillah. Seronok betul. Meleleh jugak lah air mata time kitorang jumpa tuh. Mane taknya dah bertahun2 kot tak jumpa. Malam tu mmg shared cerita masing2. Happy sgt. Akhirnya dpt jugak jumpa semula. Sejak tu dia invite Lyn dlm group sekolah, terus lah berchit chat sampai skrg ni. Tu pun Lyn tak berapa ingat kwn2 sekolah lagi. Mmg lost betul. Sbb mostly ramai yg habis sampai form 5. Mcm kitorang after PMR dah chow. Mana lah nak ingat sgt. Ni pun masih recall lagi kawan2 lama. Ada lah yg dah ingat & kenal balik. Tapi ada yg Lyn tak ingat, tapi buat2 lah kenal. hehehe. Lagi2 budak2 lelaki, mmg payah skit nak ingat balik. Dah lah group sek campur lelaki perempuan. Tapi ramai jer yg masih ingat Lyn. Maklumlah budak nakal. Hahaha.

Cuma belum jumpa dorang jer lagi. In Sha Allah, jumaat ni nak jumpa dorang. Tu pun klu tak cancel lah. Hehehe. Ermmm rindu betul dgn kawan2 lama. Harap2 dpt lah jumpa dorang soon. Nak peluk sorang2. hehehe