Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Melepak Di Putrajaya

Hi LoVers,

Good morning everyone. Salam 8th Ramadhan. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu.

Lyn nak story about lepak2 dgn my friends. Lokasi kedua2 nya di Putrajaya. Biasalah kitorang klu jumpa mmg kesana selalu. Bkn apa member sorang tu patah kaki. Kereta masuk workshop. Jadinya mmg kena kesana lah. Klu dia ada kereta biasanya kita lepak kat area Puchong. Kira2 tgh2 lah. 

Ni lepak kat Zawara Ayer8 Putrajaya. Ni jer lokasi yg paling senang untuk lepak selain dari Alamanda. Dulu2 mmg tak pernah nak ke area Putrajaya ni. Skrg ni mcm kerap pulak. Lepak jer Putrajaya. hahaha. Biasa klu jumpa dorang ni mmg ada mission yg menanti. Jgn di tanya mission apa. Tapi selalu klu jumpa sure ada jer cerita dia.

Makan, gossip, gelak..
Makan, gossip, gelak...
Lepas tu stress secara berjemaah. Hahahaha.

Next, di hari yg lain di Alamanda pulak. Ni mmg craving nak makan sushi. Tempat wajib klu nak pekena sushi mmg di Hei Sushi jer jawabnya. Dah addicted. Bila sorang meroyan nak makan sushi dlm group, dah sorang lagi pun teringin. Ermm jadinya sebelum puasa, dan sebelum Lyn terbang ke Perth hari tuh, dpt gaklah melepak sekali dgn dorang ni. Cuma kali ni tambah ahli sorang lagi, yg jarang sgt dpt lepak bersama. 

Kitorang ni mmg tak boleh nak lari dari habit bergambar. Lyn tak tau lah sindrom apa. Hahaha. Klu tak ok pic tu sure lah snapped sampai semua org puas hati. Pelik betul. Layan kan aje mereka2 ni. Hahahaha. Ni pun lepak selepas masing2 balik dr kerja. Hari Jumaat klu tak silap. 

Masa ni pun sebenarnya ada satu insiden yg berlaku. Tapi tak perlu lah Lyn cerita dlm ni. Off record gitu. hahaha

Ni lah makanan yg kita order di Hei Sushi. Nampak byk kan. Nampak mcm tamak haloba. But end-up habis & licin licau kita kerja kan. Nampak tak betapa laparnya masing2. Hahahha. Tapi makan kat sini mmg puas hati lah. Semua sedap2 belaka. Mcm kitorang dah biasa mkn kat sini. Tapi pd kawan Lyn yg baru try makan kat sini, dia pun kata sedap sgt. Lepas ni katanya nak heret lakinya sama.

Emmm.. in total its cost us RM120. Not bad rite. Harga kat sini mmg reasonable. Even mahal pun tapi mmg puas hati sgt2.

Ini mmg last lepak dgn dorang sebelum puasa. Bulan puasa ni mmg takde lepak2 lagi. Masing2 sibuk & mlm pun ada terawih. So lepak2 tu kita akan arrange kemudian lah nnti. Terawih tu kita dahulukan. Bkn tiap2 bkn ada kan terawih. Jadinya kita gunakan sebulan ni mengaut segalah pahala dgn sebaik2nya.

Selamat berpuasa :)


Small Birthday Celebration

Hi LoVers,

After a month plus baru teringat nak tulis entry birthday ni. Hehehe.

Btw, its small birthday celebration from them. Seminggu awal Lyn dah informed perempuan2 senget ni. Mmg takda surprise apa pun sbb semuanya di rancang. Actually bukan lah celebrate sgt pun, more to lepak2 and catch-up new things as usual. hehehe

Kali ni lepak kat Bason, Seksyen 9 Shah Alam. Jumpa lepas kerja lah as usual. Btw, klu tak sure Bason tu kat mana, dia dkt dgn Plaza Massalam. Corner lot yg dulu kedai lampu. Our second time went there.

Our selection of orders. Meriah kan. My friend order maggi ketam. Dia kata sedap sgt sampai menjilat jari. Lyn order fish & chip & my friend lagi sorang order salmon grill. Yg salmon ni mmg sedap. Lyn pun cecuit rasa. 


Mcm biasa perkara wajib bila jumpa. Bergambar dan bergambar selain berborak bergossip. Byk benda lah yg di bincangkan. Tak boleh citer sini. Off record woiii. hahahhaa.

Klu nak tau, kitorang 3 kali bertukar tempat. Mula2 sampai lepak luar. Tapi bila lepak luar, ramai pulak salesman yg dtg jual brg. Tak kuasa lah nak membeli. So Lyn ajak lepak dlm. Lagipun panas lah kat luar. Lepak dlm jap, my friend ajak lepak luar kat corner site. Pergi lah pulak sambil angkat minuman. Pening waiter tu tgk kitorang. Tak memasal kena tukar order table setting. hahaha. Tu pun kena gak kacau dgn makcik jual kerepek. 3 kali dia dtg. Pening lagi kepala. Last2 kwn Lyn kata, makcik ni yg tadi kan. Terus dia berlalu pergi. heheheh. Sorry lah makcik. Cam annoying gitu.

Owh ini birthday cake for me. Satu slice share 3 org. Buat syarat jer pun. Bkn lah nak celebrate sgt. Saja suka2 untuk org yg dah berganjak setahun lagi umurnya. hahahaha. Thanks guys for being here with me, its really means alot.

By 10.00pm Lyn balik dah esok nak kerja nak woiii. Sampai rumah, tgk nak meletak handbag & nak siap2 mandi, tiba2 my niece panggil. Dia kata nenek nak jumpa. Eh.. apasal pulak. Sbb masa balik tu my mum dah tidur. So turun lah jugak pg jumpa dia. 

Turun jer, rupa2nya dorang buat surprise. Siap dgn cake & candle bagai. Hahaha. Terharu ok. Kat group WA kemain wishes bertalu2. Act Lyn tak kisah pun nak celebrate ke tidak. Tiup lilin segala & potong cake. Dorang kemain lah suka, sbb dpt makan cake. Punya lah lama dorang tunggu. Patutlah masing2 tak tidur lagi time tuh. Kecoh berborak. Selalu masing2 pukul 9.00pm dah panjat katil especially budak2 yg sekolah. Ini kul 10.30 tak tidur lagi. Hahhhaa. Sorry lah pic tak dpt nak tepek sini. Tak pakai tudung. Hehehe. 

Thanks to all family sbb celebrate my birthday. I love u all. Muahhhhhhxxx :)


Hei Sushi & Zawara Coffee

Berikutan rentetan peristiwa allergic ni, Lyn berjaya jugak keluar dgn perempuan2 senget dibawah. hahaha. Jumpa Erin kat Shah Alam & fetch her. Tapi dia nak Lyn park my car & naik kereta dia. Dia cakap Lyn kan tak sihat. Bkn lah tak sihat, allergic jer. Normally mmg kitorang gilir2 drive kalau nak ke putrajaya. Klu dkt2 sini pergi sendirilah kan. hehehe. She drove all the way. Lyn plak skit2 belek2 muka. But Alhamdulillah, muka dah ok. Lyn tak tepek foundation tebal pun. Light2 jer. 

Kita sampai time tu hujan lebat. Owh btw, kita lepak kat Hei Sushi again at Alamanda Shopping Centre. Masing2 teringin nak makan sushi. Sushi kat sini mmg the best. Highly recommended. 

Muka Lyn dah ok kan. But tu pun standby ubat, takut2 kena balik. So sebelum makan kita snapped pic dulu. Lyn pun berkira2 nak makan apa. Ada lah makanan yg Lyn suka sgt kat sini, tapi semua nya berasaskan seafood. So mmg tak berani nak order klu kena gatal2 balik. Kawan Lyn order Lyn jamah skit buat rasa jer. 

Muka ceria masing2 sbb dpt jumpa & catch-up new thing. Ada gossip yg perlu di dengar & di borakkan ketika berjumpa. Dan adalah benda2 lain yg perlu di discuss. Selain dari gossip2 liar, ada jugak cerita yg bakal menguntungkan. In Sha Allah. 

Lyn order ni, chicken & mee. Nama sebenar tak sure. 

Dan ini jugak. Seriously lupa lak. Kitorang order skit2 jer takut tak habis. Sekali order, rasa tak cukup. Panggil waitress balik ambil order lain. Lyn rasa 3 kali kot. Time tu Lyn makan jer sushi. Mula rasa skit, bila tgk takde pape, Lyn makan jer sampai habis. Kwn Lyn dah standby dah, klu ko kena gatal2 lagi, kitorang bawak ko terus pergi klinik. Hehehe. Dah masing2 risau. Cuma seafood Lyn rasa skit buat syarat rasa jer.

My friend Ayu tu dpt lepak sekejap jer. Dia ada kerja dlm 2 jam. Pukul 5pm - 7pm. Kitorang pikir nak lepak jap, then terus balik. Tapi dia beria2 suruh tunggu. So biarkan dia pergi kerja while kitorang still enjoying the foods. Dlm pd tu mmg pikir nak balik jer sbb next day kerja. Xmau stay lama2. Finally kitorang balik jer. On the way balik baru informed dia. 

Punya lah dia mengamuk. hahahaha. Dia suruh kitorang patah balik jumpa dia. Dia dah habis kerja. Dahlah time tu kitorang dah sampai Bangi. Takkan nak patah balik. Dia keep on called tanya kat mana. Dek kerana kesian & rimas asyik duk call jer, kitorang pun patahlah balik. Jumpa dia kat Ayer8 Putrajaya. 

Time jumpa tu dah kena bebel gak lah. Biasalah kitorang. Gurau kasar. Tapi tak amik hati pun.

Then sambung lepak kat Zawara Coffee. Saja nak pekena makanan yg light2 jer. Ater ptg tu dah makan sushi tak hingat punya. Still kenyang. 

Drinks for 3 of us + churros + chicken buffalo. Ermmm ini di kira light2 kan. hahahhaa

Makan, borak & minum. Kitorang ni klu jumpa tak pernah takde cerita. Mesti ada punya. Tak habis borak kt WA, call pulak. Kang klu masing2 free pi jumpa. Mmg tak pernah lah habis ceritanya. Tak tau mana dtgnya cerita2 itu. 

Konon nak lepak sekejap jer. Pukul 10.00pm gak baru gerak balik. Dah lah jauh woiiii. Kitorang ni dah lah nak balik Shah Alam. Sampai Shah Alam lebih kurang kul 11pm. Drive lagi ke rumah. Dlm 11.15pm gak lah sampai rumah. Luckily SACC tak jauh dr rumah Lyn. Jap jer sampai.

Jarang kitorang lepak Ahad mcm ni & balik lewat. Lyn & Ayu kerja. Sbb tu kitorang selalu lepak Jumaat malam. Tu pun kadang2 tak dpt gak sbb tak cukup quorum. Sbb tu tgk jer hari mana yg semua ada, kita on jer. 


MV & Nu Sentral

Muka seronok sbb nak pergi holiday. Hahahaha. Mmg busy back to back time tuh. Minggu ni settle pergi tukar duit, next week tu dah pergi family holiday and after tu pergi holiday. Mmg tak dpt rest 3 minggu berturut2. Plan nak holiday tuh dr last year siap beli tix segala bagai, tapi tang pi family holiday tuh tak dpt nak elak. Sbb time tu apartment tu kosong. 

Pagi tu bersiap pergi MV sbb main point mmg nak tukar duit & other things to settel kat situ jugak. Naik komuter sbb Lyn dah lewat keluar rumah. Klu drive sure jammed. So ada lah 2 org escort. Yg sorang tu mmg joint Lyn pergi holiday. Lagi sorang tu mengidam nak makan sesuatu. So layan....

Masa queue kat MV Forex, MV tu mmg ramai Chinese yg duk queue. Dua2 money changer penuh dgn org dia jer. Sure nak pi China. Kat MV Forex mmg murah skit dt money changer lain. So mmg tukar situ jer. Tak tukar byk pun. Ala kadar jer. Settled, kita pergi jalan jap & lepas tu pi lunch. 

Pi makan kt Sepiring, MV. Location dpn Cotton On klu tak silap. Nak senang, pi tgk shop directory. Kitorang pun tgk situ gak. Mana hafal kan. hehehe.

Lyn & my niece ordered Nasi Ayam. Sedap & boleh tahan rasanya. Ni semua gara2 instagram. Tgk org post, awak terliur sama. hahaha

My niece ordered Nyonya Laksa. Dia nak ordered Asam Laksa, tapi terordered ini. Sedap jugak katanya. Dia bab makan ok jer. Selagi boleh makan, she's ok. 

Up dgn rojak buah. Seriously kuah rojak dia sgt sedap. Mmg kena dgn citarasa kitorang. Cumanya, kacang dia byk sgt. Lyn bukan boleh mkn kacang, alah. Bestlah layan makan kat sini. Settled makan kita sambung jln lagi. Slowly lah. Singgah beli brg lagi. Then singgah Magnum...

Melayan kan mak buyung ni makan Magnum ice-cream. Sbb tu lah dia mengikut. hahaha. Cuma kesian kt dia kena berjalan. Awal2 Lyn dah gitau nak naik komuter. Tapi dia nak ikut gak. Lyn bg jerlah. Tu pun jln2 slow dgn dia. Jap2 kang Lyn tanya, "Kakak ok ker??" dia jawab "Ok jer'. Risau woiiii bwk org pregnant ni. 

Then sambung ke Nu Sentral pulak. Sebenarnya Lyn suruh dorang balik dulu. Kesian kan dgn mak buyung tu naik public transport. Tapi dorang nak ikut gak. So Lyn ok jer. Tu pun tak jln jauh. Lyn suruh dorang duduk kat somewhere & Lyn jalan sorang2 beli brg. 

Masa kt lobby Nu Sentral tu ternampak pulak P.Ramlee exhibition. Layan jugak seround. Sempat ambil gambar. 






Ni semua khazanah P. Ramlee & Saloma yg ada di pameran tersebut. Time ni pun ada filem P.Ramlee yg ditayangkan. Klu tak silap cerita Pendekar Bujang Lapok. Tak lah Lyn layan pun. Dah tgk byk kali. Tapi cerita P. Ramlee ni main lah berjuta kali pun, Lyn tak pernah jemu. Siap boleh hafal dah dialog dia lagi. hehehe

Settled semua, kita balik. Alhamdulillah komuter tak penuh lagi time tuh. Lyn tak kisah berdiri. Yg sorang tuh, faham2 jerlah. Yg tak faham kadang public, tak bagi duduk. Sampai Stesen Bkt Badak, my niece sorang lagi tolong amik. Ermm penat jugak naik public transport ni. Klu drive lagi lah penat dgn jammed dia lagi. Ermm sesekali nak relax. Nak jadi maam besar belum lagi. So jadilah relax2 dlm public transport. hahahahaha

Hei Sushi

Hi LoVers,

It was last month. Dah berbulan2 baru nak up. hehehee. It was dating time with beloved friends. We went there after working hours on Friday. Lyn spt biasa met up Erin in Shah Alam then baru terus jumpa my friend Ayu in Putrajaya.

Dlm keadaan hujan & heavy traffic sampai jugak kitorang dkt nak masuk waktu Solat Maghrib. So Solat dulu, then baru kita dinner. Our first time makan kat Hei Sushi ni. They served sushi & other dishes too. The most important is Halal by Jakim Malaysia. Ayu tu dah biasa makan sini, kali ni dia seret kitorang sekali. Hehehe

Sebelum dinner kita ambil gambar dulu. But sebelum tu kita catch-up cerita masing2. Maklumlah klu berjumpa tak sah klu tak bergossip. Dlm WA selalu gak, tapi tak best. Face to face baru effective skit. Hahaha.

Let's me show you. 






Semua yg kitorang order ni Lyn dah lupa dah nama nya. Ada set meal, sushi & side dishes. Korang pilih jer mana yg korang nak. Kitorang sendiri pun rambang mata sbb semua sedap. Hahaha. Air je yg Lyn ingat, Red Passion. Highly recommend untuk korang yg teringin nak makan sushi. To be honest, Lyn & my friends mmg suka sgt Hei Sushi ni. Dah lah sedap & betul2 menepati citarasa kami semua. Sbb tu semua makan tak hingat. Masing2 tak lunch siang tuh. Mkn lite2 jer sbb nak pekena sushi sebenarnya. 

So far hanya di Alamanda Putrajaya jer yg ada. So mmg payah skit lah. Jauh kan klu nak makan sushi semata2. Tapi berbaloi lah dgn rasa dan harganya. Klu tak silap masa kitorang makan ni habis dlm RM100 jer.

Makan & borak. Itulah kami :)

Lepas tu sambung meronggeng kat cinema. Mcm2 perangai bila perempuan senget sudah bersatu. Hahahaha



Byk lagi pic2 kitorang yg senget2. Tapi tak perlu lah nak tunjuk semua. Rasa mcm tak senonoh pulak. So kita letak yg senonoh skit lah yer. 

By 11.30pm baru lah kita teringat jln nak balik rumah. Kitorang ni klu jumpa mmg selalu lupa jln nak pulang. Hilang ingatan gitu. Sbb selalunya sakan berborak sampai lupa laki & anak2 kat rumah. Hahaha. Lain lah Lyn, takpe. hahaha.

Owh dua kali dah repeat Hei Sushi ni. Yg tu cerita nnti. Keluar dgn dorang ni mmg terbaik. Sampai lupa masalah sekejap. Hehehe

Serabei Cafe

Hi LoVers,

Good morning & Happy Monday everyone!!!

Again, JJCM with them. As usual hari jumaat malam. Arrangement dia dorang berdua yg uruskan. I was busy with meeting siang tuh. Mmg tak reply sgt WA. Tu pun duk mekak2 panggil. I was ok with their plan. Janji tak mengarut nak ke bulan ke bintang. Hahahaa

Lepas fetch Erin kat Shah Alam terus ke Putrajaya. Lyn mcm pelik gak lah. Mula2 dorang kata nak lepak Cyberjaya. Dan2 tu gak tukar plan ke Putrajaya. Ok wa no hal. Layan kan aje minah2 senget ni. Lepak di Serabei Cafe, Putrajaya. Lyn mmg failed skit lah area2 Putrajaya ni. Bkn selalu pun pergi. Recommended by Ayu. Kat area2 ni byk kedai makan. Ada Zawara, Teh Tarik Place & etc.

Sarabei Cafe ni best jugak lah. Ala2 modern concept. Dorang served masakan melayu kita but more focus to Kelantanese dishes. Not bad. 

My fav all the time. Nasi Kerabu. Korang bagi lah Lyn makan nasi kerabu hari2. I was ok. Pernah dulu outstation kat Kelantan, hari2 Lyn layan nasi kerabu tak kira breakfast, lunch &dinner. Sampai member tanya, tak jemu ker?? hahahha

Kueh teow kungfu ke ladna ni. Tak ingat. Untuk Erin. & kawan Lyn sorang lagi makan nasi paprik campur.

Pisang madu with vanilla ice-cream. Sedap. Order satu jer, lepas tu menggelupur bila semua duk hentam makan sampai tak cukup. Hahaha. Tu yg jadi best makan rebut2. hahahah


Sebelum makan, kita snapped pic dulu. Routine tuh. Mmg tak boleh di sangkal lagi. hehehe. Lepas tu baru kita enjoy our dinner. 

Makan2 & borak2. Tu lah kerja kitorang. Selain WA group, time gini lah nak catch-up new thing. Actually bila berjumpa ni lagi byk cerita. Dlm WA kekadang nak cerita tak best. Face to face lagi lah best. Senang. Dlm WA menaip kekadang lambat nak tau satu2 cerita tu. 

By 10.30am kita gerak jalan2 kat Putrajaya tu. Sambil melepak, sambil snapped pic. 


Ada satu insiden berlaku kat sini. Seriously mmg gila lah kitorang bertiga ni. Mcm2 ragam terjadi. Tak boleh nak cerita. But the best part, kitorang buat kerja gila sampai ketawa berdekah2. Mmg gila lah senang cerita. Klu kat rumah, sure ketawa sampai guling2. Ni ketawa sampai sakit perut, sampai meleleh air mata sampai tak de suara. Hahahhaa. Cuma tak boleh guling2 jer. Kat luar woiii. Kang org kata apa plak. Tu pun gelak mcm kena rasuk, sure org pelik. Sure ada org pandang punya. Tapi kitorang punya lah tak heran. Ketawa sampai sakit perut jugak lah. Tapi dorang tetap best.

By 12.30am kita chaw balik lah. Klu di layankan lagi gelagat bertiga ni, mau tak balik jawabnya. hahahaa

Yg penting best. Mereka ni lah member gelak, member sedih, member nangis & segala2 dorang ni. Bila ada masalah, dorang ni tempat mengadu tak kira sapa. Sorang sedih, dua lagi akan cover. Dan begitu lah sebaliknya. Love them :))


Kueh 13

Hi Lovers,

Cerita shopping yg tak habis lagi sbb belum travel lagi. Owh btw, I'm going to somewhere early next month. Wooottt2!!! Can't wait. 

Mission mencari brg2 keperluan. Bkn boleh beli sekali harung. Kena lah ikut budget kan. Tapi minggu tu mmg dah siap dah beli brg2 yg wajib. Settled. Ada skit2 jer berbaki. Weekend ni baru nak pi beli. Owh nak pi money changer sekali. Duit tak tukar lagi nak woiiiii. hehehhee

Budak2 ni pantang Lyn ckp nak keluar. Mula nak mengikut. Redha jer. 1st destination AEON Bukit Raja, nearby my house. Ada satu insiden berlaku kat satu butik ni. 

Actually, I'm looking for some stuff lah. Mmg nak kena beli hari tuh jugak takut habis sbb sales CNY dah nak habis. So pergi lah kedai tu, but sorang salesgirl ni aka makcik poyo ni kata brg ni dah takde stock. So Lyn pun suruhlah dia check kat outlet nearby kan, senang lah Lyn nak pi amik. So dia pun kata kat tempat lain pun takde, tapi kt Penang JB adalah. Ko giler, aku kat Klang Valley celah mana pulak nak pi sana. Bengong. Lyn dah hangin dah time tuh. Ko pikir logik akal ko lah kan. Lyn tanya lagi.

Lyn : Takkan area2 sini takde. SCM? Paradigm Mall? Bukit Tinggi? *Lyn dah survey outlet sebelum pergi* 

Makcik Bengong : Orang Bukit Tinggi pun baru dtg amik stock kat sini. Klu ada pun, kita tak boleh ambil kan.

Lyn : Please check again. Klu ada, I can go now & buy it. Should be no problem. 

Makcik Bengong : *Dia suh orang kat kaunter tolong check kan*  Kat SCM ada. Tapi kita tak boleh amik lah. *muka dia dah jeling2 kerek2 dah time tuh*

Lyn : Eh tadi kata takde. *selamba jer Lyn ckp. Ni mesti kes main hentam jer*.. Did I asked you to pick-up?? No rite?? I can go. *Dia kerek, aku lagi kerek. Geram plak aku. Aku dah ckp awal2 aku nak amik. Ko tak reti ke hapa*

So Lyn dah geram, Lyn terus pi kaunter/cashier, mintak salesman check kan semula. Dia kata kat Setia City Mall ada. So Lyn terus cakap terima kasih & chaw. Lyn tak suruh amik kot. I did mention ok. Boleh pergi sendiri lah bkn jauh pun. Ishhh jadi geram ok. Dgn2 my nieces pun jadi geram. Nasib baik lah ko berumur dari aku. Klu tak, kena gak lah. 

Terus pergi SCM, beli brg kat butik tuh & chaw. Semata2. hahahha. Dah dpt baru puas hati. 

Tapi cerita sebenarnya nak bagitau kitorang pergi makan kat Kueh 13. Dkt Seksyen 13 sana. Landmark dia dkt dgn Nasi Lemak Cinta Sayang. Sebelah2 jer. 

Snapped pic dulu. The food focus on Malaysian food especially traditional kuih. Time kitorang sampai kan dah petang. Kuih pun ilek pocik. Yg ada pun tak byk dah. For those yg tak mau layan kuih2 ni, no worries Kueh pun ada something modern for you. Korang boleh check sendiri. Lyn tak sempat nak explore coz kitorang rushing for something. 




We had laksa & nasi kerabu. Nasi kerabu dia boleh tahan sedap. But I'm very disappointed with their laksa. Tak menepati citarasa sungguh. Tapi makan jugak lah sbb dah byr & mahal. 

Kitorang makan bertiga plus kuih2 ni dkt RM80. Sekali tgk terkejut jugak lah. Ice-lemon tea ni mahal betul. Nasi kerabu klu tak silap sampai RM18.90 & laksa rasanya dlm RM14.90. Kuih2 tu, 20 pcs RM18. Mmg agak mencekik gak lah. Lyn bkn lah nak complaint ker tak bersyukur ke hapa, tapi serious tak berbaloi. Lyn pun bkn nak berkira sgt. Klu sedap byr mahal pun takpe. Ni.. ermmmmmm.. Sekali jer lah. 

Balik my mum & my sis rasa kuih dia pun, tak berapa kena lah dgn tekak org lama2 ni. Pd Lyn pun kurang. Ni cakap terus terang jer. Tapi korang jgn lah termakan kata2 ku ini. Mungkin tekak org kampung mcm kami ni lain. Tekak korang maybe lain.

Hahhh ni address dia.

Kueh
Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam