Sempena bermulanya cuti sekolah baru2 ini, ibu bapa byk mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis berkhatan untuk anak2 mereka dirumah masing2. Lain hal nya di Kg Lyn, Ahli Majlis Perwakilan MPP Zon 15 Majlis Bandaraya Shah Alam, En. Abdul Manaff Hj Yusoff bersama2 AJK nya telah mengadakan Majlis Berkhatan beramai2 sempena cuti sekolah 2008 dan Perasmian Dewan MBSA Kg Sg Kandis pd hari Ahad yang lepas bermula seawal pagi.
Majlis berkhatan bermula seawal 7.30am melibatkan lebih kurang 36 org kanak2 berumur lingkungan 8 hingga 11 tahun dari sekitar kawasan setempat. Ini adalah salah satu acara yg diadakan secara besar-besaran selain Jamuan Hari Raya dan beberapa aktiviti yg lain sebelum ini.
Kanak-kanak diarak ke sekeliling kampung dengan menaiki lori. Sebanyak 3 buah lori disediakan untuk membawa kanak2 ini. Kalau korang nak tau, 2 org anak saudara Lyn pun turut menyertai majlis berkhatan ini.
Mereka semua kemudiannya dibawa ke perkarangan Masjid Al-Muhsinin Kg Sungai Kandis sebelum berarak bersama2 keluarga dan org ramai menuju ke Dewan MBSA.

Kelihatan para tetamu sedang menjamu selera
Majlis diserikan dengan paluan kompang "Jawa'.
Kumpulan Marhaban Perempuan Kampung Sungai Kandis yg diketui oleh Puan Hajjah Muinah [teman mengaji my mom]. Asyik sungguh kami mendengar alunan marhaban ini. Sungguh merdu.
Majlis diteruskan oleh Kumpulan Marhaban Lelaki Kampung Sungai Kandis yang di ketuai oleh Tuan Haji Sujjud [kawan baik my late father]
Bilik berkhatan. Bilik larangan katanya. Terdapat 2 orang doktor bertugas dgn dibantu oleh 5 orang pembantu.
My nephew menunggu giliran masing2. Kanak2 telah diberikan no. giliran seminggu sebelum majlis diadakan. Ibu bapa diwajibkan hadir pd majlis tersebut untuk mendapatkan no. mengikut sistem undian. Si adiknya muka cuak smacam jer. Tapi abang nya serious mcm hero. Sampai tak sabar2 nak berkhatan. Kelakar dibuatnya. tengok tu sempat berposing lagi..heheh
Muka kanak2 yg sudah berkhatan sejurus keluar dari bilik tersebut. Macam2 gelagat yg Lyn perhatikan. Ada yg cuak, ada yg menangis, ada yg selamba jer. Kami yg menunggu diluar bilik akan bertepuk tangan beramai2 sekiranya kanak2 ini keluar sbgi memberi semangat kepada mereka. Sebagai menghormati anda semua, Lyn tidak akan menunjukkan pic2 semasa proses berkhatan. Pic itu adalah simpanan pihak Abg Lyn sndiri.
My luvely bro. Luv both of u..




Berpantang lah kt umah. Tengok jelah gelagat anak2 buah Lyn ni. Yang adik tak abis2 menghidu limau purut. Org tua2 kata boleh hilangkan rase mual n rasa nak pengsan. Yang abgnya tgk jelah tu.. selamba jer. Dia kata "Orang lelaki kena lah kuat. Kalau tak cam ne nak jadi HERO"
Majlis yang bermula seawal pagi berakhir sekitar jam 4.00pm. Bayangkan lah seramai 36 org kanak2 yg perlu dikhatankan. Itu tak termasuk yg tarik diri. Kesian budak tuh. Mengikut Abg Lyn, borang pengambilan kanak2 untuk majlis berkhatan thn 2009 sudah dikeluarkan. Lyn turut menyaksikan beberapa orang ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengisi borang tersebut untuk anak2 mereka.
2 comments:
haha.... teringat kenangan lalu...
:p
meriahnye berkhatan....
Post a Comment