Bila termenung sorang2 kat ofis ni, Lyn teringat zaman kecil2 Lyn dulu. Memang seronok klu nak dibandingkan dgn zaman sekarang ni. Kalau lah boleh diputar waktu ni, Lyn teringat sangat nak kembali ke zaman kanak2. Memang best sangat2. Waktu tu nakalnya ya amat. Cuma tak pernah kena pukul je. Mak lah yg kuat membebel klu asyik main jer kt luar ngan kawan2 sampai lupa nak belajar.
Waktu tu Lyn mmg suka main konda-kondi. Hahhh.. tu lah permainan fav Lyn time tuh. Kumpul geng seberapa ramai, decide nak main ape. Tapi biasanya kitorang akan main konda-kondi. Nasib lah kawasan rumah Lyn luas. Boleh lah main konda-kondi. Kalau tak kenalah cari kawasan lapang.
Hah... korang tau ke ape permainan konda-kondi tuh?? Org2 lama sure tau permainan tu. Yelah permainan tradisional masyarakat melayu satu ketika dulu. Klu nak disenaraikan permainan dulu2, antaranya sepak raga, congkak, batu seremban, galah panjang, gasing dan teng-teng. Klu kita tanya budak2 zaman sekarang, yang dorang tau main PSP dan game komputer je. Betul tak??
Meh kita tgk ape die sebenarnya permainan konda-kondi. Permainan kondi-kondi ni memerlukan fikiran yg tajam dan kekuatan pemain untuk memikir arah selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Kita memerlukan satu batang kayu panjang dan sebatang kayu pendek. Dalam permainan konda-kondi ni kita perlu mengorek lubang untuk meletakkan kayu panjang. Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan pertama untuk memulakan permainan ini dengan meletakkan kayu pendek melintang dilubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek sehingga melambung ke udara. Pemain hendaklah meletakkan semula kayu panjang melintang ke lubang, sementara pasukan lawan hendaklah cuba meyambut kayu tersebut dan sekiranya berjaya semua pemain daripada kumpulan itu dikira mati. Permainan akan diambil alih oleh pasukan lawan dan sekiranya gagal untuk menyambutnya, salah sorang pemain hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun kena pada kayu panjang tersebut. Sekiranya berjaya, hanya pemain itu saja yg dikira mati. Jika sebaliknya, pemain boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu dikira satu mata.
Next, pemain tdi seterusnya akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya dengan menggunakan kayu panjang. Selalunya, pemain diberi peluang sebanyak tiga kali untuk berbuat demikian sekiranya pukulan tersebut tidak kuat. Sekiranya pihak lawan tidak berjaya menyambut, maka mata boleh diperolehi dan boleh dicampur dengan mata yang terawal tadi.
Langkah ketiga dipanggil patuk ular. Dlm kes ni pemain perlu menyandarkan kayu pendek ditepi lubang kemudian mengetuk kayu pendek sehingga melambung ke udara menggunakan kayu panjang. Pemain tu dikehendaki memukul kayu tersebut sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu panjang. Kiraan mata tetap sama seperti yg sebelumnya mengikut tempat kayu pendek itu jatuh. Pasukan yang mempunya mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
Seronokkan main konda-kondi ni. Tapi zaman sekarang ni takde lagi permainan sebegini. Yang paling org ingat adalah teng-teng, congkak, batu seremban yang tak memerlukan kawasan lapang. Ape2 pun, Lyn still teringat permainan konda-kondi ni.. mmg best. Kalau menang tu seronok sangat2 sampai leh berlari keliling kawasan rumah. Punya lah happy. Sekarang ni.. hanya tinggal kenangan... :)
No comments:
Post a Comment