Sama2 kita renungkan...
Menurut kepercayaan orang tua-tua, mata bergerak-gerak bermakna kita akan menerima berita yang sedih. Terdapat pelbagai andaian atau kepercayaan tentang perkara ini. Antaranya ada yang berpendapat seperti berikut: kalau yang bergerak kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal dan kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh. Ada juga yang kata nak dapat berita baik. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis.
Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita minta jauh daripada mempercayai kepercayaan- kepercayaan seperti itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ketentuan dari Allah. Semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi. Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik-baik sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik. Justeru, apa yang berlaku dalam hidup kita sesungguhnya tidak mempunyai kaitan dengan masalah mata bergerak-gerak. Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan sahaja.
Beberapa maklumat penting berdasarkan pemahaman saintifik. Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah Myokymia. Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah. Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini. Kesan yang paling ketara ialah merimaskan kerana mata asyik bergerak dan menyebabkan gangguan emosi. Kerisauan juga boleh menyebabkan mata kita bergerak. Kemungkinan juga mata mengalami keletihan kerana tugas-tugas yang banyak menggunakan komputer selama lebih kurang 8 jam.
Kenapa SA Tak Boleh Follow Blog Lain?
13 hours ago
1 comment:
it is due to fasiculation of your eye muscle!
Post a Comment