Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunnah. Hope ape yg Lyn nak share ni boleh memberikan sedikit pengetahuan kita tentang amalan memotong kuku mengikut cara Islam.
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit; Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan;
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat;
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit;
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan;
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit;
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadith sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.Mulakan memotong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan memotong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
4 comments:
good info dear
thank u
moris
Moris,
It's my pleasure
alhmdulillah...lieza dh lama praktikkan..semoga mndapat aml dr memotong kuku mngikut cr islam...
Lieza,
samalah kita.. dah lama gak kak lyn pratikkan..so just blog about it untuk sape2 yg tak tau..
sharing is caring :)
Post a Comment