Lawak Hari Ini

Lawak Budak Sekolah

Boboi: “Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah”

Mama: “Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?”

Boboi: “Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.”

 

Siapa Gila?

Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit
“Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!”

Orang gila menjawab:
“Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?”

Penduduk kampung terdiam….

 

Si Penjual Pisang

Abu : Pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?
Penjual : Seringgit je

Abu : Boleh tak jual kt saya 60 sen je?
Penjual : Kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii

Abu: Kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn? Pakcik boleh simpan kulitnya

2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha! Lawak gila! Dah nak waktu balik ni, memang eloklah baca kisah lawak sesaja. Mood dah takda nak tengok kerja lagi!

Lyn Yusoff said...

MD,
kannnn.. xda mood nak kerja.
esok jumaat!! yeayyyyy!!!