SUMBER
::: RAPI Jun 2015
Susunan
:: Ruziana Zainal
Ramadhan
adlah bulan tarbiyyah, iaitu bulan kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan
juga tempat kita 'membersihkan' diri dalam satu bulan setelah menjalani 11
bulan yang lalu...
Jadi
mari kita berjimat cermat di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan anda boleh
praktikkannya bukan sekadar pada bulan puasa malah hari-hari lain pun sama...
1. AZAM
BERJIMAT
RAPI
::Dengan menanamkan azam, secara tidak langsung ia akan membantu anda agar
berpada-pada dalam berbelanja. Paling mudah, waktu membeli juadah berbuka
puasa. Sebagai contoh, katakan anda berazam hendak berbelanja kurang daripada
RM10. Secara tidak langsung, azam anda itu akan membantu anda mengawal
perbelanjaan!
2. BELANJAWAN
HARIAN
RAPI
:: Azam sahaja memang tidak cukup. Anda harus mempunyai belanjawan untuk
menyokong azam tersebut. Kalau tidak, takut tersasar nanti. Cara mudah membuat
belanjawan, catat segala yang ingin dibelanjakan seharian di atas sehelai
kertas. Catatan itu akan bertindak sebagai panduan bila anda hendak berbelanja
kelak.
3. JANGAN
BAWA DUIT BERLEBIHAN
RAPI
:: Taktik ini terbukti berkesan kepada ramai orang. Bawa duit sekadar yang
perlu seperti yang dirancang. Walaupun cara ini agak susah dilakukan tapi
memang berkesan.
4. JANGAN
BERBELANJA IKUT NAFSU
RAPI
:: Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tidak dinafikan
melihat sahaja makanan di bazaar mampu membuatkan kita teruja untuk membeli.
Tetapi bila dikaji, biasanya kita membeli juadah terlalu banyak hanya
akan menjurus kepada pembaziran sahaja.
5. KIRIM
JUADAH
RAPI
:: Kalau anda berasa sukar untuk mengawal nafsu membeli-belah ketika
mengunjungi bazaar Ramadhan, alternatifnya anda anda boleh mengirimnya sahaja
melalui rakan ataupun ahli keluarga yang lain.
6. BERBUKA
DAN BERSAHUR DI RUMAH
RAPI
:: Berbuka dan bersahur di rumah bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah
dapat merancang masa anda juga.
7. BERBUKA
DAN BERSAHUR DI SURAU ATAU MASJID
RAPI
:: Kalau anda inginkan penjimatan yang maksimum, manfaatkan majlis berbuka dan
shaur anjuran sesetengah suraau atau masjid. Selain berjimat, anda boleh terus
solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk anda menggandakan pahala.
8. BERKONGSI
ATAU BERTUKAR JUADAH
RAPI
::Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap
orang beli juadah yang berbeza. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Ini
bagi yang masih bujang. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin anda boleh
bertukar-tukar sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan berlainan
jenis, secara tidak langsung boleh mengeratkan silaturrahim sesama jiran.
4 comments:
memang terasa sangat jimat bulan puasa..
Bab-bab pergi bazar Ramadhan tu memang kenal cekal hati bawa duit cukup-cukup aje. Biar terkilan tak dapat beli sebab tak bawa duit daripada berbelanja berlebih-lebihan lepas tu membazir.
Dkna,
mmg betul. kena selalu amalkan tak kira puasa ke tidak.
MD,
mmg tiap2 thn sekali ke bazaar kak. thn lepas tak pergi langsung..
thn ni masih belum pergi & tak mau pergi pun
Post a Comment