Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Majlis Aqiqah

Hi LoVers,

Happy 4th Ramadhan yer. So how's ur fasting month?? Harap2 baguslah yer.

Owh yer, last year Lyn dapat dua granddaughter. Jadi thn ni bertambah lagi duit raya untuk budak2. hehehe. Tapi ttp tak banyak pun since my niece & nephew ramai yg dah besar panjang, masing2 dah kerja pun. Klu ada pun tak ramai, plus 8 org grandchild. This year tambah lagi sorang grandchild, lepas raya In Sya Allah.

It was a week after I got back from Krabi. Alamak cerita Krabi pun tak buat lagi. hehehe. Nanti lah yer. Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Medina Sofea, my nephew's daughter. Majlis buat di rumah mertuanya. 

Kumpulan Marhaban area kampung kami. Owh yer dorang ni kahwin sekampung. Cuma lorong jer lain2. Hahaha. Senang nak balik kg tak gaduh. hehehe

Tu si kecik tgh tidur sebelum marhaban & cukur jambul. Lyn tak masuk pun. Duduk luar jer. my nephew yg tlg snapped kan semua picture ni. 

My SIL yg mula kan cukur jambul

Follow by my brother. Time ni dah bangun lah dia. Tu yg kemain tegak jer kepala dia. 

 

Hahhhh budak kecik yg dah berumur 7 bulan skrg ni. Pantang org ajak gelak, kemain menggedik sungguh. Dia jenis nak jer kat org. Pantang org ambil nak dukung, kemain suka dia. Serious jenis tak takut org. 

Kambing golek

Kami2 yg dtg. Picture tak semua Lyn tepek sini. Byk sangat. Tak larat nak tepek. Seronoklah bila jumpa ramai2 ni. Sambil makan sambil borak. Even dkt pun kekadang tak sempat nak catch-up semua cerita. 

His little family

In Sha Allah, meriah lah raya thn ni. Ramai baby boleh belek. hahaha. And for sure tak pernah akan cukup quorum. My Kak Ngah & Abg Uda Lyn mmg selalu beraya rumah mertua dulu. My adik thn ni raya kat Alor Setar. Yg lain2 semua akan beraya rumah my mum. I olsss jgn tanya. Hahahaha

Selamat berpuasa :)


Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Zahraaniyya

Hi LoVers,

Genap sebulan Lyn baru nak update on that particular entry. Btw,  I just got my 7th grandchild which is nephew's daughter on October last year. Kiranya cicit ke 7 my mum. Alhamdulillah....

Dari sehari ke sehari, sebulan ke sebulan baru dapat organize Majlis Aqiqah & Cukur Jambul untuk dia. Time & hari masing2 sibuk & tak dpt nak slot masanya. Lagi satu our catering yg kita selalu tempah tak free. Finally, kita buat on 28th February 2016. Tu pun my sis & anaknya dah booking date sebulan awal. Since kita catering, so takdalah sibuk macam majlis2 sebelum ni yg kena masak sendiri. Yg tau semua siap dpn mata & melawa jer lah as usual. Hehehehe

Majlis started at 10.30am. Dimulai dgn marhaban, berzanji & akhirnya doa selamat serta majlis tahlil. My sis buat kecil-kecilan jer. Jemputan pun dlm 250 org termasuk org2 masjid.   


Selesai marhaban, cukur jambul di mulai oleh kaum lelaki. Nasib baik si kecik tu behave. Cuma dia tak tahan panas jer. Merah padam muka nya. Nak akhir2 tu mula dia mencebik buat muka. Terus Papa nya sumbat kan puting, baru dia ok. Tgk tu, kemain dia pegang baju papanya. hehehe.

Then ke kaum perempuan. Kami sekeluarga jer yg ada time tu termasuk family in law my nephew. 





Time ni pun dia behave sgt. So tak byk ragam. Senang jer lah dorang nak menggunting rambutnya. Cuma masalahnya rambut dia skit sgt, tu yg payah nak gunting. Kena teliti betul2. Alhamdulillah dia tak nangis. 


Presenting my 7th grandchild, Nur Zahraaniyya. Now already 6 months old. Kulit mmg putih melepak mcm anak mat salleh ikut Papa & Mamanya. Dah pandai ajak org berborak dah skrg ni. Skrg ni pun dah start meniarap. Tak dpt jer mau menangis melolong. hahaha. Owh kipas kena sentiasa ada. Klu tak merah padam mukanya. 

Nanny & her granddaughter in front of candy buffet. Kita2 yg buat candy buffet ni. Takda nak hired sesiapa2 pun. 

Jemputan lain ramai yg dtg lepas Zohor sampai ke jam 4pm. Dah membawak ke petang tu, kita2 satu keluarga jer lah yg ada lepak2 & makan2. Masing2 baru ada selera nak makan. Selalunya pun mcm tuh, time kenduri takde nya nak makan sbb rasa mcm dah kenyang. Bila majlis dah settled & orang pun dah kurang baru lah terasa perut tu lapar. Lyn pukul 4pm baru nak lunch. hehehehe

Lauk pauk sedap sbb kita ambil catering yg selalu. Saudara Lyn jugak. So harga pun sedara2 jugak lah. hehehe.

Ok selesai dah majlis si kecik ni. Another kenduri In Sha Allah in May. 


In One Day

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Ermm agak lama cerita ni terperam dalam draft. Baru hari ni teringat nak publish. hehehehe. It was last month outing with my bff, Erin & her kiddos. 

1st thing in the morning we went to Ikea Cheras. Finally!!! Kita sampai sana like around 10.30am. Awal kan. Sbb lepas tu kita agenda lain. Actually plan yg awal mmg tak pergi Ikea pun sbb kita mmg ada tempat lain nak tuju. Tapi my friend malam tu WA Lyn, ajak teman dia pergi Ikea nak beli barang. Since Ikea Cheras jer yg dkt dgn Bangi, maksud Lyn yg senang, so Lyn ok jer lah. Ater awak duk tumpang dia. So I oolsss ok saja. 

My 1st went there. Besar betul Ikea Cheras ni. Sbb kita dtg awal pagi, so senang lah nak cari parking. Sampai kita terus round satu Ikea. Tapi tak lama sgt sbb lepas tu kita kena ke Bangi ada kenduri. So tak sempat belek2 sgt. Cuma jalan2, cari barang then terus kita balik. 

Sebelum gerak balik kita bergambar dulu. But seriously mmg besar & showroom dia mmg luas betul lah. Org tak ramai maybe sbb awal lagi. Tapi seronoklah nak shopping tak gesel2 bahu. Kiranya aman gitu. Hehehe

Lyn with my lovely bff. She's the one yg rapat dgn Lyn dari Form 1 till Form 3. Berpisah, kemudian berjumpa semula thn lepas, dan kembali rapat. Dia lah kawan yg selalu pinjamkan bahu klu menangis. Thanks nget. 

Settled jer kita terus menghala ke Bangi. Mmg rasa jauh sungguh lah Bangi ni even lalu highway pun. Klu sorang2 drive mau mati kutu. Nasib lah ada gang, boleh lah borak2 sambil bergossip. Oppsssss....

Owh yer, ada kenduri rumah my friend. Sempena kenduri doa selamat & her birthday. Kita sampai2, terus jer makan. Dah lapar kan. So kita bedal makan dulu siap2. hehehe. Lauk2 kampung jer. Tapi mmg sedap. Dapat lah lepak & catch-up new thing bertiga. Byk lah benda yg di borakkan. Sbb dia jarang ada bila kitorang lepak. Busy kerja. Once dia roger nak lepak tu, kena lah available sentiasa. Hehehe. Lepas dia potong cake & lepak, kita gerak balik. Sebelum tu kita ambil pic dulu. 


Klu nak dikisahkan tentang my friend sorang ni, Lyn mmg satu sekolah dgn dia. Tapi bkn sekelas. Ayu & Erin ni sekampung. Lyn mmg tak rapat langsung dia Ayu ni zaman2 sekolah dulu. Kerek ok dia ni. Kira zaman sekolah mmg jarang bertegur sapa. Sekarang ni, dia lah yg paling rapat dgn Lyn. Tu lah org kata, tak kenal maka tak cinta. hehehe. Owh dia dah kahwin, anak tiga. 

Lepas pepeluk, cecium, cepipi, kita gerak balik. Our next destination is Mitsui Outlet Park. Our 1st time too. Sampai sini, panas nya Ya Rabbi, mmg berdenting. Sbb tu kita berkaca mata. hahahhaa

Pergi bkn saja2. Kitorang mmg nak cari brg. Plannya dah berminggu2 nak jengah Mistui ni. Baru hari tu dpt pergi. Sbb klu nak pergi saja2 mmg tak lah. Jauh kan. Disebabkan dah ada kat Bangi, kita pergi jer lah. Tak jauh pun dr situ. Sekali jalan org kata. So mula sessi mencari brg & shopping. Penat jugak lah berjalan. Besar jugak lah Mitsui ni. Tapi tak dpt lah nak bergambar sakan, sbb masing2 khusyuk mencari barang. hehehe.

Mission tercapai, terus lah kita balik. Otw tu hujan punya lah lebat sampai jalan pun tak nampak. Ingat nak balik terus, tapi my friend ajak singgah AEON Bukit Raja nak cari brg. So Lyn teman lah dia. Cari brg, sempat jugak dia ajak lepak minum2. Anak2 nya kelaparan. Maklum lah time kat kenduri tak makan byk. Dah balik mau ckp lapar. So lepas makan, solat jap terus dia hantar Lyn balik rumah. Dlm 8.30pm gak lah balik. Kira2 lebih kurang 8 jam jugak keluar. Ermm mcm lah tak pernah Lyn. hehehe

Bkn tak pernah, pernah. Tapi letih ya amat. Dlm 1 hari dibantai nya 4 tempat sekali pergi. Mau tak capek. hhuhuhu. Ikea Cheras, Bangi, Mitsui & AEON Bukit Raja. Yg Ikea tu mmg wajib repeat balik. Sbb hari tuh main tgk2 jer. Tak sempat bak belek satu2. Mitsui tu tak payah. Tak menarik sangat lah pun. But it was ok, klu nak pergi.

Ermmmm.. malam tu mmg tidur tak hingat dunia. Punya lah penat. Tapi best. Bkn selalu dpt spend time dgn kawan2 sehari suntuk mcm ni. Jarangggggggggggggggg sgt ok.


Kenduri & Hi-Tea

Jarang I pakai warna pink pergi mana2. To be honest, Lyn mmg tak byk collection warna pink. Klu ada pun mmg boleh kira. But since asyik kena complaint bila pakai warna biru, Lyn try lah beli warna2 yg lain jugak. I came out with other colors which pink, brown & etc. Tapi mata ni klu nak membeli baju mmg biru jugak di cari nya. hehehe

Btw, I wore Ashhanas's collection. It called Lady Diana in blush pink & mermaid skirt. I dah byk byk collection from Ashhanas ni. Geram & cantik2. Owh time ni ada kenduri aqiqah anak buah my sister in law. Went there with my family. Pic mmg takda, kitorang busy makan & mingle dgn keluarga kakak ipar. 

Balik after Zohor lepas maam besar berborak sakan dgn besan dia. Balik rumah, siap boleh lelap sejam sementara tunggu Asar. Sbb lepas tu nak coffee session plak dgn perempuan dua org tuh. 

Hujan lebat ku redah jugak lah sbb nak bergossip sakan dgn dorang ni. Kali ni melepak kat Zawara Coffee Bukit Jelutong. 1st time I went there. 


Biasalah lepak dgn dorang ni mmg ada je cerita nya. Owh yea, kitorang mmg lepak bertiga jer. Yg lain2 ada hal masing2. So kitorang ni mmg sentiasa available especially yg tengah tuh kan. Org ajak ke kanan, ke kanan lah dia. Ke kiri ke kiri lah dia. Senang. hahahah. Tak byk songeh. Erin pun senang gak klu di ajak. On saja. Kitorang punya perangai mmg sama. Senang. 

Melayan hazelnut latte & spaghetti thai beef. Not bad. Lyn suka pulak spaghetti tuh. Nak try churros, tapi dah habis pulak. 

Ramai betul org lepak kat Zawara ni. Maklum lah tgh panas & masih baru. Luckily byk tempat nak lepak. Boleh pilih nak lepak kat luar ke kt dlm. Cuma agak bising lah. Kat sini konsep dia tak mcm kopitiam lain. Kat sini kita order dulu, byr & tunggu lah makanan sampai. Owh kt sini dia guna pager. So bila pager ko berbunyi, maksudnya order ko dah siap & boleh collect kat kaunter. Mula2 terkial2 gak, ater pertama kali kaedahnya. Next visit dah reti dah.

Ok klu korang nak lepak2 santai2 kat sini. Recommended. 



Majlis Tahlil & Doa Selamat

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Seminggu balik dari Port Dickson, kita buat kenduri tahlil & doa selamat. Kiranya kenduri sebelum menyambut puasa. Alhamdulillah, every year we managed to organize the kenduri without failed. Kali ni kita buat hari after Zohor hari Sabtu. Preparation, kitorang dah buat awal2 lagi. Mana yg perlu di beli awal2 kita dah beli dulu. Mcm goodies Lyn dah tempah siap2 sebulan awal. Tak nak nnti last minute, payah.

Balik dari PD kita buat benda yg tak settle lagi jer especially packing goodies. Hari Isnin balik dari PD, kitorang cuti. So time tu lah pulun buat semua benda. Brg2 yg nak di masak, contoh nya blend bawang, potong cili & dsb mmg kita buat awal2. Senang time nak masak nnti. Actually, kitorang adik beradik nak guna catering jer sbb kesian kt my mum nak kena masak nnti. Tapi my mum tak nak pulak. Dia kata thn ni dia masak sendiri. Klu ada rezeki thn dpn baru buat katering. Tapi my mum dah tak masak pun, cuma arah2 kan anak menantu jer yg buat. A day before jumaat tu kita dah sibuk dah. Next day lagi lah sibuk nak kena prepared semua benda sebelum Zohor. But dlm pukul 12pm kita dah siap masak dah. Tinggal nak goreng ayam berempah jer.

Lauk pun simple2 jer. Sambal tumis sotong, kuah dalca, ayam goreng berempah, sayur goreng, ikan kering, lobak asin campur ikan bilis, sambal belaca, ulam2, kuih muih & air.  

After Zohor, Jemaah dari Masjid dah sampai. For sure ada tahlil & doa semua. Settle semua, baru jemputan makan. Ramai jugak jemaah masjid & tetamu lain hari tuh. Alhamdullilah. 

Goodies untuk para tetamu yg hadir. Surah Yaasin, tasbih dan kurma & kismis. Kanak2 kita bagi marshmallow. 

Kenduri berjalan mcm biasa. Masih ramai lagi yg dtg. Tapi kita proceed pulak dgn birthday budak2 ni. Kira belated birthday lah semuanya. Kita mmg ada celebrate kecil2an jer dgn family. Kali ni kita buat sekali harung. 

A simple candy buffet. Theme frozen dek request budak2 tuh. So kita layan jer. 

Yg perempuan oklah kan tema frozen. Tapi Khair kena redha lah yer dik. Kita ikutlah tema dorang. Hihihi. Enjoy the pics guys!! :)







Even simple, yg penting dorang happy. Seronok tgk dorang potong cake ramai2. Yg sambutnya pun Puteri, Nurul & Khair jer. Yg lain2 tu join jer lah sekali. Lyn pun patut ada kat situ. Tapi malas lah dah tua2 ni nak celebrate birthday. Letak cake jer sudah. hehehehe. 

Budak2 suka lah kan duk layan candy atas meja tuh. Rasanya mak2 pun join sekali. Hehehe

Celebrate Mother's day sekali. My mum terkejut gak tu bila cucu2 nya panggil :)

Antara kawan2 Lyn yg dtg. Mereka ni semu kawan sekolah menengah dari Form 1 - Form 3

Majlis kami habis pun dlm 5.00pm. Time tu dah takde lagi tetamu yg dtg. Yg ada pun kami sekeluarga adik beradik yg berborak & bergossip sakan. Maklum lah bila sesekali jumpa tu mmg tak sah klu tak berborak pjg. Seronok.

By 6.30pm kita dah siap clearkan semua sebelum menjelang Maghrib. Tapi biasalah nak mengemas tu mmg ambil masa skit. Nasib baik lah next day Ahad, still boleh rest lagi. Mlm tu mmg settle jugak mengemas. Kitorang plak still boleh stay up sampai midnight jugak. Sambil berborak ramai2. By 1am semua masuk tidur kepenatan. Next day sambung mengemas mana yg tak settle lagi.

Alhamdulliah, our majlis running smoothly. Cuaca pun tak panas terik time tuh. Settled dah semua. Syukur sgt. Dah tak payah nak pikir apa2 majlis lagi before Ramadhan ni. Skrg ni menunggu Ramadhan tiba. In Shaa Allah. 

Nephew’s Wedding : Reception

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!!!

After a month dah my nephew ni kahwin, baru minggu ni Lyn up his entry on reception day. Bkn apa, byk sgt pic. Tu pun main pilih2 jer. Owh yea, our theme green mustard. So hope korang tak muntah ijo lah yer. Hehehe.

Since I’m not official photographer, so pic pun tak berapa cantik sgt. Mana sempat jer. Camera pun main pass2 jer. So mmg byk tgn yg pegang. Hehehe. Pagi2 lagi kitorang dah get ready for the wedding. Kitorang bersiap kat rumah jer. Then by 9am dah ada kat rumah my sis. So since kitorang guna catering, so tak lah bz sgt pun. Catering tu pun sedara kitorang gak. Semua dorang uruskan. Kitorang sibuk melawa jer. Klu perempuan tu mmg siap nya berjam2 gak.

IMG_5768Time ni awal lagi. Jemputan pun tak ramai lagi. Yg ada pun, family BIL Lyn yg dtg dr Melaka & Johor.

IMG_5756My niece pun ada hired photobooth. Sekrg ni mana2 wedding org letak photobooth. Dah jadi satu trend jugak skrg ni.

IMG_5765 Group green mustard. Ni masing2 dah siap melawa dah. Tinggal nak keluar jer. Budak2 flower girl jer kena quarantine. Sbb kena tunggu pengantin bersanding baru keluar sesama.

By 11am dah penuh dah jemputan yg dtg. Panas jugak time tuh. Tapi tu yg di harapkan. Klu hujan nnti lagi payah kan org nak dtg. By 12.45 pengantin dah bersanding. Takut nnti klu lambat hujan pulak.

IMG_5778 Budak berdua ni ikut my nephew. Si Khalisy tu dah buat hal. Panas katanya. Nasib baik jugak lah dia nak jalan sama. Tu pun mummy nya kena pegang.

IMG_5780Yg dua org lagi ikut pengantin perempuan. Nasib baik tak meragam budak berdua ni. Cuma tu lah dorang merungut sbb panas jer.

IMG_5783Berjumpa dah. Mereka2 ni lah yg excited nak pakai baju green mustard ni. Especially my grand daughter si Khalisy tuh. Tiap2 hari dia tanya mummynya bila nak pakai. Excited sgt. Terus bawak penganti ker pelamin. Takda silat pun sbb kesian sgt kat dorang. Cuaca terik.

IMG_5790 Upacara tepung tawar dari keluarga pengantin perempuan dan lelaki. Suka2 jer.

IMG_5796 Makan beradab

IMG_5816 Taken before cake cutting

IMG_5812 Suap jgn tak suap. Hahaha

IMG_5820 Groom family at photobooth

IMG_5826 Aunties & cousins

IMG_5808 Depan pelamin dgn anak angkat my mum yg baju pink tu merangkap kawan sekolah my sis

IMG_5829 Bersama nenek tersayang

IMG_5832 Mak Pak pengantin

IMG_5897 Di pelamin pulak. Kemain ketawa si Zafran. Lyn lah tukang mengagah dia. Klu tak matanya ntah pandang mana ntah. Hehehe. Yg budak berdua tu ntah mana menghilang.

IMG_5903 Group green mustard. Wish my two niece ada time ni. Masing2 sibuk dgn exam kat Uni. Tak boleh balik.

IMG_5909 Aunties

IMG_5914  Cousins & anak2 buah

IMG_5920 Yg lelaki ramai ni jer. Yg lain ntah kemana ntah

IMG_5921 Group si kecil

Alhamdulillah our majlis went smoothly. Cuaca pun baik. Jemputan pun ramai yg dtg. Seronok bila jumpa saudara mara dari jauh. Sambil tu mmg berborak sakan lah jawabnya. Mmg tak daya nak layan satu2, tapi mana yg dpt jer lah.

Lyn pulak dari pagi tu mmg non-stop kesana sini nak pastikan semua nya berjalan lancar. Nasib baik lah masing2 dah Lyn bagi tugas. Mane yg kena buat itu ini, semua mmg follow Lyn punya instruction. Klu tak haru biru jugak lah kan. Lyn ni tau jer lah, klu ada yg tak ikut, mula lah Lyn nak naik angin. Hehehe. Tapi skrg ni dah control dah. Maklum lah dah tua. Malas nak naik angin lagi. hehhee

By 5pm org pun dah beransur pulang. Karaoke pun ended by 5pm. Lyn spt biasa jugak kena lah nyanyi. Tpi tak leh nak ove sgt sbb awak ni bz kesana sini. Dpt lah pekena 3 or 4 lagu. Jadi lah lepas geram. hehehe.

Catering pun dah mula mengemas. Tinggal kan satu line buffet jer, mane lah tau ada jemputan yg dtg lewat. Time tu lah baru rasa lapar nak makan. Bygkan lah pagi tu Lyn makan nasi goreng skit, then tengahari tuh pekena cendol, sampai petang lah duk tak makan. Bkn apa, mcm tu lah tiap kali ada majlis. Tak boleh nak makan selagi majlis tak settle. Adik beradik Lyn yg lain pun gitu gak. Petang tu baru kitorang adik beradik makan ramai2.

Petang tu jugak siapkan mengemas. Kitorg klu majis2 mcm gini mmg siap berkemas semua ramai2. Senang. Tak lah membebankan tuan rumah. So bila buat ramai2 tu sekejap jer dah siap.

Settled dah majlis perkahwinan my nephew. Masuk dlm keluarga kami yg besar & havoc ni. Bertambah dah ahli keluarga baru. Alhamdulillah. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke Jannah. Amin.

Ada entry lain yg Lyn akan update later. Saya tgh bercuti skrg ni. Bye!!!!