Small Reunion

Hi LoVers,

Good morning everyone!! Happy Monday la yer.

Sebulan ni Lyn memang busy betul jumpa my ex-schoolmates. Seronok betul. Klu dlm WA group tak pernah lah senyap. Mmg buzsy berborak jer. Tapi tak semua lah yg aktif pun. List nama jer ramai, tapi yg berborak less than 15 org. Yg lain malas kot. Just jadi pemerhati jer. Lyn pun kadang gitu. Baca jer. One of my friend yg jrg online, sekali tgk WA group sampai 6000. Gila tak gila kan. hehehe

Lyn pun kadang tak dpt tgk all the time pun dah 500 dah yg masuk. Tak tau lah apa yg di borak kan. Tapi klu Friday mmg borak memanjang, sbb next day kan weekend.

Skrg ni weekend jer, if I’m free, Lyn join jugak dorang lepak. It was last week. Roger2 WA group, zasssss jadik jer. Melepak dkt2 jer. Setia City Mall jer since ramai yg tgl area2 situ jer.

IMG-20150404-WA0049Had our hi-tea at Starbucks. Semua dtg single jer except kwn yg lelaki tu bawak satu family dia siap dgn anak2 sekali. Katanya nak celebrate anniversary sekali. Lama jugak kita lepak. Maghrib kat sana sekali. Senang. Then terus continue dinner.

Time dinner, kitorang2 jer. Dia dah pergi celebrate dgn family. Dtg lagi sorang kawan perempuan Lyn dgn anaknya.

2015-04-04-21-25-42-462 Jadinya lagi meriah kan. Sbb kitorang ni semua mmg byk ckp. Hehehe. Klu jumpa tu tak pernah lah senyap. Bercakap sokmo. Kadang tu tak tau sapa yg ckp. Time ni kitorang makan kat Johnny’s Steamboat. My first time having here. Boleh tahan jugak lah.

IMG-20150404-WA0058Sebelum makan kita bergambar tuh. Waitress jadi mangsa kitorang kena tolong snapped kan pic. Sambil tunggu order sampai, kita berborak & bergambar dulu. Ermm mana2 pun, tak kira lah kitorang ker, or sapa2 jer lah dlm dunia ni, tak sah klu tak bergambar kan. Mmg photo obsession betul lah. Tak boleh nak elak. Pastu upload kat instagram, FB or twitter. Jadi trend dah skrg ni.

20150404_213203Our dinner. Penuh satu port tuh. Time hujan lah pulak. Memang sesuai sgt pekena tomyam panas2 nih. Menghirup tu yg paling best. 1st round dah habis, kita pi tambah lagi. Tapi tak byk lah. Takut tak habis nnti.

IMG-20150404-WA0055 Mmg licin licau kitorang kerjakan. Buruk perangai betul. Hehehe. Tapi bagus lah kan klu kita makan habis cmni. Tak lah membazir namanya.

IMG-20150404-WA0066Lepas tu sambung melepak kat luar pulak. Yg sorang pulak balik sbb anak dah mula meragam. Penat mengantuk segala bagai. Dtg plak kawan sorang lagi dgn anak2nya. Hehehe. Masing2 berganti bagai. Tapi kitorang berempat ttp setia sehingga akhirnya. Hahaha. Eh yg Lyn napa tegak bergambar gitu, skema betul.

IMG-20150405-WA0001Another group pic sebelum masing2 balik. Ikutkan hati byk lagi cerita. Mmg takkan habis punya. Tapi dorang masih ade commitment lain. Lain lah Lyn & one of my friend yg tudung pink sebelah Lyn tuh. Kitorang bujang. hehehe

By 11pm, kita balik. Happy betul dpt jumpa sebahagian dr dorang ni. Tapi mcm Lyn ckp lah, tiap2 minggu muka dorang jer. Yg lain2 Lyn belum jumpa lagi. Sbb masing2 ada hal. Klu nak tunggu semua free, ntah lah bila lah kan. Jadinya kita jumpa mana yg free dulu.

Ok nnti kita sambung lagi. Kbai :)



Hello!!!

She/He is so clever. Have a great weekend everyone. 

Ps: Pssss... tuan tanah down with migraine. Huhuhu. Bye!!!

Lawak

Dua Orang Kaya dan Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan, "Yes Sir!! Right A way!!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, "Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : "Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. "Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak?"

Rambo: "Yes Sir!! Right A Way!!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan.

King Kong : "Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : "Kau fikir boss kau stupid ha? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah. Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"


Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.

Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata, “Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh, sampai gunakan penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”


Kisah Tiga Anak Dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Wordless Wednesday #184

1 Ouchhh!!!


Hi

Hi LoVers,

Happy Monday & morning everyone!!!

I’m not Monday blues today. Excited to go to work actually. Sbbnya… adalahhhhh….. hehehehe.


1Today is such a tiring Monday after busy weekend. Tapi mcm Lyn ckp tadi, suka plak even hari ni hari isnin. hehehe.

Ok bye, nak continue my work. Daaaaaaaaaaaaaaa :))


Woot Woott!!!!

Hi LoVers,

Waiting for the weekend?? It’s tomorrow dude :)

1Let's dance together!!

Happy :DD


Lawak Khamis

Kisah Suami Isteri

Sang suami yang bekerja di luar negeri menulis surat kepada isterinya:

Dear Sweetheart,

Abang tidak dapat menghantar duit perbelanjaan bulan ini kerana abang telah kehabisan duit. oleh itu abang hantarkan sahaja 100 ciuman untuk sayang.
Muahhhhhhhhhhh X 100.

Yang Benar,
Suami mu.

———————-

Isterinya Membalas*

Sweetheart Dearest,

Terima kasih kerana menghantar 100 ciuman. Ini adalah senarai perbelanjaan dinda dengan 100 ciuman tersebut:

1. Ramachandran penghantar susu bersetuju untuk menghantar susu percuma dengan 2 ciuman.
2. Tukang elektrik hanya bersetuju selepas ditawarkan 7 ciuman.
3. Tuan rumah datang amik 20 ciuman untuk menggantikan bayaran sewa umah.
4. Tokey supermarket tidak menerima ciuman, jadik saya kasi la yang lain (harap abang memahami)
5. Lain2 kegunaan 40 ciuman.

Jangan risaukan tentang dinda kerana dinda masih mempunyai balance ciuman. Dinda harap dapat menggunakan baki ciuman untuk kegunaan bulan ini. Adakah bulan hadapan juga kanda akan melakukan perkara yang sama, sila beri nasihat..

Yang benar
Isterimu


Lawak Tiga Pemuda & Mak Nenek

Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul.

Tiga org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah...dan menjadi.....

Mak nenek laaaaa….


Pelacur Dan Driver Teksi

Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi.

Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50.

Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya. Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta.

Setelah beberapa ketika, kekasihnya bersuara "Sayang, takkan kita nak lepak sini je. Jom la kita balik ke bandar". Lalu lelaki itu pun menjawab, “Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60”

Wordless Wednesday #183

gst GST di mana-mana #$%^&*()