Fry Day

 Hi LoVers,

Friday is finally here! Hope your Friday is a wonderful one!!! 
Have a good weekend too!! :))


Funny Quotes







Wordless Wednesday #224




Kueh 13

Hi Lovers,

Cerita shopping yg tak habis lagi sbb belum travel lagi. Owh btw, I'm going to somewhere early next month. Wooottt2!!! Can't wait. 

Mission mencari brg2 keperluan. Bkn boleh beli sekali harung. Kena lah ikut budget kan. Tapi minggu tu mmg dah siap dah beli brg2 yg wajib. Settled. Ada skit2 jer berbaki. Weekend ni baru nak pi beli. Owh nak pi money changer sekali. Duit tak tukar lagi nak woiiiii. hehehhee

Budak2 ni pantang Lyn ckp nak keluar. Mula nak mengikut. Redha jer. 1st destination AEON Bukit Raja, nearby my house. Ada satu insiden berlaku kat satu butik ni. 

Actually, I'm looking for some stuff lah. Mmg nak kena beli hari tuh jugak takut habis sbb sales CNY dah nak habis. So pergi lah kedai tu, but sorang salesgirl ni aka makcik poyo ni kata brg ni dah takde stock. So Lyn pun suruhlah dia check kat outlet nearby kan, senang lah Lyn nak pi amik. So dia pun kata kat tempat lain pun takde, tapi kt Penang JB adalah. Ko giler, aku kat Klang Valley celah mana pulak nak pi sana. Bengong. Lyn dah hangin dah time tuh. Ko pikir logik akal ko lah kan. Lyn tanya lagi.

Lyn : Takkan area2 sini takde. SCM? Paradigm Mall? Bukit Tinggi? *Lyn dah survey outlet sebelum pergi* 

Makcik Bengong : Orang Bukit Tinggi pun baru dtg amik stock kat sini. Klu ada pun, kita tak boleh ambil kan.

Lyn : Please check again. Klu ada, I can go now & buy it. Should be no problem. 

Makcik Bengong : *Dia suh orang kat kaunter tolong check kan*  Kat SCM ada. Tapi kita tak boleh amik lah. *muka dia dah jeling2 kerek2 dah time tuh*

Lyn : Eh tadi kata takde. *selamba jer Lyn ckp. Ni mesti kes main hentam jer*.. Did I asked you to pick-up?? No rite?? I can go. *Dia kerek, aku lagi kerek. Geram plak aku. Aku dah ckp awal2 aku nak amik. Ko tak reti ke hapa*

So Lyn dah geram, Lyn terus pi kaunter/cashier, mintak salesman check kan semula. Dia kata kat Setia City Mall ada. So Lyn terus cakap terima kasih & chaw. Lyn tak suruh amik kot. I did mention ok. Boleh pergi sendiri lah bkn jauh pun. Ishhh jadi geram ok. Dgn2 my nieces pun jadi geram. Nasib baik lah ko berumur dari aku. Klu tak, kena gak lah. 

Terus pergi SCM, beli brg kat butik tuh & chaw. Semata2. hahahha. Dah dpt baru puas hati. 

Tapi cerita sebenarnya nak bagitau kitorang pergi makan kat Kueh 13. Dkt Seksyen 13 sana. Landmark dia dkt dgn Nasi Lemak Cinta Sayang. Sebelah2 jer. 

Snapped pic dulu. The food focus on Malaysian food especially traditional kuih. Time kitorang sampai kan dah petang. Kuih pun ilek pocik. Yg ada pun tak byk dah. For those yg tak mau layan kuih2 ni, no worries Kueh pun ada something modern for you. Korang boleh check sendiri. Lyn tak sempat nak explore coz kitorang rushing for something. 




We had laksa & nasi kerabu. Nasi kerabu dia boleh tahan sedap. But I'm very disappointed with their laksa. Tak menepati citarasa sungguh. Tapi makan jugak lah sbb dah byr & mahal. 

Kitorang makan bertiga plus kuih2 ni dkt RM80. Sekali tgk terkejut jugak lah. Ice-lemon tea ni mahal betul. Nasi kerabu klu tak silap sampai RM18.90 & laksa rasanya dlm RM14.90. Kuih2 tu, 20 pcs RM18. Mmg agak mencekik gak lah. Lyn bkn lah nak complaint ker tak bersyukur ke hapa, tapi serious tak berbaloi. Lyn pun bkn nak berkira sgt. Klu sedap byr mahal pun takpe. Ni.. ermmmmmm.. Sekali jer lah. 

Balik my mum & my sis rasa kuih dia pun, tak berapa kena lah dgn tekak org lama2 ni. Pd Lyn pun kurang. Ni cakap terus terang jer. Tapi korang jgn lah termakan kata2 ku ini. Mungkin tekak org kampung mcm kami ni lain. Tekak korang maybe lain.

Hahhh ni address dia.

Kueh
Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam

Gangnam Station

Bukan lagu Gangnam style yer uolsss.. Hehehhee

It's Gangnam Station ye uolsss. They served korean food. My first time went there. Maklumlah dgn kawan2 ni dah semua restaurant di carik nya. JJCM katanya. Dah klu dgn dorang ni mmg diet kelaut. Cerita dia, makan, makan, makan dan makan lagi. Tak boleh nak elak. hehehe. Bila habis makan baru fikir soal diet balik. Bila dah diet, makan balik. So dietnya mmg tak consistent gitu. Hehehe

Btw, it's is located in Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh waze klu tak jumpa. Lyn pun guna waze ok. Friday night its always makan2 day aka hari melepak dgn kawan2. 

Nearby my house. Mmg Lyn lah yg sampai dulu dari lelain. Biasa tuh. Time lepak kitorang spt biasa selepas Maghrib. Settled kan apa2 yg patut baru lah berjumpa. Sementara menunggu yg lain2 kita jalan2 dulu. Ermm mmg byk restaurant kat dlm2 ni. Lyn awal2 dulu ada gak pergi. Tapi masa tu tempat ni masih baru lagi. So boleh kira lah berapa byk restaurant. Tapi sekarang kemain byk. Ermm boleh nampak tak betapa lamanya tak kesana. 

Jam 8.30pm baru semua dtg. Btw, kitorang bertiga jer. Tapi dia punya riuh mcm 30 org jugak lah. Hahaha. Biasa jugak tuh. Tak riuh bkn kitorang lah namanya. Hehehehe

Let me show you the menu selection. 

Dolsot bulgogi. Ni daging & mushroom. Sedap. Tapi Lyn tak makan daging kan. So makan mushroom saja. hehehe

Heamul japchae. Yg ni sedap. My selection. Mcm suhun2 gitu. Ada sotong besar. Tapi dia punya portion besar sampai tak boleh nak habis. 

Tteokbokki rice cake. Tak minat sgt. But oklah. 

Gun madu. Ni menu denda pada siapa yg dtg lambat. Hehehe. Sedap jugak. Side dishes pun ada jugak. Tapi lupa nak snapped picture. Gelojoh dah masuk mulut dulu. Hahahhaa

Kat sini, mcm jenis menu ada. Steamboat pun ada. Set & ala carte pun ada jugak. Kita amik yg ala-carte then boleh share sama2. Yg set pun ada, tapi mcm portion dia lagi besar. Kita amik set yg kecik. Tapi bila sampai, besar jugak ok sampai tak larat kitorang nak habiskan. Makan mengah, makan mengah. Sampai sengkak jugak lah perut. Kitorang siap take-away lagi. Terlalu byk. so better take-away. 



Lepak, makan, borak. 
Lepak, makan, borak.

Klu tak amik gambar mmg tak sahlah kan. Mana aci mcm tuh. So bergambar adalah aktiviti wajib bila lepak. Buat kenangan2 gitu. Nak update FB ker, IG ke, senang lah kan. Blog, Lyn sorang jer yg ada.

Begitulah Jumaat malam kitorang. Bila free jer roger. Boleh di katakan every week. Cuma org yg ketiga tu selalu ganti2. Muka wajib mmg dah ada Lyn & my friend Erin. Yg sorang tu sure bertukar. Tak Ayu, Ainil. Sbb dorang ni mmg busy. Kitorang berdua pun busy gak, tapi sempat gak lah melepak. Tapi dorang berdua tu takde. Lyn berdua dgn Erin pun jadi gak melepak. Wa no hal. hehehhee

Korang klu teringin nak rasa korean food, singgah sini. Saja bagitau. Makan sedap & harga pun reasonable.


Fri-Yay!!!

Finally, it's Friday. Fri-yay!!! Friday! Yeay!!!!
The best day of the week :D

Happy weekend everyone!!!


Smile :)







Wordless Wednesday #223