Gangnam Station

Bukan lagu Gangnam style yer uolsss.. Hehehhee

It's Gangnam Station ye uolsss. They served korean food. My first time went there. Maklumlah dgn kawan2 ni dah semua restaurant di carik nya. JJCM katanya. Dah klu dgn dorang ni mmg diet kelaut. Cerita dia, makan, makan, makan dan makan lagi. Tak boleh nak elak. hehehe. Bila habis makan baru fikir soal diet balik. Bila dah diet, makan balik. So dietnya mmg tak consistent gitu. Hehehe

Btw, it's is located in Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh waze klu tak jumpa. Lyn pun guna waze ok. Friday night its always makan2 day aka hari melepak dgn kawan2. 

Nearby my house. Mmg Lyn lah yg sampai dulu dari lelain. Biasa tuh. Time lepak kitorang spt biasa selepas Maghrib. Settled kan apa2 yg patut baru lah berjumpa. Sementara menunggu yg lain2 kita jalan2 dulu. Ermm mmg byk restaurant kat dlm2 ni. Lyn awal2 dulu ada gak pergi. Tapi masa tu tempat ni masih baru lagi. So boleh kira lah berapa byk restaurant. Tapi sekarang kemain byk. Ermm boleh nampak tak betapa lamanya tak kesana. 

Jam 8.30pm baru semua dtg. Btw, kitorang bertiga jer. Tapi dia punya riuh mcm 30 org jugak lah. Hahaha. Biasa jugak tuh. Tak riuh bkn kitorang lah namanya. Hehehehe

Let me show you the menu selection. 

Dolsot bulgogi. Ni daging & mushroom. Sedap. Tapi Lyn tak makan daging kan. So makan mushroom saja. hehehe

Heamul japchae. Yg ni sedap. My selection. Mcm suhun2 gitu. Ada sotong besar. Tapi dia punya portion besar sampai tak boleh nak habis. 

Tteokbokki rice cake. Tak minat sgt. But oklah. 

Gun madu. Ni menu denda pada siapa yg dtg lambat. Hehehe. Sedap jugak. Side dishes pun ada jugak. Tapi lupa nak snapped picture. Gelojoh dah masuk mulut dulu. Hahahhaa

Kat sini, mcm jenis menu ada. Steamboat pun ada. Set & ala carte pun ada jugak. Kita amik yg ala-carte then boleh share sama2. Yg set pun ada, tapi mcm portion dia lagi besar. Kita amik set yg kecik. Tapi bila sampai, besar jugak ok sampai tak larat kitorang nak habiskan. Makan mengah, makan mengah. Sampai sengkak jugak lah perut. Kitorang siap take-away lagi. Terlalu byk. so better take-away. 



Lepak, makan, borak. 
Lepak, makan, borak.

Klu tak amik gambar mmg tak sahlah kan. Mana aci mcm tuh. So bergambar adalah aktiviti wajib bila lepak. Buat kenangan2 gitu. Nak update FB ker, IG ke, senang lah kan. Blog, Lyn sorang jer yg ada.

Begitulah Jumaat malam kitorang. Bila free jer roger. Boleh di katakan every week. Cuma org yg ketiga tu selalu ganti2. Muka wajib mmg dah ada Lyn & my friend Erin. Yg sorang tu sure bertukar. Tak Ayu, Ainil. Sbb dorang ni mmg busy. Kitorang berdua pun busy gak, tapi sempat gak lah melepak. Tapi dorang berdua tu takde. Lyn berdua dgn Erin pun jadi gak melepak. Wa no hal. hehehhee

Korang klu teringin nak rasa korean food, singgah sini. Saja bagitau. Makan sedap & harga pun reasonable.


4 comments:

rasp said...

alaaaaa jauh from my house lah sis...
sib baik kat klcc pun ada hehehehehehe...

Lyn Yusoff said...

Rasp,
owh kt klcc pun ada erk..
boleh lah sis terjah lepas ni.. hehehe

Mummydearie said...

Macam dah selalu akak baca tentang gathering ni. Tiap-tiap Jumaat ke atau tiap-tiap bulan ni?

Seronoklah you all ada masa gathering macam ni. Borak, makan, borak, makan. At least rasa enjoykan!

Lyn Yusoff said...

MD,
Boleh dikata kan tiap2 jumaat & tiap2 bulan gak kak..
tunggu cukup kita jalan..

masa ni jer nak catch up new thing kak.. dlm WA merapu meraban boraknya.. hahhaha