Allergic or ???

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Happy Monday & happy working to those yg cuti sempena cuti sekolah last week.  Dengar ramainya yg cuti2. Syok nya klu org yg bekerja pun dpt cuti mcm tu. Ermm dream on. Jgn harap. Hahahaha

Orait go back to our title today.... ermm cam haru skit weekend ni. Bkn apa, I'm not feeling well dek allergic. Stress jugak bila benda ni suddenly dtg sampai rasa nak nangis pun ada. Huhuhuhu

Last Friday, I'm working as usual. Makan as usual jugaklah. Takda mkn benda yg gatal. Petang tu after Solat Zohor & lunch break, Lyn masuk office mcm biasa. Tapi sebelum tu Lyn dah rasa mcm gatal2 kat kaki ni. So nak sedap, kita garu skit. Makin lama mkn sedap plak menggaru. Hahaha. Pergi toilet tgk kaki mcm dah naik rashes. Pelik. Dlm hati duk tanya2 kenapa. Salah makan ker?? Padahal lunch tu Lyn makan nasi goreng, bawak bekal dari rumah jer pun.

Balik kerja mcm biasa, gatal2 tu masih ada lagi. Tapi tak amik port sgt. Bila gatal garu jer. Apa susah. Hahaha. Mlm tu Lyn keluar dgn my niece & nephew. Masih ada lagi. Garu jer jawabnya. Tapi ni rasanya dah naik sampai ke punggung. Tak keruan dah masa tuh tapi masih boleh bertahan. Balik keluar singgah mkn. Order mee bandung & kerabu sotong for me. Ermm dah tau gatal2 duk makan sotong lagi. Ngok ngek betul. Hahaha.

Balik tu siap menggaru bagai nak rak. Tgk kaki & bahagian punggung dah naik rashes. Byk. Mcm gelagata pun ada. Memang besar2 dan tebal2. Dah nak menangis dah time tuh. Bagitau my mum. Dia pun jadi risau. Ubatnya, tumbuk bawang merah & lumur air nya kat badan. It works!! petua org dulu2 kan. Mlm tu tidur lah macam biasa, walhal bkn boleh tidur sgt pun. Bangun pagi tgk macam dah kurang. Lega. Mandi, breakfast, tiba2 dia naik lagi satu bdn. Masa tu dah tak tau nak buat apa. My mum kata sbb mandi kot then pakai shower gel tu yg dia naik. Besar2 gelagatanya. Hati dah tak keruan. Klu tak ok lagi kena pergi klinik. Dia punya gatal tu mmg merenyam betul lah. Tak boleh tahan. 

Breakfast pagi tu sambil borak2 dgn my mum. Pikir balik mkn apa sebelum ni. Mmg lah Lyn ada mkn daging. Tapi dlm 4 5 ketul jer. Tapi dah 3 4 hari lepas kot. Takkan baru dtg effect nya. Lagi satu sebelum2 ni Lyn makan daging tak lah teruk mcm tuh. Klu kata allergic seafood tak mungkin gak sbb selama ni makan takde pape pun. So mmg lah pelik di situ. Kena gigit binatang ker?? tu lagi mcm tak kot. Maybe Lyn tak perasan. 

Then I went to clinic nearby my house. Ada dua sbb doctor kata, maybe allergic or kena gigit binatang. Solution nya injection or makan ubat. Lyn pilih mkn ubat lah since Lyn tak kemana2 pun. Injection takut gak. Hahaha. Doc suggest elakkan makanan yg gatal2 for time being. 3 types of medicine & 1 cream. Balik tu mkn yg 2 type jer sbb satu lagi drowsy. Doc suggest mkn mlm jer. If tak kemana2 boleh jer makan. Tapi Lyn tak mkn pun sbb tunggu malam je lah. Time tu dia start naik kat dagu & mata. Rasa dah sembab2. Mkn ubat, sapu cream & tidur. Lega jugak lah. Gatal makin kurang. Mlm tu Lyn makan semua ubat & tidur after Isya' sampai ke Subuh baru terjaga. Lama betul. 

Pagi tu nampak dah kurang skit. Breakfast mkn mee goreng pun ok dah. Makan ubat gak. Kena ok gak sbb Lyn nak pergi melepak dgn bff petang tu. Pagi2 tu Lyn buat kerja mcm biasa. Terpaksa tak mandi sbb nak elak dia tumbuh lagi. Buat apa2 yg patut jer. Hehehe. Sempat keluar rumah pergi dobi & beli barang. Balik tengahari tuh Lyn decided nak tidur jap sementara tunggu pukul 3pm. Lelap jap dlm setengah jam. Terjaga sbb haus, so pi lah minum. Nampak pulak kerepek bawang. My fav tuh. Layan makan skit & tidur balik. Tapi belum sempat nak tidur, rasa muka bengkak2. Rupa2 dia dah naik satu muka dgn kepala sekali gatal. Muka dah merah2 dah. Takkan sbb mkn kerepek bawang kot. Muka dah cuak. Rasa nak nangis dah. My mum & sis punya lah pelik & risau. Tak tau nak buat apa. Lyn terus makan ubat & berharap bengkak tu surut. Klu ikut nak cancel jer melepak, tapi kesian pulak dgn dorang. Bersiap jugak lah mandi segala bagai. Alhamdulillah bengkak surut. Tapi merah2 tu still ada dari tengkuk ke atas. Kaki & badan tinggal skit2 jer. Sapu ubat & make-up lah lite2 jer. 

My mum siap pesan klu tak ok pergi lah klinik balik. Lyn pun pikir mcm tu gak. Jumpa kwn Lyn pun dorang pun pelik. Bak kata my mum gak lah, start dari kaki, badan, leher, muka & kepala tu kira habislah. Harap nya mcm tuh lah. Dah lah kitorang nak layan sushi petang tuh, tu pun Lyn order ayam & elak mkn seafood. Terliur jugak tgk dorang makan. Amik jugak buat rasa. Alhamdulillah sampai ke mlm ok. Cuma adalah saki baki gatal2 tuh. Satu badan dah 95% clear. Yg ada pun tinggal merah skit2 jer. Tu pun Lyn still mkn ubat lagi. Esokkan nak kerja. 

Alhamdulillah, pagi ni semua dah kembali mcm biasa. Cuma yg menjadi tanda tanya skrg ni, sbb allergic or kena gigit binatang. Masih menjadi teka teki. Dan buat masa ini mmg Lyn kena pantang mkn dulu. Benda baru nak baik kan. Dah betul2 ok nnti baru Lyn mkn mcm biasa.

Jawapan pun tak dpt lagi ni. Pelik2...... ????? ishhh... ishhhhhh...

Ermmm pjg nya karangan pagi ini. Rasa mcm tulis karangan dlm SPM jer. hahaha

Ok bye. Nak sambung buat kerja. 

4 comments:

Mya said...

huhu pelik jugak ni kan..
apa2 pun cepat sembuh yer lyn..

Lyn Yusoff said...

Mya,
mmg pelik sgt..
anyway thx Mya

Mummydearie said...

Apa tajuk karangan SPM ni? Macam biasa skrin komputer akak ni selalu tak nampak tajuk apa kat entri Lyn. Entahlah kenapa. Susah gak ni akak nak bagi markah karangan.

Pelik juga tu tak tahu sebab apa ya, Lyn. Nak kata makan sotong, sebelum makan dah naik gatal. Memangnya Lyn ada alergi makan daging ke?

Akak pun ada juga kena macam gegata ni tapi dia keluar dan hilang in a split second. Memang masa keluar tu macam gata lepas tu hilang. Tak sempat nak tunjuk doktor. Selalu kena lepas mandi. Melengas belakang badan tu, pedih tau. Berlelas macam kena rotan. Tapi kejap je pastu takda tinggal kesan pun!

Sampai la ni akak tak tahu apa puncanya cuma akak perasan kalau akak minum teh tarik, selalu juga rasa gatal macam ni. Tapi tak minum pun kadang-kadang kena juga.

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha... tajuk allergic kak...
bagi markah tak yah ikut tajuk lah kan hahaha

Lyn klu mkn daging byk2 akan pening. sbb tu tak makan daging. Klu mkn skit ok. Selalu pun mkn gak cuit2 klu my mum or my sis masak. tapi takde lah sampai naik gelagata mcm ni..

Skrg ni dah takut nak mkn daging.. but lyn suspect kena gigit binatang.. tapi dimanakah. masih menjadi tanda tanya sampai skrg