Aktiviti Sebelum Ramadhan

IMG02481-20120714-1010 Sudah menjadi kebiasaan apabila Ramadhan & Syawal menjelma, ramai dikalangan kita mengambil peluang tuk membersihkan kawasan perkuburan. Penduduk sudah mendapat notice seminggu awal dimana ada pembersihan Tanah Perkuburan Islam Bukit Badak berdekatan rumah kami. So peluang yg tidak akan di lepaskan.

For our family, dah mmg menjadi rutin setiap bulan akan menziarahi pusara Arwah Abah, anak buah, tok nenek & saudara2 terdekat. Sudah menjadi aktiviti bulanan kami sekeluarga.

IMG02490-20120715-0914So hari ahad lepas adalah hari bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Di awal pagi kami dah sediakan sedikit bekalan makanan & minuman tuk diagihkan kpd org ramai.

Sebenarnya kawasan tanah perkuburan ni sentiasa bersih dan cantik. Setiap hari Pak Tam iaitu penjaga kubur dan penggali kubur di kawasan ini membersihkannya. Hanya pokok2 besar dan daun2 yg bertaburan yg perlu dibersihkan. Yg lain2 sudah cantik molek.

IMG02494-20120715-1006Selesai saja gotong-royong, majlis tahlil turut diadakan di kawasan lapang perkuburan tersebut yg diketuai oleh Tuan Imam.

Cuaca sungguh mendung merestui aktiviti kami semua. Majlis berakhir lebih kurang jam 11am. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Amin

Al-Fatihah utk Arwah Abah, Arwah Hairi, Arwah Linda dan juga kaum keluarga yg telah pergi meninggalkan kami. Kami rindu anda semua.

2 comments:

SURIA AMANDA said...

Al fatihah buat arwah

Lyn Yusoff said...

Suria,
terima kasih along