Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

17 & 18 April

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Yesterday was her 10th birthday. A special treat from her auntie a day before her birthday. Biasalah dia requested something from auntie dia ni. Lunch at Pulau Ketam Steamboat. Her fav place to eat. Layan kan aja. Dan beli kan present for her. Suka lah dia dpt layanan mcm princess.

Happy birthday Adik. You're great niece and I'm happy that you're part of my life. Be a good to papa, mama & all of us. Jangan lupa cita2 adik tu, I know you can do it. Once again, happy birthday to you.

And today marked 13 years since Arwah Abah left us. I can't believe it has been 13 years already. We still remember the sweet memories with him. He left all of us. No once can even replace him. He will and always be in our prayers. We miss you so much Abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh. Amin.



17th, 18th & 19th April

Hi LoVers,

Important dates to remember. Berderet 3 hari. Mmg tak pernah terlepas.

20150118_154412 17th April

My niece’s birthday. Puteri officially enter the new age. She’s 9 years old already. Happy birthday Adik. You’re great niece and I’m happy that you’re part of my life. I remember the day that you were born, everyone said you look like me. In fact, mmg betul pun. Perangai pun lebih kurang sama. Hehehe. I’m glad to be here for you and get the chance to see you grow up. But please.. please don’t grow up too fast. Hehehe.

Adik, happy birthday again. Be good to your Papa, Mama & all of us. Jangan lupa cita2 Adik tuh. I know you can do it. Study smart tau. Last but not least, I’m blessed to have you as a niece. Much love !!!

Just had a small celebration for her. I’m not attending coz Lyn ada hal malam tuh. Dpt tgk pic via whatsapp & merasa kek jer. Esoknya terus bagi dia kiss cepipi kat dia lama2. Hehehe. Hadiah otw. hehehe

18th April

Last Saturday, marked 12 years since Arwah Abah left us. Arwah was passed away on Friday 18th April 2003 (16 Safar 1424H). I can’t believe it has been 12 years already. Rasanya baru saja semalam. We still remember the sweet memories with him. Lyn & adik yg paling rapat sgt. Maklum lah anak bongsu & second last. Manja sure terlebih. He left us, leaving my mum, childrens & cucus at that time. No one can even replace him. He will and always be in our prayers. My one and only ABAH. We miss you so much ABAH!!! Al-fatihah.

Al-fatihah to my late two Atuk & Nenek, my two BIL, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi, Allahyarham A. Aziz bin Selamat, nephew Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan, niece Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga & muslimin muslimat yg telah kembali ke rahmatullah.

IMG_5694 19th April

My sister’s birthday. Happy birthday Ucu. I wish you a very warm and happy birthday. You are not only the sweetest sister but also a true friend. I feel blessed to have a sister like you. Semoga pjg umur & murah rezeki. Amin.

Ada buat small celebration jugak for her yesterday. Alaa… suka2 jer pun. Yg betul2 nnti kita combine semua birthday sekali masa our family day next month. Sekali harung jer buat. Senang & jimat jugak :)

Tiada Sambutan

Hi LoVers,

Good morning everyone.

Today is 1st day school after long break. Jalan dah mula jammed tak seperti dua minggu ni. Syok jer kuar lambat, but sampai office mmg on time. Skrg kena back to normal routine. Kena keluar awal skit, sampai as usual lah on time gak.

Spt biasa my niece & granddaughter mmg takde lah meragam nak pergi sekolah even dah cuti lama. Lagi tak sabar lagi adalah. Semalam dah siap semua preparation. Masing2 tidur awal. Bagi diorang cukup rest.

Btw, yesterday was father’s day. No celebration at all. Lyn pun hampir terlupa. Maklum lah takde Abah untuk di raikan. Even dulu2 pun, Arwah Abah tak gemar celebration father’s day ni. Dia kata ikut cara non-muslim. Sepatutnya bila2 pun boleh diraikan. Tak payah nak tunggu date nya. Apa di ckpkan tu ada betul jugak. Tak payah nak specific date bila nak celebrate father’s day & mother’s day ni.

Pada Lyn tak penting pun sambutan tuh. Yg penting ingatan kami kepada Arwah. Even dah 11 thn dia meninggalkan kami, dia ttp sentiasa di hati. Tak pernah berubah walaupun sedikit. Routine kami tiap2 bulan menziarahi Arwah di ‘rumah’nya selain panjatkan doa untuk Arwah. Sapa yg kata tak rindu. Rindu sgt2. Dulu, tiap2 malam sebelum tidur mesti picitkan kaki dia. Sampai dia kata stop baru stop. Skrg takde dah routine tuh. Huhuhu

Sesungguhnya kami mmg merinduinya. Mmg susah nak di gambarkan sebenarnya perasaan ni. Bila rindu, air mata saja yg menitik. Teringat zaman2 Arwah masa ada dahulu. Semoga Arwah Abah sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT. Al-fatihah.

We missed you Abah :(


11 Tahun

Di hari Jumaat 11 thn yg lalu, spt pagi ini, Lyn sekeluarga kehilangan Abah tersayang. Sedar tak sedar sudah 11 thn Arwah meninggalkan kami. Rasa baru jer kami semua berseloroh dgn nya.

Tarikh 18th April 2003 tidak akan Lyn sekeluarga lupa kan sampai bila2. Hari Jumaat tepat jam 9am Arwah Abah kembali ke rahmatullah bertemu Maha Pencipta Nya. Sebak, sedih, mmg tak boleh di ungkap dgn kata2. Hanya doa saja yg mengiringi Arwah sehingga ke hari ini. Tak boleh tulis lebih2. Sedih :(

IMG_20131130_161805 I’ve found this inside Arwah Abah’s cabinet. The pictures taken during their journey to performed Haji & Umrah. Zaman muda2 gitu. Sampai skrg masih cantik & elok terletak dlm cabinet tu.

Abah, we missed you so much!! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Arwah & di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua Arwah Atuk & Nenek, kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham A. Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sentiasa ingat, kami tidak pernah melupakan kalian.


Kini Sudah 10 Tahun

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Hari ini, genap 10 thn Allahyarham kembali ke rahmatullah. Terasa baru semalam kami bersama2. Kenangan manis tidak bisa kami lupakan. Gelak tawa gurau senyum semua nya bermain di fikiran. Tidak pernah kami sekeluarga lupakan. Serious, I miss those moments :(

Namun, Allah memberikan kami merasai nikmat itu hanya sebentar cuma. Allah lebih menyayangi Allahyarham. Dugaan itu kami terima dgn tabah. Bkn mudah dan bkn senang tuk menerima dugaan tersebut, namun kita sebagai hamba Nya tidak dpt menolak apa yg telah tertulis di Luh Mahfuz.

Redha, pasrah. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa.

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sewaktu entry ni di tulis, airmata bercucuran tanpa henti. Pasti korang faham apa yg Lyn rasa skrg ni.

Abah…. kami semua rindu Abah sangat2. Allahuakbar. Semoga Abah tenang di sana. Amin.

*Emosi tak stabil skrg ni*


Aktiviti Sebelum Ramadhan

IMG02481-20120714-1010 Sudah menjadi kebiasaan apabila Ramadhan & Syawal menjelma, ramai dikalangan kita mengambil peluang tuk membersihkan kawasan perkuburan. Penduduk sudah mendapat notice seminggu awal dimana ada pembersihan Tanah Perkuburan Islam Bukit Badak berdekatan rumah kami. So peluang yg tidak akan di lepaskan.

For our family, dah mmg menjadi rutin setiap bulan akan menziarahi pusara Arwah Abah, anak buah, tok nenek & saudara2 terdekat. Sudah menjadi aktiviti bulanan kami sekeluarga.

IMG02490-20120715-0914So hari ahad lepas adalah hari bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Di awal pagi kami dah sediakan sedikit bekalan makanan & minuman tuk diagihkan kpd org ramai.

Sebenarnya kawasan tanah perkuburan ni sentiasa bersih dan cantik. Setiap hari Pak Tam iaitu penjaga kubur dan penggali kubur di kawasan ini membersihkannya. Hanya pokok2 besar dan daun2 yg bertaburan yg perlu dibersihkan. Yg lain2 sudah cantik molek.

IMG02494-20120715-1006Selesai saja gotong-royong, majlis tahlil turut diadakan di kawasan lapang perkuburan tersebut yg diketuai oleh Tuan Imam.

Cuaca sungguh mendung merestui aktiviti kami semua. Majlis berakhir lebih kurang jam 11am. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Amin

Al-Fatihah utk Arwah Abah, Arwah Hairi, Arwah Linda dan juga kaum keluarga yg telah pergi meninggalkan kami. Kami rindu anda semua.

Abah Sentiasa Di Ingatan Kami

Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir

7th Sept 1930 – 18th Apr 2003

image

Hari ni 18th April 2012, genap 9 thn Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya baru semalam kami bersama Arwah. Teringat2 sewaktu Arwah masih ada disisi.

Gelak tawa & tegasnya sebagai seorang bapa, kami tidak lupa hingga sekarang. Masih lagi segar di ingatan kami sekeluarga. Tidak pernah lupa pun.

Rindunya kami pada Arwah tak terkata. Kadang2 tu bila kitorang borak2 recall balik kenangan kami sekeluarga dgn Arwah, mmg sedih sgt. Kadang2 nak gelak pun ade bila teringat gelagat Arwah yg suka mengusik kami.

Serious, I miss those moments :(

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sebenarnya, Lyn tak mampu nak tulis panjang2 lagi. Sebak sgt ni. Meleleh2 dah air mata masa tulis entry ni. Hanya orang yg pernah rasa kehilangan, akan merasa ape yg Lyn rasa sekarang ni.

Ya Allah…

Abah… kami semua rindu Abah. Semoga Abah tenang di sana. Amin….

Bila Ramadhan Menjelma

Setiap kali menyambut Ramadhan & Syawal, ramai dikalangan kita mengambil peluang tuk membersihkan kawasan tanah perkuburan. Klu nak diikutkan keluarga kitorang, tak kira masa, hari ape, sebulan sekali mmg menziarahi kubur keluarga terdekat terutama Arwah Abah, anak2 buah, tok nenek & semua ahli keluarga yg sudah meninggalkan kami.

So ahad lepas adalah hari bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan bersama2 bacaan tahlil sekali.

P1080966Pagi tu mmg kita bangun awal pagi nak menyiapkan sedikit makanan dan minuman tuk diagih2kan kepada mereka yg hadir. Semestinya semua ni mmg kita bagi pada Pak Tam, iaitu penjaga kawasan perkuburan. So dia lah yang akan agih2 kan nnti.

Hari tu mmg ramai sgt yg datang membersihkan kawasan kubur. Ada jugak bacaan tahlil.

Operasi membersihkan kawasan dari satu kubur ke kubur keluarga kami yg lain. Alhamdulillah, hari tu redup sungguh.

Al-Fatihah utk Arwah Abah, Arwah Hairi, Arwah Linda dan juga kaum keluarga yg telah pergi meninggalkan kami. Kami rindu anda semua.

No Father’s Day For Us

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

Yesterday was father’s day rite??

But not me & my siblings. Abah meninggal dunia sejak 8 thn yang lalu. So mmg tak pernah celebrate pun. Even masa Arwah Abah ade pun, kitorang mmg tak pernah celebrate gak. Ape yg Arwah Abah bagitau, klu nak sambut hari bapa tak payah nak tunggu tarikh yg diraikan. Hari2 pun boleh sambut hari bapa. Hehehe

Betul gak kan. Takkan nak tunggu hari bapa je baru kita nak celebrate, actually bila2 pun kita leh celebrate sebenarnya. Am I rite??

Semasa Arwah Abah ada mmg kitorang bagi je hadiah anytime. Buat makan2 mcm biasa. Takde lah nak tunggu hari bapa ke ape. Bila ada kelapangan & ada rezeki kitorang pasti buat makan2. Twice a month sure ade. Ermm ni pun dah lama tak buat makan2. Hopefully before fasting month. Miss those moments.

Anyway, happy father’s day to great fathers in this world……Sorry lah lambat wish. hehehe

Korang celebrate hari bapa tak?? Mestilah celebrate kan...

Walaubagaimanapun, Al-Fatihah utk Arwah Abah, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir. Kami semua rindu sangat2 kat Abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dah beramal soleh. Amin

Owh yer, lupa nak inform.. Lyn dah ada winner for 100,000 online visitors. Ermm tak payah nak announce lah. Sure tuan punya badan dah tau pun. Anyway, thx for ur participation :D

8 Tahun Sudah Berlalu :(

Hari ni genap 8 tahun Allahyarham Abah Lyn pulang ke rahmatullah. Rasenyer baru semalam kami bersama Allahyarham. Lebih kurang jam 9am Allahyarham pulang ke rahmatullah bersamaan hari Jumaat 18th April 2003.

Kenangan kami sekeluarga masih segar lagi diingatan sehingga akhir hayatnya.

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Kami semua rindukan kalian. Allahu Akhbar, kami rindu Abah sgt2. Semoga kalian tenang disana..

P/S : Lyn tak boleh nak tulis panjang2 sgt. Sbb waktu Lyn menulis entry ni, mmg air mata berjujuran. Hanya orang yg pernah rasa kehilangan, akan merasa ape yg Lyn rasa sekarang. I’m so emotional. I’m sorry :(

Korang boleh baca details mengenai Allahyarham Abah Lyn DISINI

Kisah Acar Timun

20102010649It’s my late dad’s favorite.

Ya Allah, serious lama betul my mum tak masak acar timun ni. One of his favorite. Ada gak masakan lain yg Arwah suka. My mum pun noticed yg dia rasa dah bertahun sungguh tak masak acar timun ni. Tak tau lah nape tiba2 my mum masak lauk ni. Kitorang pun tak request sbb dia tau klu masak je lauk kegemaran Arwah, mesti my mum sebak. 

Last nite lah, tengah sedap2 duk dalam bilik blog walking segala, tiba2 bau semerbak je sampai ke bilik. Dalam hati dah boleh agak dah my mum masak acar. Tapi nakkan kepastian, Lyn pun pergi lah dapur. Memang betul my mum masak acar timun.

Terus ckp dgn my mum..

Ma… abah suka kan makan acar timun ni. Favorite dia kan..

Eerrmm.. Haah… Lama dah ma tak masak acar timun ni. Tetiba ari ni teringin plak nak makan. Ingat kat abah ko. Hari2 ingat, tapi hari ni lagi teringat2… [sebak my mum bercakap time ni]

Lyn lagi lah sebak tak hingat. Huhuhu.

Amik nasi dgn acar ni pun, dah meleleh dah airmata ni. Makan dalam keadaan yg sebak dan meleleh air mata. Isshhhhh….. tak baik tul makan sambil menangis. Tapi nak wat camne kan. Huhuhuhu

Al-Fatihah, buat Ayahanda tersayang.. Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Dan tidak lupa juga kepada……

Kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin….20102010647Was my lunch yesterday. Bayangkan lunch kul 2.15pm. Giler lah. Dgn pagi sempat makan  cekodok jer. Pastu berkruk krak lah perut nak mintak diisi. Lunch tak sempat nak makan. Dah pukul 2pm baru terhegeh2 nak turun makan.

Nasi putih & tomyam campur putih. Actually, Lyn tak suka sgt tomyam putih ni. Tapi sesekali oklah kan. Lyn prefer tomyam merah tuh. Baru lah kaw2 punya tomyam.

Barulah berasap telinga kepedasan :)

Aku Rindu…... :(

Tahun ini adalah tahun ketujuh Lyn berpuasa tanpa Arwah Abah. Serious… Lyn rindu saat2 kitorang bersama sekeluarga.

Thn keenam tanpa Arwah Along (my nephew) & thn kedua tanpa Arwah Linda (my niece).

Ya Allah!! aku rindu sangat2 dengan dorang. Alhamdulillah Lyn sempat menziarahi kubur mereka minggu lepas. Rasa berat hati nak melangkah pergi, tapi ku gagahi jua.

Semoga mereka tenang disana.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.

Amin

Kami Rindu Abah….

Ahad lepas on 18th April 2010, genap 7 tahun Arwah Abah telah kembali ke Rahmatullah. Walaupun sudah 7 tahun berlalu, tetapi masih segar lagi di hati kami seolah2 baru je semalam Arwah Abah meninggalkan kami. Sedih, pilu, sebak, rindu kami hanya Allah yg tahu.

Al-Fatihah, buat Ayahanda tersayang.. Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Dan tidak lupa juga kepada……

Kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin….

Sebenarnya, Lyn tak mampu nak meneruskan entry ni lagi. Sebak & menitis air mata ni.

So korang boleh baca entry mengenai Arwah Abah Lyn DI SINI.

Abah… kami semua rindu Abah. Semoga Abah tenang di sana.

Amin….

Abah... Kami rindu Abah


18 April yg lalu genap 6 thn Abah kembali ke Rahmatullah
Walaupun sudah 6 thn berlalu, tetapi ku rasakan baru semalam aku kehilangan Abah
Aku rindu segala2nyer, rindu dengan peluk ciumnya..
Rindu gelak ketawa, gurau senda, sakat menyakat..
Bak kata org.. segala2nya aku rindu saat2 aku bersama Abah
Kami sekeluarga amat merindui Abah
Apa yang kami mampu, sentiasa mendoakan Abah tenang di sana..
Al-Fatihah... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dah beramal soleh.
Amin..

p/s: Al-Fatihah buat kedua abg ipar, Badrul Hisham Hanafi & Abdul Aziz Selamat, anak saudara, Mohd Norhairi Mohd Johan, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin...

Terkenang akan mu...


Alangkah indahnya klu abah masih di sisi
Berkongsi segala liku2 hidup ku
Berkongsi kegembiraan bersama2 Abah..
Bersenda gurau, gelak ketawa, usik mengusik...
Aku rindu saat2 itu...
Kami sekeluarga amat rindu kan Abah...
Tapi apakan daya... Allah lebih mengasihimu..
Semoga Abah tenang di sana...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah..
Dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman & beramal soleh..
Amin...

Al-Fatihah buat Abah...

Kenduri Tahlil & Doa Selamat

Minggu lepas, 9th Aug 2008 family Lyn telah mengadakan kenduri tahlil & doa selamat selepas waktu Isya'. Kenduri ni untuk ahli2 keluarga Lyn yg telah kembali ke rahmatullah khasnya untuk abah yg di kasihi, Allahyarham Haji Yusoff B. Tahir, arwah atuk & nenek, arwah kedua abg ipar Lyn, anak sedara Lyn dan untuk semua umat Islam yg telah kembali ke Rahmatullah.

Persiapan mmg lebih seminggu. Mak n kakak2 Lyn antara org yg paling sibuk ari tuh. Lyn sempat lah menolong ape yg patut. Semuanya masak sendiri. Takde catering. Tu lah kelebihan keluarga Lyn. Adik beradik gotong royong memasak dan menyediakan segala keperluan. My aunti n jiran2 pun dtg menolong. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas waktu Isya' semakin ramai tetamu yg datang. Majlis dimulakan dengan doa & tahlil. Rase sebak dihati Lyn masa tuh. Terkenangkan arwah abah yg telah kembali ke rahmatullah 5 thn lepas. Tetamu disajikan dengan lauk yang serba ringkas. Ayam masak merah, kari dal, sayur goreng, ikan goreng, ikan kering, ulam2, sambal belacan, buah2an & kuih muih. Majlis berakhir sekitar jam 11pm.

Actually no pic taken during the tahlil & makan2. Just a little posing inside my house n during masak2.

Antara lauk pauk yg dimasak. Ayam masak merah & kari dal & sayur

Antara tetamu @ adik2 yang dtg

Myself with Azim & Fendy

Fendy, Amy & Adam. Cun mak lampu with shawl..

Special invitation from my mum... Thx guyz.. Yang lain2 tak dpt dtg coz ade hal yang tak dpt dielakkan.
Dengar citer Ray pgi FFM21.. Megat plak ade hal lain.. hehe

Me & Mak Lampu, Finally u dtg kan...[aiyooo shawl dah ilang..hahahah]

To Amy, Adam, Azim, Fendy, Abe, Ayum, Capeq
Thx for coming over to my house last week. Really appreciate ur presence. So sorry should there be any inconvenience coused or if tak sempat nak layan..
Thanks a lots guyz..

Al-Fatihah

Allahyarham Haji Yusoff B. Tahir
7.9.1930- 18.4.2003

Hari ni genap 5 tahun arwah abah kembali ke rahmatullah. Rasenya macam baru jer. Arwah abah meninggal dunia disebabkan sakit tua semasa berumur 72 tahun. Sebagai salah sorang anak nya, arwah abah memang seorang yg baik hati, periang, serius, menitikberatkan pelajaran anak-anak serta cucu2nya. Arwah abah memang amat disegani oleh orang kampung kerana usahanya yg gigih sehingga beliau di lantik sebagai ketua kampung, sampai nama jalan pun ditukar kepada namanya, iaitu Jalan Haji Yusoff. Tapi sume tu kini tinggal kenangan.

Arwah abah meninggalkan kami pada ari jumaat tepat jam 9.00am. Bila mengenang balik pemergian arwah, arwah pergi dengan tenangnya. Mak dpt mengajar arwah abah mengucap. Alhamdulillah. Ketika itu hanya mak sahaja yg menemaninya. Sbb adik beradik Lyn sume bekerja termasuk Lyn. Seperti kebiasaan kami sume bersalam dan mencium arwah. Begitulah rutin harian kami setiap hari selepas arwah keluar dari hospital. Arwah hanya menghabiskan masa dirumah. Arwah tidak boleh berjalan sangat. Terpaksa menggunakan tongkat atau dipapah.

Pagi tuh, selepas bersalam dan mencium arwah, Lyn terus pegi keje. Tapi Lyn perasan seolah-olah arwah memandang Lyn tanpa kelip. Tpi Lyn buat biase je. Sampai je ofis terus bfast. Masuk keje pun kul 9am. Still lepak2 lagi ngan my colleagues. Kul 9 lebih Lyn dpt panggilan telefon dr my niece. Katanya "Acik balik cepat, Atuk dah takde". Ya Allah.. Hanya Allah je yg tau waktu tuh. Hphone terlepas dr tangan & Lyn rebah di lantai. Yang Lyn ingat kawan Lyn yg menyambung panggilan tu dan yg sorang lagi mengangkat Lyn yg masih rebah. Airmata semakin laju mengalir.

Alhamdullillah my colleagues hantar Lyn balik sbb mmg tak leh nak drive. Dalam kepala dah pikir macam2. Sampai je rumah, adik beradik sume dah ade dan orang semakin ramai. Satu je dlm kepala Lyn masa tuh. Nak tgk abah & nak jumpa mak. Masa tu org ramai tengah mengangkat jenazah abah untuk diletakkan di tengah rumah. Mak dan adik beradik Lyn masih menangis. Tapi kata mak, kita semua kena redha pemergian abah. Doakan abah dan bacakan Yaasin untuknya. Alhamdulillah kami sume dapat mengaji bersama2 didepan jenazah. Kami dpt mencium abah sebelum jenazah abah dimandikan dan dikafankan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mukanya tenang dengan senyuman yg manis. Muka arwah semakin cerah dan muda. Besar sungguh anugerah yg Allah berikan. Jenazah disembahyangkan di Masjid selepas Solat Jumaat. Ya Allah Ya Tuhan ku, betapa ramai nya orang ketika itu. Salah satu kelebihan yg Allah berikan kepada arwah ketika itu. Jenazah telah di kebumikan selepas Solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Badak, Klang.

Sehingga ke ari ni, kami sentiasa merindui arwah abah. Menziarahi abah di kubur adalah rutin kami setiap minggu.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau ampunilah segala dosa Bapa kami, Haji Yusoff Bin Tahir. Cucuri lah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan beliau di kalangan orang-orang yg beriman. AMIN...."
[ kami sume rindu Abah...]