Fadhilat Muharam (MAAL HIJRAH 1429H)
Hari pertama dalam takwim Islam dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Daripada peristiwa itu bermulanya syiar Islam ke segala pelosok dunia dan meletakkan kejayaan Islam sehingga 3/4 dunia. Maka, Muharam merupakan bulan pertama dalam Islam dikira mulai tahun pertama hijrah. Kini umat Islam memasuki tahun hijrah ke 1429.
Adapun, Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy kepada golongan Mukmin. Orang-orang Islam merupakan golongan minoriti ketika itu. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat kedua, 17daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.
Antara Fadhilat bulan Muharam ialah:
Daripada Aishah katanya,"Rasulullah ditanya orang mengenai Hijrah. Maka bersabda Rasulullah: Tidak ada lagi Hijrah sesudah penaklukan Makkah. Yang ada ialah jihad dan niat yang sahih. Apabila kamu diperintahkan berjihad maka patuhilah". (Sahih Muslim)
Jelas Ibni Abbas lagi,"Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".
Doa itu bermaksud, " Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia".
Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan sabtu pada bulan Muharram, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,"Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
No comments:
Post a Comment