Lawak Pak Pandir & Mak Andeh

Ragam Mak Andeh

Pada suatu hari, dibulan Ramadhan al-Mubarak yg mulia ini, Pak Pandir & isterinya Mak Andeh bertengkar hebat. Tak taulah apa puncanya. Tetiba aja lak Mak Andeh mengamuk macam singa lapar. Jjangan2 Mak Andeh datang bulan kot.

Kemudian mereka tidak bertegur sapa. Pak Pandir lak ada masalah liat bangun sahur. Dia kini benar2 khuatir tak boleh bangun untuk makan sahur, sebab selama ini Mak Andeh yang selalu setia membangunkan dia dan menyiapkan makan sahur.

Akhirnya Pak Pandir pun kompius tahap gaban. Kepada siapa dia nak minta dibangunkan untuk sahur. Nak tegur Mak Andeh dulu, itu tidak mungkin dia lakukan. Orang lelaki ada harga diri, katanya sambil kontrol macho. Llagi pun dia memang masih marah bukan kepalang pada Mak Andeh, gara2 siang tadi kepala dia kena hentak dengan tudung periuk oleh Mak Andeh.

Akhirnya, Pak Pandir dengan muka welfarenya ... memutuskan untuk menulis sebuah memo kepada Mak Andeh di selembar kertas.

Al-kisah .... Tooyyyiiiibbbbb ...! "Maknya ... tolong bangunkan aku pukul tiga untuk makan sahur”

Begitu bunyi memo short & sharp yang ditulis Pak Pandir, lalu diletakkannya di atas meja. Unsangkareble .... apa mau dikata, cempedak dah jadi nangka. Sebaik saja terjaga, Pak Pandir melihat jam, ternyata sudah pukul 5 pagi dan iqamat subuh baru terdengar dari Masjid sebelah rumah.

“Adoi, tak sahur juga aku ni. Kenapa bini aku tak bangunkan aku ya. Gerutunya dalam hati.

Tiba2, mata Pak Pandir terfokus pada meja tempat dia meninggalkan pesan tadi malam .Pak Pandir mendapati secarik kertas berisi reply memo dari Mak Andeh.

“Bang, bangun bang, bangun. Ini dah pukul tiga setengah pagi ni. Saya sudah membangunkan abang sampai empat kali, tuh makanan juga sudah siap tu” begitu bunyi pesannya.


Pak Pandih Ajar Anaknya

Pak Pandir dan Mak Andeh risau kerana anak mereka, Ondeh, walaupun sudah berumur 18 tahun tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru, sekejap hendak jadi petani. Tapi cuma cakap saja, usahanya tidak. Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan, petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50, sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.

Kata Pak Pandir, "Kalau Ondeh ambil duit, maknanya dia akan jadi businessman.Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru. Tapi kalau dia pilih arak, dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andeh terus mengintai dari celah pintu. Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik. Lalu mencapai nota di atas meja. Selepas membacanya, Ondeh mengambil not RM50 lalu membelek-beleknya depan belakang, kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andeh lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya. Akhir sekali, Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya. Setelah itu, Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi. "Aduuh, ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."
"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andeh.
"Ondeh akan jadi ahli politik!"


2 comments:

Mummydearie said...

Sakit hati betullah bila baca kisah Pak Pandir dengan isterinya ni. Bilalah Pak Pandir ni nak bijak agaknya!

Lyn Yusoff said...

MD,
pak pandir mmg bengong memanjang.. tak kan jadi bijap punya :)