Pak Pandir & Pak Kaduk

Pak Pandir Ke Kebun

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?" Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG". -


Pak Pandir Tangkap Ikan

Suatu hari pak pandir dan pak kaduk pegi menjala ikan bersama2. Pada hari itu nasib mereka singgah baik kerana mendapat banyak ikan. Kemudian pak kaduk pon berkata kepada pak pandir.

Pak kaduk : Pandir kau mati mati kan dulu ikan- ikan nie, aku nak pegi amik parang jap. Nanti dah mati senang la ikan nie nk disiang.

Pak pandir: Ok aku mati kan dulu. Kau pegi la amik parang cepat.

Nak dijadikan cerita lawak nye, sekembalinya pak kaduk, beliau mendapati semua ikan-ikan itu dah tak ada. Jadi dengan perasaan marah yang meluap2 dia pon bertanya pada pak pandir.

Pak Kaduk : Pandir!!! mana ikan-ikan tu sumer??????

Pak pandir: Td ko gak suruh aku matikan ikan-ikan tu. Skg ni sume salah kau. Ikan-ikan tu da ghaib terus.

Dgn perasaan hairan pak kaduk bertanya pada pak pandir. Camne ko mati kan ikan-ikan tu?

Pak pandir pon menjawab..."AKU LEMASKAN IKAN-IKAN TU"


Pak Pandir & Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul, kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!

Pak Pandir termenung.

Pak Pandir: Emmm...Empat kut?


1 comment:

Mummydearie said...

Aduh! Sakit jiwa akak layan kebodohan Pak Pandir ni tau. Macamana agaknya kita nak educate Pak Pandir ni? Ke dah terlewat sangat dah! *_*