Lawak Jenaka

Nasib Isteri Yg Setia ke Hujung Nyawa

Suami Suzy koma selama tiga bulan kerana ditembak di dada. Apabila tersedar, dia lihat Suzy setia berada di sampingnya. Suami Suzi membuka mulut ingin menyatakan sesuatu pada Suzy. 

Suami berkata : "Awak tahu tak Sayang?" Mata suaminya di genangi airmata. Suami suzy menyambung lagi...
"Awak telah bersama saya setiap saat musibah yg menimpa saya. Ketika saya di pecat, awak berada di sisi saya. Ketika kita kehilangan rumah, awak berada di sisi saya. Ketika kesihatan saya tidak menentu, awak juga ada di sisi saya. Dan terbaru.. ketika saya di tembak, awak juga berada di sisi saya. Dan, awak tahu tak sayang?"

"Apa dia sayang?" soal Suzi lembut dan tersenyum.

Suaminya membalas , "Abg rasa sayang selalu bawa nasib buruk dlm hidup abang!"


Kisah Cinta Tiga Sahabat

Tiga sahabat belajar di Universitu yg sama bertemu di sebuah cafe.

Tajul : Eh Saiful, klu tak salah kau dulu couple dgn Wahida kan?? Kenapa tak jadi kahwin?
Saiful : Orang tua ku tak setuju. Mereka kata aku dgn Wahida tidak setaraf. Wahida anak orang misking. Err, cinta kau dgn RIni pula mcm mana?
Tajul : Sama juga. Orang tuaku tak benarkan aku bercinta dgn Rini sbb aku dan dia lain agama. Aku terpaksa putus. 

Ketika Tajul dan Saiful sedang bersembang, Jojo hanya diam sahaja. 

Tajul : Kenapa Jojo? Cinta dgn Liza putus juga ker?
Jojo : Ya!!
Saiful : Kenapa pula?
Jojo : Sebab aku dan Liza berlainan jenis. 


2 comments:

Mummydearie said...

Sampai hati cakap macam tu kat 'sayang'. Hancur hati 'sayang' tau...

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahhaha..
sayang dah melayang..