Korban Oh Korban

Sempena Hari Raya Aidiladha yg lepas, pihak MPP Zon 15 mengadakan aktiviti korban di kawasan rumah Lyn yang diketuai oleh Ahli Majlis MBSA Abd. Manaff Hj Yusoff. Walaupun hujan seharian tetapi tidak mematahkan semangat mereka untuk bergotong royong melakukan aktiviti korban tersebut.

Majlis bermula seawal 10am menyaksikan beberapa penduduk tempatan menyertai aktiviti korban tersebut. Bermula dengan bacaan doa & takbir hari raya mereka turut dijamukan dengan pelbagai juadah. Hanya seekor lembu sahaja yg dikorbankan dan ianya di agihkan kepada lorong rumah Lyn sahaja.

Menurut Abg Lyn, pihak JAIS telah memberikan 2 ekor lembu untuk dikorbankan. Seekor lagi diberikan kepada pihak masjid bersama2 7 ekor milik penduduk kampung.

Semasa bacaan doa & takbir hari raya

Alhamdulillah... selesai sudah

Kelihatan orang ramai sedang bergotong royong memotong daging lembu untuk diagihkan kepada penduduk lorong kami.

Sebahagian dari daging lembu yg telah dibungkus. Sedia untuk di agihkan. Hidangan sup tulang menjadi juadah selepas mereka selesai bergotong-royong. Bak kata dorang, hujan2 ni mmg sedap pekena sup. Lagi2 yang panas. Memang sedap...

No comments: