Family Gathering 2014 : Time Bergembira

After mom's birthday celebration, kemas2 skit kat apartment, we heading to Teluk Kemang nearby our apartment. Actually boleh jer jalan kaki lalu short cut. Tapi tak larat lah. So naik kereta jer senang. Lagi pun tak ramai org, parking pun senang.

Dari jauh budak2 dah nampak bouncy castle. Dah lah masing2 nak naik. Okey, kita layan jer lah. Kang klu tak di bagi ada yg mencemek pulak. So let’s…..

IMG_7779 Nak naik bouncy castle RM5 for 30 minutes. Ada 3 design in total. So boleh naik sampai lebam.

IMG_7746 Excited gila budak2 ni naik. Nasib baik lah budak2 jer kan. Klu lah org dewasa pun boleh naik, mau Lyn org pertama. Syok giler.

IMG_7750Masa slide tu menjerit masing2. Ada jugak muka pucat. Gila tak takut. Video kita ada amik. Tapi nnti2 lah upload.

IMG_7792 Memang dorang main sampai cukup 30 minit. Lagi dan lagi….

IMG_7745 Kita semua jadi penonton jer. Snapped pics & video.

IMG_7773 Anak beranak tunggu cucu cicits main bouncy castle. Layan…. Sesekali bagi dorang have fun kan.

IMG_7805 Settle 30 minutes kita jalan2 pulak. Reramai gini dah mcm rombongan. Rombongan Hajjah Ainan dr Klang. Ramai. Maklum lah 3 generasi.

IMG_7794 Masing2 duk prgi shopping. Actually takde ape beza klu ke Teluk Kemang ni. Sama je tiap kali dtg. Balik2 sediakan duit jer lah nak beli itu ini. Lyn tak shopping apa pun. Simpan duit woiii, lepas ni nak perabih shopping. hehehe

Sementara tu kitorang yg anak2 ni ada aktiviti lain. Tu Lyn cerita later lah in the next entry. Budak2 kecik sibuk buat castle. Yg mak2 budak sibuk shopping & melepak.

P1130212 Before balik spt biasa group photo dgn Mak. Kemain Mak I, siap cermin mata hitam ko. Tu mesti cucu2 nya yg suruh pakai. Hehehe

P1130215 With the boys!!! Klu lah semua ikut, lagi lah havoc

IMG_7973 Dengan buah hati ku yg gediks2…

IMG_7965 With mum yg gorgeous. Dah mcm panca sitara pun ada. hehehe. Korang bukan tau pun Panca Sitara tu apa kan.

Actually masing2 dah tak larat dah. Lyn plak tgh mamai2 kepeningan. Panas berdenting kot time ni. Tu nasib baik tak berjemur kt pantai. Klu tak sure ade yg pengsan kepeningan. Hehehe. Ard 5.30pm kita dah balik apartment. Masing2 dah tak tahan panas. Penat pun yer jugak.

Sampai apartment siap boleh tidur lagi. Yg melepak, melepak. Yg mkn pun ada jugak. Yg sambung swimming pun ada. Gasak lah korang. Janji masing2 happy.

Lagipun malam takde aktiviti apa2. So masing2 berehat jer sambil tgk TV. Lyn bantai tidur lepas Isyak. Bangun sbb dgr bunyi dorang berborak jer. Pastu sambung tidur sampai ke Subuh. Gila heaven. Takde org kacau. Hehehe


7 comments:

msredcheesecake said...

ada bouncy castle? tak perasan pulak... dah lama ke ada? best dan murah

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

Ohh kak..kat teluk kemang ni sofia ada singgah sini...agknye timing kite tak kena...kalo tak mungkin kita dh berjumpa kan hehe

regards,
Triplesmiley

Mummydearie said...

Akak kalau ke PD ni ngadap anak-anak kat swimming pool hotel aje. Lepas penat tidur. Bangun tidur, cari makanan. Bila baca cerita orang macam best pulak PD ni macam2 ada sebenarnya :)

Lyn Yusoff said...

msredcheesecake,
tak sure yang.. masa kitorang dtg mmg dah ade..

Lyn Yusoff said...

sofia,
tu lah dear.. timing tak kena.. so mmg lah tak jumpa...

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
best jugak lah... ada mcm2
sediakan saja duitnya..
kids lagi suka sbb boleh panjat castle tuh

Suria Amanda said...

benda tu mmg dah lama ada kat Telok Kemang tu...Dania asyik meroyan je nak bawak adik2 kembar dia pi memain kat sini.....