Nangis :(

Selain dari ini, ada lagi iklan raya oleh Petronas & TM. Tapi iklan ini ttp meruntun jiwa. Bisa mengalirkan air mata. Sedih!!! :(

Diari Ramadhan 1433H : Day 17 & 18

Bila menjelang hari bekerja, meny berbuka adalah biasa2 jer. Kena plak time ni hati susah kan. Mcm2 jadi dlm beberapa hari yg lepas. So takpe, ada hikmah sebaliknya. InsyaAllah.

IMG02582-20120806-1928Org kat rumah mmg makan kemain hebat even menu adalah lebih kurang sama jer. Lyn takde nafsu nak makan sehari dua ari tuh. Mkn pun sbb nak berbuka sahaja. If not agaknya tak makan kot. Huhuhuhu

IMG02583-20120806-2056 Mlm teringin nak makan sup perut. Kirim kat kakak since dorang berbuka kat luar. Sedaplah sesekali mkn sup panas2 kan. Enak sungguh spt sup panas2. Lagi sedap bila dpt menghirup kuah sup. Heaven.

Next day berbuka kat McD. Plan asal nak berbuka kat rumah jer. Tapi last minute dia ajak berbuka kat McD Kota Kemuning. Sampai awal, masuk McD pun still kosong. Bila lepak semakin ramai org yg dtg. Kaum lain dtg mkn sebelah kita kemain kan. Dahla bau kemain kuat. Nk duduk dlm kete tkut full plak. So redha je lah walaupun bau kemain hebat.

2012-08-07 19.20.37 First time gak berbuka dgt fast food ni. Rasanya thn2 lepas tak pernah plak Lyn buat mkn fast food gini time buka. Okey lah since teringin kan. Dari sebelum puasa nak mkn McD, tapi tak pegi2. Last time berbuka gak yg dpt. Hehehe

Bulan Melatih Sifat Sabar

Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa. Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Credited to this blog

Diari Ramadhan 1433H : Day 16

Last Sunday, having berbuka puasa with my friend at Tropicana Golf & Country Club. Yg keberapa kali pun den tak tau. My mum dah jeling2 dah. Hehehe

IMG02574-20120805-1821 I got 2 voucher for free when I was in Tropicana last time. Rezeki kan. Tak tau bila lagi nak pergi so kita decided je pergi last weekend. Klu tak pergi cam rugi lah kan. Sape nak bagi voucher free2 ni. Klu byr pun, tak mungkin Lyn akan pergi buffet mahal2 gini. Mknnya tak seberapa.

Sampai mmg awal since traffic quite ok. Weekend ok lagi, klu weekday haruslah berbuka kat dlm kereta jer. Hehehhe. Lepak2 borak sementara menunggu time nak pi amik makanan. Sekali pgi kemain ramai rupanya dah serbu amik makanan. Giler arrrr…

Actually mmg ramai giler time tuh. Mcm yg diberitahu dulu, ianya boleh memuatkan +_3000 org. Korang bygkan lah, nak jalan pun payah okey.

IMG02575-20120805-1911 Our selection yg simple2 ni. Not having a heavy breakfasting sbb dua2 pun tak kuat makan. So tak kisah sgt. Dpt mkn kuih muih and a few menu pun dah memadai. Tak yah nak mentekedarah sgt.

IMG02576-20120805-1911 Tapi tomyam udang & sayur ni menggugat keimanan Lyn. Dari jauh Lyn dah perhati dah. The taste was not bad.

Kitorang takde lah nak mengulang amik mknn byk2 sbb dah kenyang giler. Finally Lyn amik char kueh teow. Teringin lah pulak kan. At least dah hilang kempunan.

Time ni makan biasa2 jer, tak lah sehebat masa last visit. Time tu semua Lyn nak rasa. Sbb tak ramai org & senang nak bergerak.

For more information and reservation of Berbuka Puasa kindly contact 03-7804 1919 or 03-7804 ext 306/ 325.

Yang Mcm Ni Pun Ada Jugak Yer…

image Mcm2 alasan di beri sbb taknak puasa kan. Ishhh tak masuk dek akal sungguh. Choiiiii

Credited to this blog

Diari Ramadhan 1433H : Day 14 & 15

Something happen on Friday which is after got back from office. Half an hour gak stuck kat situ. Settled macam2 sat. I’m not going to share the news with u guys. But mmg frust sgt2 lah. Pissed off.

Muka mmg merah menyala, hangin jer kan. Pakai baju kurung yg pagi2 tu ala2 sopan, bila ptg sudah jadi tak sopan sudah akhirnya. Memang sakit hati giler. Mmg serious takde mood. Tapi mengenangkan puasa, bersabar jugak lah even tak tahan sgt kan. Sedih pun ada jugak.

Balik rumah tuh blh termenung dgn kaki cam kebas2 bagai. Tengok menu berbuka pun cam takde hati nak makan. By the time dah nak berbuka baru dorang panggil. Tu pun mcm ala2 tak dgr gitu. Pikiran merewang2 ntah kemana.

IMG02570-20120803-1934 Lauk yg ada ni pun Lyn jamah skit jer. Serious tak lalu. Mkn pun seolah2 pahit payau jer. Tapi sbb puasa & perlu berbuka, tahan jer lah masuk perut.

IMG02571-20120803-1934 Ada ayam golek sedap tuh pun Lyn pndang sekali imbas jer. Cuit pun idak. Dorg punya lah beria makan, Lyn buat tak tau jer.

Susah lah kan klu hati tak tenang. Letak lah ape pun dpn mata, mmg tak kisah punya. Mcm takde ape2 jer. Sudah hilang selera mkn.

But now dah okey skit lah. Even tak sepenuhnya lagi pun. Slow2 dah dpt balik Lyn yg dulu :)

Next day Sabtu tuh, mencuci mata kat Subang Parade. I’m looking a kaftan for hari raya, but harga mencekik giler. Design yg simple2 pun dah RM200++ which not worth it for me. Nnti pakainya sekali dua jer. So biarkan dulu. Still got time samada nak beli ke tak nnti. Baju kurung tak payah pikir sgt. Sbb Lyn dah tempah kat tailor dah. Tinggal nak amik jer nnti.

IMG02572-20120804-1920Berbuka pun kat rumah. Balik awal sbb tak rajin nak berbuka kat luar. Menu spt biasa. Takde yg menarik pun. As usual.

So korang dah shopping raya?? Mestilah dah kan. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya ni. Sure dah siap shopping dah. Lyn adalah skit2. Dah besar pjg ni tak kisah sgt. Janji mane yg wajib dahulukan especially tuk my mum. Tu yg penting.

Wordless Wednesday #63

image

Diari Ramadhan 1433H : Day 13

Having breaking fast at Chilis Empire Shopping Mall last week. Call buat reservation tak boleh plak. Dia kata kena dtg awal before 6.30pm. Hampeh lah kan tak leh nak reserved2 gitu. Puiiiii

Takpelah, gigih lah pergi Empire after working hours. Heading to Chilis yg dah memang ramai org. Orang2 kita dah tentu nak buka puasa kan. Yg bangsa lain sure lah melepek makan dulu. Nasib baik lah ade tempat lagi. Datang awal tuh 6.15pm pun dah penuh. So duduk lah sampai berjanggut menunggu waktu berbuka.

For sure berdua with my ex-colleague. Borak2 tanya perkembangan terbaru. Maklum dah lama jugak tak jumpa. We shared everything like gossip, news & etc. Korang bygkan lah nak menunggu satu jam lebih punya masa, macam2 lah yg keluar. Order dia amik awal. By the time nak berbuka baru lah sampai. Klu sampai awal nnti ada pulak yg tak pasal2 mkn. Dah satu hal kan. Hahaha

IMG02565-20120802-1913 Our drinks. Guava & ice lemon tea. Bagus ada kurma jugak. Boleh lah berbuka sgn kurma kan. Perihatin gak lah Chilis ni :)

IMG02566-20120802-1917 My selection, firecracker fish fillet. The fish quite bad. But nasi tu mmg Lyn sentuh skit jer. Tak berapa memenuhi citarasa ku. End up mmg tak makan pun nasi tu sampai habis.

IMG02567-20120802-1918Lamb shoulder kot. Dah lupa dong. My friend’s selection. Dia kata sedap. Untuk Lyn tak tau lah kan. Sbb Lyn tak makan lamb ni.

Actually berbuka puasa kat luar ni ada yg unplanned. Bila balik sure kena perli sbb katanya sepanjang puasa ni hanya 2 kali jer berbuka kat luar. Tapi my mum kira okey. Dia kata dah lebih 2 kali pun. Hehehe. Which is it’s true :)

Act Lyn ajak my mum berbuka kat luar. Tapi dia tak suka. Lebih selesa berbuka kat rumah dan lepak2 dgn family. Makan pun slow & relax je kan. Tak payah nak rushing sgt katanya. So sebagai anak, Lyn okey je lah kan.