DFC's Mesra Aidilfitri - Part 1

Jumaat - 26 Oct 2007

Errmm.. Hari ni Lyn kerja mcm biasa. Memang sibuk sesangat. Macam2 nak prepare untuk Mesra Aidilfitri ni. Petang tu adik kesayangan Lyn call tanyakan pasal khemah. Tu problem lagi satu. Tuan khemah ni tak nak business ker?? Lyn call tak berangkat2. Mulalah nak angin satu badan. Sabar jer lah. Last2 sms jer. Reply pun. Katanya dah nak sampai umah Lyn dah. Eeerrggh.. dah nak sampai baru bgtau ke cik abang oiii... Lyn suruh dia pasang dulu sementara menunggu Lyn balik. At the same time, call lah si Megat n Ray suh dorang datang umah.

Sekitar kul 6.15pm kelibat Ray n Megat ni Lyn tak nampak pun. Lyn lah sorang2 tengok dorang pasang khemah. Tengah2 syok melayan perasaan nampak lah kelibat dorang nih. Khemah siap di pasang sekitar kul 9.00pm. Yang lelain Lyn tak nampak pun. Motifff tak datang!! Tak lama tu sekumpulan VID lelaki bersama2 Fit n Syapex muncul.


marroon n white

Kat sini lah DFC Mesra Aidilfitri akan diadakan esok. Berlatarbelakang kan rumah Lyn selaku tuan rumah untuk majlis tersebut. Thanx to u guyz kerana sudi untuk mengadakan majlis tersebut kat rumah Lyn. Really appreciated. To my mum.. thanx so much mama.. kerana sudi menaja venue majlis ni. Luv u mama.. muuuaaaahhh...

Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Adam dengan backdropnya. Azim mengemaskini aturcara. Lyn sibuk update list tetamu. Yang lain sibuk dengan susun atur khemah, meja buffet dan lain-lain. Lampu kelip-kelip di pasang oleh Fendy. Sampai terkena eletrik. Ya Allah mengelabah Lyn. Habis blackout satu rumah. Dalam ati ni siap berdoa "selamatkan lah adik aku ni.. janganlah jadi ape2". Yang lain sibuk membantu Fendy. Alhamdulillah dia ok. Takde ape2. Kesian adik Lyn sorang ni. Walaupun dia antara yg nakal, tpi Lyn sayang kat die. Fendy.. sayang kamu slalu....

Kat mane ada Lyn.. kt situ lah ade Megat n Fendy...


Stage dipasang sekitar kul 10.30pm. Selesai je pasang.. masing-masing tunjuk skill. Menyanyi lah.. menarilah.. Lyn, Azim & Fendy siap berlakon lagi. Konon2 we ol dalam AF.. si Megat jadi pengacara. Malam tu plak ade penyingkiran. So Megat umumkan lah sape lah pelajar yang tersingkir tuh. Nak tau saper???? Lyn lah. Menangislah konon. Plastik lah sangat.. hahahahahaha.....

tersengih-sengih dorang ni...

Macam-macam ragam we ol ni sebenarnyer. Tengok lah saje aksi we ol ni. Pasti menceriakan. Kesian dorang. Keletihan sampai terbaring kat atas stage. Tapi bergambar tetap tak lupa.. hehehehehe..


tetaplah Lyn sorang perempuan kan.. hehehehe. Megat.. perlu ke buat mcm tuh..


Selesai semua keja.. my mum hidangkan dorang makan malam. Maklumlah penat bekerja. Lauk ikan sambal, sayur betik, sambal belacan, ikan bakar menu malam tuh. Berselera semuanya. Megat antara yang terawal makan. Siap bertambah lagi. Berselera sungguh Megat sambil memuji masakan mak baru kesayangannya itu.


atas stage.. Baik punyaaa!!!


Sebelum balik, sempat lagi bergambar. Kan Lyn dah cakap dorang ni memang suka bergambar. Pantang nampak camera. Nak bergambar jew..hehehe.. Sebelum bersurai kami sempat membersihkan kawasan rumah. Masing-masing balik around 12.30pm.

Menunggu hari esok dengan perasaan yang berdebar-debar.

No comments: