Hari ini genap 5 bulan pemergian sahabat Lyn yang tersayang... Allahyarham Muhammad Farid Hakimi B. Muhammad Fauzi. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Jun 2007 yang lalu. Arwah yang Lyn kenali seorang yang pendiam, baik hati dan berpelajaran tinggi. Lyn mengenali arwah sejak kami sekolah rendah lagi. Sehingga detik akhir hayatnya kami masih berkawan baik.
Sewaktu arwah terlantar di hospital.. Lyn, keluarga dan kawan2 sering menziarahi arwah. 4 hari arwah koma disebabkan hentakkan yang kuat dikepalanya. Doktor telah memberitahu kepada kami, kemungkinan besar arwah tidak dapat diselamatkan. Berderau darah Lyn masa tuh hanya Allah saja yang tahu. Hampir separuh pengsan dibuatnya. Namun hati ni kuat mengatakan bahawa arwah akan sembuh seperti sediakala. Doa kami tidak pernah lekang dari bibir memohon semoga Allah dapat memberi keizinan utk dia melihat dunia ini lagi.
Namun seperti yang telah tertulis di Luh Mahfudz. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.00am setelah 4 hari terlantar dihospital. Pada masa tu, Lyn rasakan dunia Lyn semakin gelap. Airmata semakin laju menitis. Namun Lyn gagahkan juga diri ni utk menerima ketentuan Ilahi. Jenazahnya selamat disemadikan di kampungnya di Ipoh, Perak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment