Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Hari Berkabung MH17

As Salam,

Di ketahui umum, hari ini adalah hari berkabung untuk Malaysia untuk istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah MH17.

image Walaupun Lyn tidak mengenali mereka, jauh di sudut hati ini sungguh terasa dgn kehilangan mereka yg tidak berdosa ini. Sejak mendengar berita jenazah hendak di bawa pulang, di tambah pulak dgn sedutan berita mereka di TV berikutan istiadat ini. Setiap kali tgk raptai, Lyn mesti menangis.

Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan ahli keluarga mangsa terlibat tabah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka & di tempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Al-fatihah untuk yg beragama Islam & salam tazkiah untuk yg bukan Islam.

Remember, a minute’s silence anytime from 10.45am – 11.30am, as a mark of respect for the victim of Malaysia Airlines Flight MH17 #PrayforMH17 #rememberingMH17 #hariberkabung #nationaldayofmourning #MAS #Malaysia #220814 #Jumaat

Sama2 lah kita yer.


Once A Week

Hi LoVers,

My sincerest apologies for the delayed response. Sorry for the delay in replying your comment at ur entry too. Just switch on my lappy. Baru sempat reply komen2 you ollss. I’m not working yesterday coz visiting my relatives passed away. Dapat tahu pun around 7.30am. Meninggal dunia dlm tidur. Sbb nak mengesahkan dari doctor dulu kan. Takkan nak buat andaian sendiri. Bila dah disahkan baru berita tersebar.

Alhamdulillah urusan semuanya berjalan dgn lancar. Diharap rakan2 dpt sedekah kan Al-Fatihah untuk saudara Lyn, Allahyarhammah Zaiton Binti Abdul Majid. Terima kasih semua.

Okey back to normal entry yea.

20131109_233111Hidung hitam bukan sbb ada sticker yea. But my routine once a week to removing my blackhead and whiteheads on nose. I’m using Bioglo from Cosway.

How effective? Quite effective I should say.

After using it, the blackheads & whiteheads did reduce dramatically but not much came out now.

But skrg ni kan ade brand mcm Shiseido kan. Yg tu pun org kata berkesan. Tapi sbb Lyn dah ada brand Cosway ni, pakai lah dulu sampai habis. Esok2 dah habis baru try Shiseido tu pulak.

Korang try brand ape plak??


Pergi Mengadap Ilahi...

Assalamualaikum semua...

Lyn sibuk pagi ni... Im sorry...

My uncle, Allahyarham Abd. Karim Bin Abu telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada tengah malam tadi di hospital akibat serangan jantung & asthma.

Pagi ni, akan disembahyangkan & dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.

Amin

ps: My blog ni tak pasti kenapa. Tiba2 je putih dan segala label tuh takde. Jadi hangin dibuatnya. So dalam proses renovation. Harap maklum.

Al-Fatihah untuk Allahyarhammah Yasmin Ahmad


Just now myself & family watched Majalah 3, its all about Allahyarhammah Yasmin Ahmad.

Kami sekeluarga menonton dan menyaksikan kelebihan bakat yang Allah kurniakan kepada nya. Terharu kami. Dan semestinya Lyn sekeluarga sentiasa rindukan karya Allahyarhammah.. :((

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin...

ps: Al-Fatihah untuk Arwah Abah, Arwah abg ipar, Arwah Along, Arwah Linda, Arwah Atuk & Nenek, ahli keluarga dan muslimin & muslimat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Al-Fatihah. Amin...

Al-Fatihah & Terima Kasih

Al-Fatihah

Salam takziah ke atas keluarga kakak Lyn yg tersayang, Jaliah Binti Haji Yusoff & Hussein Bin Katan ke atas permergian anakanda bongsu yg dikasihi, Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein ke rahmatullah pada 16th June 2009 jam 2.30am di Hospital TAR Klang akibat sesak nafas. Allahyarhammmah sebelum ini pernah dimasukkan di hospital yg sama akibat demam denggi. Allahyarhammah meninggalkan seorang suami yg baru dinikahinya selama 2 minggu. Pemergian Allahyarhammah turut meninggalkan kesan yg amat mendalam pada Lyn sekeluarga. Jenazah tiba di perkarangan rumah tepat jam 3.30am. Jenazah diletakkan di ruang tamu sebelum dimandikan dan dikafankan lebih kurang 9am.

Suasana hiba menyelubungi keluarga Lyn, saudara mara, rakan2, org ramai yg turut hadir menziarahi Allahyarhammah & keluarga kami. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak Klang berdekatan dengan kubur Ayahanda Lyn yg dikasihi, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir.

Kepada yg hadir menziarahi, menolong kami sekeluarga, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih juga yg hadir ke kenduri tahlil Allahyarhammah selama 3 hari berturut2 serta ucapan takziah untuk kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin...

Terkenang akan mu...


Alangkah indahnya klu abah masih di sisi
Berkongsi segala liku2 hidup ku
Berkongsi kegembiraan bersama2 Abah..
Bersenda gurau, gelak ketawa, usik mengusik...
Aku rindu saat2 itu...
Kami sekeluarga amat rindu kan Abah...
Tapi apakan daya... Allah lebih mengasihimu..
Semoga Abah tenang di sana...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah..
Dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman & beramal soleh..
Amin...

Al-Fatihah buat Abah...

Al-Fatihah

Buat Megat (Suami Allahyarhammah),
Pak Ali & Mak Engku (sepupu terdekat kami)
serta Keluarga Allahyarhammah

Ucapan Takziah daripada Hajjah Ainan Bt Mat sekeluarga di atas pemergian Allahyarhammah ke rahmatullah pada 13 April 2008. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya & di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

ps: Allahyarhammah juga meninggalkan seorang anak perempuan berusia 9 bulan. Sedih tak terkata bila melihat anaknya menangis. Maklumlah dlm usia yg masih kecil dia telah hilang kasih sayang dari ibunya.

Al-Fatihah

Hari ini genap 5 bulan pemergian sahabat Lyn yang tersayang... Allahyarham Muhammad Farid Hakimi B. Muhammad Fauzi. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Jun 2007 yang lalu. Arwah yang Lyn kenali seorang yang pendiam, baik hati dan berpelajaran tinggi. Lyn mengenali arwah sejak kami sekolah rendah lagi. Sehingga detik akhir hayatnya kami masih berkawan baik.

Sewaktu arwah terlantar di hospital.. Lyn, keluarga dan kawan2 sering menziarahi arwah. 4 hari arwah koma disebabkan hentakkan yang kuat dikepalanya. Doktor telah memberitahu kepada kami, kemungkinan besar arwah tidak dapat diselamatkan. Berderau darah Lyn masa tuh hanya Allah saja yang tahu. Hampir separuh pengsan dibuatnya. Namun hati ni kuat mengatakan bahawa arwah akan sembuh seperti sediakala. Doa kami tidak pernah lekang dari bibir memohon semoga Allah dapat memberi keizinan utk dia melihat dunia ini lagi.

Namun seperti yang telah tertulis di Luh Mahfudz. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.00am setelah 4 hari terlantar dihospital. Pada masa tu, Lyn rasakan dunia Lyn semakin gelap. Airmata semakin laju menitis. Namun Lyn gagahkan juga diri ni utk menerima ketentuan Ilahi. Jenazahnya selamat disemadikan di kampungnya di Ipoh, Perak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Al-Fatihah.