Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Al-Fatihah

Hi LoVers,

Assalamualaikum semua.


Sedihkan seminggu ni. Insan baik ini telah pergi mengadap Illahi dalam tempoh seminggu ini. Bermula dgn Raja Muda Kedah, pelawak, Allahyarham Yussry Bin Edoo @ Pak Yus, Seniwati Allahyarhammah Mariani  Binti Ismail & Almarhum Tunku Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Hiba dgn berita ni. Sbb Lyn pernah berada di tempat keluarga mereka. Kehilangan Arwah Abah yg di sayangi, kedua anak buah & kedua abg ipar. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Berehat lah kalian di sana dgn tenang. Amin. 

Indeed we belong to Allah and indeed to Him we will return. (Quran 2 : 156) Al-fatihah.


Hari Berkabung MH17

As Salam,

Di ketahui umum, hari ini adalah hari berkabung untuk Malaysia untuk istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah MH17.

image Walaupun Lyn tidak mengenali mereka, jauh di sudut hati ini sungguh terasa dgn kehilangan mereka yg tidak berdosa ini. Sejak mendengar berita jenazah hendak di bawa pulang, di tambah pulak dgn sedutan berita mereka di TV berikutan istiadat ini. Setiap kali tgk raptai, Lyn mesti menangis.

Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan ahli keluarga mangsa terlibat tabah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka & di tempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Al-fatihah untuk yg beragama Islam & salam tazkiah untuk yg bukan Islam.

Remember, a minute’s silence anytime from 10.45am – 11.30am, as a mark of respect for the victim of Malaysia Airlines Flight MH17 #PrayforMH17 #rememberingMH17 #hariberkabung #nationaldayofmourning #MAS #Malaysia #220814 #Jumaat

Sama2 lah kita yer.


Cinta Mereka Sehati Sejiwa

Firstly mmg nak mintak maaf kat family my SIL sbb tak dpt nak dtg kenduri tahlil hari semalam. Masing2 masih kepenatan dek majlis kat rumah. Mlm ni baru kita akan kesana. Second sbb terpaksa buat jugak majlis hari Sabtu sbb tetamu pun dah di jemput.

Owh yer, act my SIL baru saje kehilangan bonda tersayang hari Jumaat jam 10.45pm. Kami semua agak terkejut. Allahyarhammmah nak kata tidak sihat tu tak lah, tapi tak berapa kuat sgt. Yelah, ajalnya sudah sampai. Siapa kita nak menahan.

Yg buat lagi sedih, SIL baru saja kehilangan bapa tirinya yg dianggap spt juga bapa kandungnya sendiri pd 27 Ramadhan yg lepas, tidak sampai sebulan, bondanya pulak yg menyusul. Ya Allah, mmg berat tuk mereka menerima kenyataan itu. Tapi segala2nya telah di tentukan.

Kami mmg rapat sgt. Lyn tak sempat menjenguk Allahyarhammah semasa Syawal ni. Last jumpa masa perkahwinan anak bongsu nya sebelum puasa. Tapi SIL selalu bercerita tentang keadaan maknya.

Walaupun tidak hadir semasa hari pengebumian hari sabtu yg lepas disebabkan ada majlis di rumah, kami sempat menziarahi jenazah pd hari Jumaat malam.

Buat SIL & keluarga, kami berharap anda sekalian tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah tuk Allahyarham Yusof atau Apak, dan jugak Allahyarham Azizah atau Mak Yah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.


Kini Sudah 10 Tahun

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Hari ini, genap 10 thn Allahyarham kembali ke rahmatullah. Terasa baru semalam kami bersama2. Kenangan manis tidak bisa kami lupakan. Gelak tawa gurau senyum semua nya bermain di fikiran. Tidak pernah kami sekeluarga lupakan. Serious, I miss those moments :(

Namun, Allah memberikan kami merasai nikmat itu hanya sebentar cuma. Allah lebih menyayangi Allahyarham. Dugaan itu kami terima dgn tabah. Bkn mudah dan bkn senang tuk menerima dugaan tersebut, namun kita sebagai hamba Nya tidak dpt menolak apa yg telah tertulis di Luh Mahfuz.

Redha, pasrah. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa.

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sewaktu entry ni di tulis, airmata bercucuran tanpa henti. Pasti korang faham apa yg Lyn rasa skrg ni.

Abah…. kami semua rindu Abah sangat2. Allahuakbar. Semoga Abah tenang di sana. Amin.

*Emosi tak stabil skrg ni*


Semoga Tenang Di Sana

Salam LoVers,

image Allahyarham adalah sahabat dan adik yg Lyn kenal beberapa tahun yg lalu. Kami agak rapat dan pernah bekerja bersama tuk beberapa event dgn DafiFC. Antara org yg pertama Lyn kenal dahulu.

Allahyarham mmg baik orgnya. Sebenarnya Lyn tak sanggup nak menulis lagi. Airmata ni deras mengalir. Alhamdullilah, Lyn sempat menziarahi jenazah pagi semalam sebelum disemadikan.

Maaf kerana Kak Lyn tak sempat melawat semasa di hospital kerana takde sape yg bagiahu. Niat hati mmg nak pegi melawat petang Sabtu, tapi sudah dpt berita tentang perkara tersebut. Allah saja yg Maha mengetahui perasaan Kak Lyn masa tuh.

Bagi kawan2 disini yg mengenali Allahyarham atau tidak, marilah kita panjatkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Semoga tenang & damai disana. Doa Kak Lyn sekeluarga sentiasa mengirimu dik. Al-Fatihah.  

Source

Abah Sentiasa Di Ingatan Kami

Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir

7th Sept 1930 – 18th Apr 2003

image

Hari ni 18th April 2012, genap 9 thn Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya baru semalam kami bersama Arwah. Teringat2 sewaktu Arwah masih ada disisi.

Gelak tawa & tegasnya sebagai seorang bapa, kami tidak lupa hingga sekarang. Masih lagi segar di ingatan kami sekeluarga. Tidak pernah lupa pun.

Rindunya kami pada Arwah tak terkata. Kadang2 tu bila kitorang borak2 recall balik kenangan kami sekeluarga dgn Arwah, mmg sedih sgt. Kadang2 nak gelak pun ade bila teringat gelagat Arwah yg suka mengusik kami.

Serious, I miss those moments :(

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sebenarnya, Lyn tak mampu nak tulis panjang2 lagi. Sebak sgt ni. Meleleh2 dah air mata masa tulis entry ni. Hanya orang yg pernah rasa kehilangan, akan merasa ape yg Lyn rasa sekarang ni.

Ya Allah…

Abah… kami semua rindu Abah. Semoga Abah tenang di sana. Amin….

Tidak Bercuti :(

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

How’s ur weekend?

Mine.. something happen to my big family. My cousin passed away on Saturday disebabkan kemalangan di Highway NKVE. Meninggal dunia selepas 15 minit kejadian. If korang lalu NKVE on Saturday nearby Setia Alam onwards, di situlah tmpat kejadian. Lyn follow twitter pun mmg ade yg inform ade kemalangan di situ & jln mmg sesak.

Lyn taknak lah cerita in details since kitorang masih dalam trauma lagi.

Allahyarham merupakan anak sulung kepada Arwah pakcik & makcik Lyn. Meninggalkan seorang isteri & anak perempuan yg berumur 3 thn. Actually Arwah my uncle telah pergi mengadap Ilahi bersamaan 25 Feb 2011 yg lepas. Kini anak Allahyarham menyusul.

Memang berat sungguh dugaan yg Allah berikan kepada keluarga kami khususnya keluarga Allahyarham.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak kira2 jam 10am semalam bersebelahan kubur Allahyarham bapanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Amin.

Btw, Lyn tak bercuti ganti sempena Awal Muharram semalam. Biasalah berkerja dgn org bkn Islam ni mmg mcm ginilah nampaknya. Lagi2 Lyn baru jer tukar ke HQ & reporting to new CEO. So kenalah terima kan. Geram betul. Org lain bercuti den kena kerja pulak. Wat to do. Huhuhu

So kepada korang2 yg bercuti hari ni, selamat bercuti.

Ishhh jeleous nih!!!! Hhuhuhu..

No Father’s Day For Us

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

Yesterday was father’s day rite??

But not me & my siblings. Abah meninggal dunia sejak 8 thn yang lalu. So mmg tak pernah celebrate pun. Even masa Arwah Abah ade pun, kitorang mmg tak pernah celebrate gak. Ape yg Arwah Abah bagitau, klu nak sambut hari bapa tak payah nak tunggu tarikh yg diraikan. Hari2 pun boleh sambut hari bapa. Hehehe

Betul gak kan. Takkan nak tunggu hari bapa je baru kita nak celebrate, actually bila2 pun kita leh celebrate sebenarnya. Am I rite??

Semasa Arwah Abah ada mmg kitorang bagi je hadiah anytime. Buat makan2 mcm biasa. Takde lah nak tunggu hari bapa ke ape. Bila ada kelapangan & ada rezeki kitorang pasti buat makan2. Twice a month sure ade. Ermm ni pun dah lama tak buat makan2. Hopefully before fasting month. Miss those moments.

Anyway, happy father’s day to great fathers in this world……Sorry lah lambat wish. hehehe

Korang celebrate hari bapa tak?? Mestilah celebrate kan...

Walaubagaimanapun, Al-Fatihah utk Arwah Abah, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir. Kami semua rindu sangat2 kat Abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dah beramal soleh. Amin

Owh yer, lupa nak inform.. Lyn dah ada winner for 100,000 online visitors. Ermm tak payah nak announce lah. Sure tuan punya badan dah tau pun. Anyway, thx for ur participation :D

8 Tahun Sudah Berlalu :(

Hari ni genap 8 tahun Allahyarham Abah Lyn pulang ke rahmatullah. Rasenyer baru semalam kami bersama Allahyarham. Lebih kurang jam 9am Allahyarham pulang ke rahmatullah bersamaan hari Jumaat 18th April 2003.

Kenangan kami sekeluarga masih segar lagi diingatan sehingga akhir hayatnya.

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Kami semua rindukan kalian. Allahu Akhbar, kami rindu Abah sgt2. Semoga kalian tenang disana..

P/S : Lyn tak boleh nak tulis panjang2 sgt. Sbb waktu Lyn menulis entry ni, mmg air mata berjujuran. Hanya orang yg pernah rasa kehilangan, akan merasa ape yg Lyn rasa sekarang. I’m so emotional. I’m sorry :(

Korang boleh baca details mengenai Allahyarham Abah Lyn DISINI

Pergi Mengadap Ilahi...

Assalamualaikum semua...

Lyn sibuk pagi ni... Im sorry...

My uncle, Allahyarham Abd. Karim Bin Abu telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada tengah malam tadi di hospital akibat serangan jantung & asthma.

Pagi ni, akan disembahyangkan & dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.

Amin

ps: My blog ni tak pasti kenapa. Tiba2 je putih dan segala label tuh takde. Jadi hangin dibuatnya. So dalam proses renovation. Harap maklum.

Aku Rindu…... :(

Tahun ini adalah tahun ketujuh Lyn berpuasa tanpa Arwah Abah. Serious… Lyn rindu saat2 kitorang bersama sekeluarga.

Thn keenam tanpa Arwah Along (my nephew) & thn kedua tanpa Arwah Linda (my niece).

Ya Allah!! aku rindu sangat2 dengan dorang. Alhamdulillah Lyn sempat menziarahi kubur mereka minggu lepas. Rasa berat hati nak melangkah pergi, tapi ku gagahi jua.

Semoga mereka tenang disana.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.

Amin

Kami Rindu Abah….

Ahad lepas on 18th April 2010, genap 7 tahun Arwah Abah telah kembali ke Rahmatullah. Walaupun sudah 7 tahun berlalu, tetapi masih segar lagi di hati kami seolah2 baru je semalam Arwah Abah meninggalkan kami. Sedih, pilu, sebak, rindu kami hanya Allah yg tahu.

Al-Fatihah, buat Ayahanda tersayang.. Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir, semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Dan tidak lupa juga kepada……

Kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin….

Sebenarnya, Lyn tak mampu nak meneruskan entry ni lagi. Sebak & menitis air mata ni.

So korang boleh baca entry mengenai Arwah Abah Lyn DI SINI.

Abah… kami semua rindu Abah. Semoga Abah tenang di sana.

Amin….

Al-Fatihah untuk Allahyarhammah Yasmin Ahmad


Just now myself & family watched Majalah 3, its all about Allahyarhammah Yasmin Ahmad.

Kami sekeluarga menonton dan menyaksikan kelebihan bakat yang Allah kurniakan kepada nya. Terharu kami. Dan semestinya Lyn sekeluarga sentiasa rindukan karya Allahyarhammah.. :((

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin...

ps: Al-Fatihah untuk Arwah Abah, Arwah abg ipar, Arwah Along, Arwah Linda, Arwah Atuk & Nenek, ahli keluarga dan muslimin & muslimat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Al-Fatihah. Amin...

Al-Fatihah & Terima Kasih

Al-Fatihah

Salam takziah ke atas keluarga kakak Lyn yg tersayang, Jaliah Binti Haji Yusoff & Hussein Bin Katan ke atas permergian anakanda bongsu yg dikasihi, Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein ke rahmatullah pada 16th June 2009 jam 2.30am di Hospital TAR Klang akibat sesak nafas. Allahyarhammmah sebelum ini pernah dimasukkan di hospital yg sama akibat demam denggi. Allahyarhammah meninggalkan seorang suami yg baru dinikahinya selama 2 minggu. Pemergian Allahyarhammah turut meninggalkan kesan yg amat mendalam pada Lyn sekeluarga. Jenazah tiba di perkarangan rumah tepat jam 3.30am. Jenazah diletakkan di ruang tamu sebelum dimandikan dan dikafankan lebih kurang 9am.

Suasana hiba menyelubungi keluarga Lyn, saudara mara, rakan2, org ramai yg turut hadir menziarahi Allahyarhammah & keluarga kami. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak Klang berdekatan dengan kubur Ayahanda Lyn yg dikasihi, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir.

Kepada yg hadir menziarahi, menolong kami sekeluarga, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih juga yg hadir ke kenduri tahlil Allahyarhammah selama 3 hari berturut2 serta ucapan takziah untuk kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhammah Hazlinda Binti Hussein dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin...

Abah... Kami rindu Abah


18 April yg lalu genap 6 thn Abah kembali ke Rahmatullah
Walaupun sudah 6 thn berlalu, tetapi ku rasakan baru semalam aku kehilangan Abah
Aku rindu segala2nyer, rindu dengan peluk ciumnya..
Rindu gelak ketawa, gurau senda, sakat menyakat..
Bak kata org.. segala2nya aku rindu saat2 aku bersama Abah
Kami sekeluarga amat merindui Abah
Apa yang kami mampu, sentiasa mendoakan Abah tenang di sana..
Al-Fatihah... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dah beramal soleh.
Amin..

p/s: Al-Fatihah buat kedua abg ipar, Badrul Hisham Hanafi & Abdul Aziz Selamat, anak saudara, Mohd Norhairi Mohd Johan, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin...

Al-Fatihah

Takziah untuk Cik Umi sekeluarga di atas pemergian suami tersayang Allahyarham Hj. Abd Majid B. Muda pada 12th Januari 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Amin...

Arwah merupakan sepupu dekat Mak Lyn. Mereka berkawan rapat dari kecil. Arwah juga merupakan rakan baik arwah abah dan Pak Usu Lyn. Kehilangan arwah pada hari selasa tepat jam 5.20pm akibat serangan jantung cukup dirasai. Jenazah tiba di rumah tepat jam 8.00pm. Arwah meninggalkan seorang isteri, 7 orang anak dan 15 org cucu.

Keesokkan harinya, org ramai berpusu2 meziarahi jenazah. Arwah yg Lyn kenali mmg seorang yg peramah dan mmg ramai kawan. Jenazah dikebumikan di Kawasan Perkuburan Bukit Badak, Klang sama di tempat arwah abah Lyn dikebumikan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al-fatihah..

Kenduri Tahlil & Doa Selamat

Minggu lepas, 9th Aug 2008 family Lyn telah mengadakan kenduri tahlil & doa selamat selepas waktu Isya'. Kenduri ni untuk ahli2 keluarga Lyn yg telah kembali ke rahmatullah khasnya untuk abah yg di kasihi, Allahyarham Haji Yusoff B. Tahir, arwah atuk & nenek, arwah kedua abg ipar Lyn, anak sedara Lyn dan untuk semua umat Islam yg telah kembali ke Rahmatullah.

Persiapan mmg lebih seminggu. Mak n kakak2 Lyn antara org yg paling sibuk ari tuh. Lyn sempat lah menolong ape yg patut. Semuanya masak sendiri. Takde catering. Tu lah kelebihan keluarga Lyn. Adik beradik gotong royong memasak dan menyediakan segala keperluan. My aunti n jiran2 pun dtg menolong. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas waktu Isya' semakin ramai tetamu yg datang. Majlis dimulakan dengan doa & tahlil. Rase sebak dihati Lyn masa tuh. Terkenangkan arwah abah yg telah kembali ke rahmatullah 5 thn lepas. Tetamu disajikan dengan lauk yang serba ringkas. Ayam masak merah, kari dal, sayur goreng, ikan goreng, ikan kering, ulam2, sambal belacan, buah2an & kuih muih. Majlis berakhir sekitar jam 11pm.

Actually no pic taken during the tahlil & makan2. Just a little posing inside my house n during masak2.

Antara lauk pauk yg dimasak. Ayam masak merah & kari dal & sayur

Antara tetamu @ adik2 yang dtg

Myself with Azim & Fendy

Fendy, Amy & Adam. Cun mak lampu with shawl..

Special invitation from my mum... Thx guyz.. Yang lain2 tak dpt dtg coz ade hal yang tak dpt dielakkan.
Dengar citer Ray pgi FFM21.. Megat plak ade hal lain.. hehe

Me & Mak Lampu, Finally u dtg kan...[aiyooo shawl dah ilang..hahahah]

To Amy, Adam, Azim, Fendy, Abe, Ayum, Capeq
Thx for coming over to my house last week. Really appreciate ur presence. So sorry should there be any inconvenience coused or if tak sempat nak layan..
Thanks a lots guyz..

Al-Fatihah

Salam Takziah pada Keluarga Allahyarhammah Nor Syuhada Bt Amin atas kembalinya ke Rahmatullah pada 13th June 2008 kerana sakit paru-paru berair. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...


ps: Allahyarhammah salah sorang kawan baik Lyn semasa skolah menengah. Seorang yg pendiam sehingga penyakitnya tidak diketahui oleh ahli keluarganya sehinga beliau dimasukkan ke hospital beberapa bulan lalu. Lyn kehilangan sorang lagi kawan baik yang sentiasa memahami. Terasa sangat2 :(

Al-Fatihah

Allahyarham Haji Yusoff B. Tahir
7.9.1930- 18.4.2003

Hari ni genap 5 tahun arwah abah kembali ke rahmatullah. Rasenya macam baru jer. Arwah abah meninggal dunia disebabkan sakit tua semasa berumur 72 tahun. Sebagai salah sorang anak nya, arwah abah memang seorang yg baik hati, periang, serius, menitikberatkan pelajaran anak-anak serta cucu2nya. Arwah abah memang amat disegani oleh orang kampung kerana usahanya yg gigih sehingga beliau di lantik sebagai ketua kampung, sampai nama jalan pun ditukar kepada namanya, iaitu Jalan Haji Yusoff. Tapi sume tu kini tinggal kenangan.

Arwah abah meninggalkan kami pada ari jumaat tepat jam 9.00am. Bila mengenang balik pemergian arwah, arwah pergi dengan tenangnya. Mak dpt mengajar arwah abah mengucap. Alhamdulillah. Ketika itu hanya mak sahaja yg menemaninya. Sbb adik beradik Lyn sume bekerja termasuk Lyn. Seperti kebiasaan kami sume bersalam dan mencium arwah. Begitulah rutin harian kami setiap hari selepas arwah keluar dari hospital. Arwah hanya menghabiskan masa dirumah. Arwah tidak boleh berjalan sangat. Terpaksa menggunakan tongkat atau dipapah.

Pagi tuh, selepas bersalam dan mencium arwah, Lyn terus pegi keje. Tapi Lyn perasan seolah-olah arwah memandang Lyn tanpa kelip. Tpi Lyn buat biase je. Sampai je ofis terus bfast. Masuk keje pun kul 9am. Still lepak2 lagi ngan my colleagues. Kul 9 lebih Lyn dpt panggilan telefon dr my niece. Katanya "Acik balik cepat, Atuk dah takde". Ya Allah.. Hanya Allah je yg tau waktu tuh. Hphone terlepas dr tangan & Lyn rebah di lantai. Yang Lyn ingat kawan Lyn yg menyambung panggilan tu dan yg sorang lagi mengangkat Lyn yg masih rebah. Airmata semakin laju mengalir.

Alhamdullillah my colleagues hantar Lyn balik sbb mmg tak leh nak drive. Dalam kepala dah pikir macam2. Sampai je rumah, adik beradik sume dah ade dan orang semakin ramai. Satu je dlm kepala Lyn masa tuh. Nak tgk abah & nak jumpa mak. Masa tu org ramai tengah mengangkat jenazah abah untuk diletakkan di tengah rumah. Mak dan adik beradik Lyn masih menangis. Tapi kata mak, kita semua kena redha pemergian abah. Doakan abah dan bacakan Yaasin untuknya. Alhamdulillah kami sume dapat mengaji bersama2 didepan jenazah. Kami dpt mencium abah sebelum jenazah abah dimandikan dan dikafankan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mukanya tenang dengan senyuman yg manis. Muka arwah semakin cerah dan muda. Besar sungguh anugerah yg Allah berikan. Jenazah disembahyangkan di Masjid selepas Solat Jumaat. Ya Allah Ya Tuhan ku, betapa ramai nya orang ketika itu. Salah satu kelebihan yg Allah berikan kepada arwah ketika itu. Jenazah telah di kebumikan selepas Solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Badak, Klang.

Sehingga ke ari ni, kami sentiasa merindui arwah abah. Menziarahi abah di kubur adalah rutin kami setiap minggu.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau ampunilah segala dosa Bapa kami, Haji Yusoff Bin Tahir. Cucuri lah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan beliau di kalangan orang-orang yg beriman. AMIN...."
[ kami sume rindu Abah...]

Al-Fatihah

Buat Megat (Suami Allahyarhammah),
Pak Ali & Mak Engku (sepupu terdekat kami)
serta Keluarga Allahyarhammah

Ucapan Takziah daripada Hajjah Ainan Bt Mat sekeluarga di atas pemergian Allahyarhammah ke rahmatullah pada 13 April 2008. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya & di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

ps: Allahyarhammah juga meninggalkan seorang anak perempuan berusia 9 bulan. Sedih tak terkata bila melihat anaknya menangis. Maklumlah dlm usia yg masih kecil dia telah hilang kasih sayang dari ibunya.