Cinta Mereka Sehati Sejiwa

Firstly mmg nak mintak maaf kat family my SIL sbb tak dpt nak dtg kenduri tahlil hari semalam. Masing2 masih kepenatan dek majlis kat rumah. Mlm ni baru kita akan kesana. Second sbb terpaksa buat jugak majlis hari Sabtu sbb tetamu pun dah di jemput.

Owh yer, act my SIL baru saje kehilangan bonda tersayang hari Jumaat jam 10.45pm. Kami semua agak terkejut. Allahyarhammmah nak kata tidak sihat tu tak lah, tapi tak berapa kuat sgt. Yelah, ajalnya sudah sampai. Siapa kita nak menahan.

Yg buat lagi sedih, SIL baru saja kehilangan bapa tirinya yg dianggap spt juga bapa kandungnya sendiri pd 27 Ramadhan yg lepas, tidak sampai sebulan, bondanya pulak yg menyusul. Ya Allah, mmg berat tuk mereka menerima kenyataan itu. Tapi segala2nya telah di tentukan.

Kami mmg rapat sgt. Lyn tak sempat menjenguk Allahyarhammah semasa Syawal ni. Last jumpa masa perkahwinan anak bongsu nya sebelum puasa. Tapi SIL selalu bercerita tentang keadaan maknya.

Walaupun tidak hadir semasa hari pengebumian hari sabtu yg lepas disebabkan ada majlis di rumah, kami sempat menziarahi jenazah pd hari Jumaat malam.

Buat SIL & keluarga, kami berharap anda sekalian tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah tuk Allahyarham Yusof atau Apak, dan jugak Allahyarham Azizah atau Mak Yah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.


8 comments:

Mummydearie said...

Al-fatihah. Salam takziah buat keluarga SIL Lyn.

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
terima kasih kak

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

Al-Fatihah..takziah ye..

regards,
Unsmiley

Dee said...

Al-fatihah buat keluarga SIL lyn..teringat arwah abah yg pergi selepas 2 bulan arwah mak pergi..mmg sedih..

Lyn Yusoff said...

Sofia,
terima kasih yer..

Lyn Yusoff said...

Dee,
Innalillah...
mmg sedih.. hanya Allah saja yg tau

Suria Amanda said...

Al fatihah...kehilangan mmg sgt2 sedih...semoga arwah tenang di sana...

Lyn Yusoff said...

Suria,
thx along