Al-Fatihah
Let’s Pray For Palestine
Kebaikan Tidak Memakai Pakaian Dalam Semasa Tidur
Melepaskan pakaian dalam bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara. “Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.
Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
Harga Petrol, Diesel, Gas, Gula Naik Lagi.. Aduhaiiiiiii!!!
Baru jer beberapa hari lepas, diumumkan bahawa harga minyak RON97 dinaikkan sebanyak RM0.15. Hari ni kita dikejutkan lagi dgn kenaikan harga beberapa barang dibawah. Bermula dgn harga minyak naik, terus harga lain pun naik sama. Ini berikutan keputusan kerajaan menyeleraskan kadar subsidi.
Kenaikan tersebut katanyer akan dijangka berlaku pada tengah malam ini. Mcm2 betul kenaikan hujung2 tahun ni erk. Tak faham betul aku. Ini baru 5 jenis kenaikan. Dibuatnyer kenaikan harga macam2 lagi. Tak menggelupur dibuatnyer. Gula pun naik. Camner tuh??? Jawab… jawab…. Lagi2 yg sibuk nak buat kenduri kendara ni, pakat2 minum air kosong lah gamaknya. Huhuhu..
Eermmm dimanakah slogan “SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
For more infor please click Malaysia Kini
Lu pikirlah sendiri!!!!!
Ya Allah! Selamatkanlah Mereka….
Salam semua,
Kita telah dikejutkan dengan berita bahawa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin telah diserang hebat oleh komando rejim Zionis Israel dimana kapal tersebut mempunyai rakyat Malaysia yang berkhidmat bersama2 untuk membantu masyarakat Palestin disana.
Berita yg sangat mengejutkan ini telah membabitkan ayah mertua my colleague Lyn di office. Beliau adalah salah seorang dari tahanan tersebut.
Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka Kami memohon kepada Mu Ya Allah… turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang2 Islam di Palestina, dan hancurkanlah rejim Zionis Yahudi sedahsyat2nya. Amin…
Kepada semua Muslimim & Muslimat, jangan putus berdoa kepada Allah SWT. Memohon kepadaNya tahanan2 tersebut selamat. Amin…..
Update : Pagi tadi Lyn sempat mendengar berita, bahawa semua tahanan dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Apa2 pun, marilah kita sama2 berdoa semoga mereka dapat dibebaskan secepat mungkin. Amin....
Kebesaran Jiwa Seorang Ibu (True Story)
Email yg Lyn terima & mahu berkongsi dgn anda semua. Hayatilah….
Kasih tanpa batas seorang ibu.Sungguh beruntung anak kecil ini. Ibunya sanggup mengorbankan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan anak kesayangannya.
Terdapat message bersama2 anak ini ketika ditemui oleh seorang anggota penyelamat.
My dear and sweet child
If you can survive, always remember that..
I LOVE YOU…..
Pasti ibunya gembira melihat anaknya selamat & dipelihara oleh keluarga yg sayangkan anaknya.
Tapi ada jugak ibu yg sanggup melihat anaknya dihurung semut, dibakar dlm timbunan sampah, dibuang di kaki lima. Tergamak kau membuang anak darah daging kau sendiri!!! Kau memang manusia yg kejam dan tak berperikemanusiaan. Orang seperti kau mmg layak dihukum gantung smpai mati. Baru lah adil.
Masa buat tak pikir panjang, bila dah terlajak.. tau plak malu….
Apa2 pun…lu fikirlah sendiri!!!!!
Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.
Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.
''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.
''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.
''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.
Info taken from Utusan Malaysia
* Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik kita nak hadapi Bulan Ramadhan sekali lagi. InsyaAllah panjang umur kita akan menyambut Ramadhan bersama2. Amin.. :)