Salam semua,
Kita telah dikejutkan dengan berita bahawa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin telah diserang hebat oleh komando rejim Zionis Israel dimana kapal tersebut mempunyai rakyat Malaysia yang berkhidmat bersama2 untuk membantu masyarakat Palestin disana.
Berita yg sangat mengejutkan ini telah membabitkan ayah mertua my colleague Lyn di office. Beliau adalah salah seorang dari tahanan tersebut.
Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka Kami memohon kepada Mu Ya Allah… turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang2 Islam di Palestina, dan hancurkanlah rejim Zionis Yahudi sedahsyat2nya. Amin…
Kepada semua Muslimim & Muslimat, jangan putus berdoa kepada Allah SWT. Memohon kepadaNya tahanan2 tersebut selamat. Amin…..
Update : Pagi tadi Lyn sempat mendengar berita, bahawa semua tahanan dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Apa2 pun, marilah kita sama2 berdoa semoga mereka dapat dibebaskan secepat mungkin. Amin....
3 comments:
na.. dengar citer semua tahanan selamat.. harap diorang akan dibebaskan secepat mungkinlah..
moga mereka dilindungi Allah SWT sentiasa..amin..
Ecah,
Aku pun ade dgr berita pagi tadi.
InsyaAllah.. harap2 mereka dibebaskan dgn secepat mungkin...
Dee,
semoga mereka berada dibawah lindungan Allah SWT.. Amin
Post a Comment