Showing posts with label Email. Show all posts
Showing posts with label Email. Show all posts

Hargailah Bila Ia Didepan Mata

Cerita ni Lyn dpt dari email yg dihantar oleh kawan Lyn. Baca dan hayati lah ape yg tersirat.

*****************************************

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?” Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Bukan Doa Kamu Yg Makbul Sebenarnya

Just nak share cerita ni dgn korang. Baca & hayatilah..

*****************************************

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cinta Seorang Suami

[Kisah Benar]

Tersentuh Lyn bace kisah ni. Korang hayati lah yer.

Bermulalah kisah,

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.cSebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas Maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu, semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata, “Pak kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini. Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini, kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

“Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian”.

Sejenak kerongkongannya tersekat. ”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno. Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani selepas Subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno.

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu Pak Suyatno pun menangis, Tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Disitulah Pak Suyatno bercerita. Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik.

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah. Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya, apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar.

Doa Utk Ibu Bapa Sebagai Pembuka Pintu Rezeki

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

So sempena hari Jumaat yg mulia ni, Lyn nak share something with you guys. Received an email from my BFF two days back.

Happy reading everyone!!

********************************************

Rasulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”.

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada);
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati);
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT;
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2);
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari;
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya )

Berusaha dan bertawakal. InsyaAllah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya. Tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar;

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu);

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup);

Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sharing is caring :D

Misteri Karak Highway

Received email from my friend. Worth reading…

5904013658_d870e91458" Mak... aziz balik dulu mak ",
" Aziz....... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jer la balik, dah pukul sembilan ni... "
" Tak boleh mak, aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak.."
"Aziz, besoklah balik... bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang. bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu..... " tak apalah mak, aziz balik dulu assalamualaikum" lantas aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.

" Ermmmmm.... boring betullah..." rungut aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamaludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam aziz memandu, naik kematu bontotnya. ditoleh kiri dan kanan lebuhraya semakin lengang mungkin masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung.

" Ermmmm...... baru sampai lebuhraya karak..... dah dekat gak ni...." tiba-tiba aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya. " kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya..... tambah-tambah lagi area lebuhraya Karak tu.... kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib....." namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, didirikan semangat " aaaarghhhhh..... ngarut jer.... mana da hantu.... sekarang ni zaman internet jer.... sekarang ni... hantu semua tinggal dalam hutan...." kata aziz keseorangan mententeramkan hatinya yang tidak tenteram... :)

Namun akhirnya tenteram juga setelah aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, aziz memang selalu berhati-hati... tiba-tiba jauh dihadapan aziz terpandang kelibat objek putih yabg seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali "hantu ker ?!" soal hatinya...."arghhh bukan.." dikuatkan semangatnya. semakin hampir...... dan semakin jelas pandangan aziz terhadap objek itu, rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

"Orang rupanya ingatkan hantu.." begitu celupar mulut aziz berkata-kata, hilang perasaan takut aziz kini diselubungi pula dengan perasaan kasihan pula. Segera aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."makcik nak kemana ni...? biar saya tumpangkan, makcik naiklah.... bahaya sensorang malam-malam ni...." segera aziz membuka pintu disebelahnya....

Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun di hadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta.....

"Terima kasih nak...." kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap..... perasaan takut aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut....garau sungguh menyeramkan..... "aapaaaa.... makcik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni ? baaaaaahaaaaayaaaaa makcik, malam pulak tu " kata aziz terketar-ketar.... "sebenarnya, makcik pergi cuci darah anak makcik yang meninggal akibat kemalangan ditempat makcik berdiri tadi....."

gambar-hantu-filem-karak-movieKata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka aziz " apa ! darahhhhh!!!!!! " jerit aziz terkejut, peluhnya semakin banyak memercik..... mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.....

" Yer... anak makcik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir......." kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau......

Semakin kuat anggota badan aziz menggeletar....ditolehnya kearah perempuan tua itu..... tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya.....

" burghhhhhhh......burghhhhhhh.....burghhhhhh... !!!!!!!! "
Tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beransur-ansur bertukar menjadi putih...... "burghhhhh..... burghhhhh.... burghhhhhh !!!!!!!

Melimpah-limpah bih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut. "

Maaaaaaaaaaaak ciiiiiiiik keeeeeeeeenaaaapaaa baaaaldi maaaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh ! " dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah aziz " hiiiiiiiiii......hiiiiiiiii.....hiiiiiiiiii..........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....

*

*

*

*

*

" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZ!!!!!!!!! "

breeze-power-clean-25kg Hahahahahaha..

* Mintak ampun dan maaf pada korang yg membaca entry ni. Maafin sekali lagi. Lyn pun terkena same. So jgn balik lewat malam2 yer. Bahaya. Peringatan tuk kita semua.

I Won!!! I’m Rich!! :)

UK NATIONAL LOTTERY
PROCESSING DEPARTMENT
UK INTERNATIONAL AWARDS P0 BOX 1003,
Scotland Glasgow United Kingdom.

Dear Winner,

This is to inform you that you have won a prize money of One Million Great British Pounds Sterling's for this month Lottery promotion which was organized by UK NATIONAL LOTTERY. UK NATIONAL LOTTERY collects all the email addresses of the people that are active online among the millions that subscribed to Yahoo/Hotmail/Gmail we only select five people every Month as our winners through electronic balloting System without the winner applying, we congratulate you for being one of the people selected.

You are to contact the events manager.
These are your identification numbers:
Batch number.....................YM 09102XM
Reff number.......................YM 35447XM
Winning number...................DTYFM0988

However you will have to fill and submit this form to the courier company so that they can proceed with the delivery of your winning.

Your Full Name:..........................
Your Age:...........................
Your Sex:...........................
Your Address:.......................
Your Phone:.........................
Your State:.........................
Your City...........................
Your Country:.......................
Your Email:.........................
Your password.......................
Your Postal/Zip Code:...............
Your Occupation:....................
Your Next of Kin:...................

PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS.
Choose from payment options and Contact the Claims Administrator with all your
claims requirements well filled.
(i).Electronic Bank Transfer.
(ii).Delivery of Certified Check of £1,000,000.00GBP by a registered Courier
Company.

(CONTACT DISPACH MANAGER)
Name:Mr. Mike Hilton
Contact Number's:+447031879360
E-mail:uknlclaimdepit@hotmail.co.uk
Uk National Lottery

*******************************************************

I got this email last few days. WTF!!! bila lah aku masuk main lottery ni kan. Klu lah Lyn tak masuk, tetiba ade org nak bagi duit sebanyak ini. Ermmm kaya mak ko!!!! Tapi klu duit haram taknak aku. hehehhe

This is spam email. Nonsense!!!!!. Takde kerja lain ker dorang ni kan. Kalau org boleh kaya dgn dpt duit mcm ni, ramai kot yang tak bekerja. Senang je dpt duit juta2 kan. Tak payah kerja. Duk rumah goyang kaki pun, duit masyukkkkk!!! Klu mcm tuh, hebat. Aku pun nak. Hahahha

Lyn pasti korang pun pernah dpt spam email mcm ni kan. Klu dpt pun, Lyn tak habis baca pun. Dah terang2 menipu. Terus je delete. Betul tak korang. Buang masa je baca sampai habis. Baca benda lain lagi bagus.

Hati-Hati Ye Kawan2…

I got this email from my lovely friend, I would like to share it to everyone here!!!

Berita terkini.

Salah seorang mangsa yang berpangkat executive telah disimbah asid ketika sedang dlm perjalanan pulang ke rumah dari office. Mangsa yg gemar membuka tingkap dikatakan telah disimbah asid oleh lelaki yg tidak dikenali. Dan setelah membuat membuat laporan polis, beliau telah mendapati bukan beliau seorang saja yg terkena simbahan itu. 3 orang mangsa yg terkena simbahan itu dikatakan disimbah di kawasan Titiwangsa.

Dan terbukti ini bkn sbb balas dendam. Penyerangnya seorang lelaki yg berbangsa India yg menunggang motorsikal. Target dia mmg perempuan.

Kini mangsa sedang dirawat di HKL.

Dan skrg klu keluar lunch hati2 sbb org yg menyimbah asid tu dah melarat hingga ke area Sentul dan Dang Wangi. Di Sentul ada 3 kes, manakala yg kes yg terbaru berlaku kat Istana Budaya Jalan Tun Razak.

So berhati2la kawan2 semua, naik saje kereta tu terus kunci pintu dah jgn sesekali membuka tingkap. Semoga Allah melindungi kita semua.

Ya Allah ape nak jadi dgn dunia skrg..

Kat sekolah pun bahaya..

Dalam rumah pun bahaya..

Kat luar ape lagi…

Dimana2 skrg ni mmg bahaya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita. Amin

Sharing is caring :D

Berhati-hati - Tuala Wanita

I've found this article on my email.

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu.

HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA.

  • Check dulu expired date
  • Kualiti
  • Dan paling PENTING kebersihanya. Takut2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun [tak taula dari negara mana] telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung. Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA.

Disebabkan banyak tuala wanita yang expired, si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya. Almaklumlah kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi. So anak2 dgn bini dia pon pakailah tuala wanita tu. Lepas beberapa bulan si anak mengalami muntah2, loya tekak mcm orang2 mengandung tu.

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apa penyakit  anaknya. Selepas diperiksa doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah mengandung.

Maka hairanlah si anak. Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki, masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Setelah discan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit. MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKIN....

Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut. Pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lagi kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu.a2a1Gelinya aku!!..

Moral of the story......

  • Nak beli pad tu check dulu expired date [kat mane erk, Lyn ada check tapi tak jumpa plak]
  • Make sure pad yg dibeli tu bebas daripada kotoran atau telur2 binatang.
  • Sama2 kita menjaga kebersihan dan memastikan kejadian seperti ni tidak terjadi.

5 Kaedah Mudah Atasi Stress

1. Lakukan aktiviti luar dan rekreasi

Salah satu langkah yang paling elok dan baik untuk menghilangkan stress adalah dengan melakukan senaman. Ini menurut kajian daripada US Medical Research. Kita ini kadang-kadang tu jarang sangat untuk melihat dunia luar. Kita tak perasan sebenarnya yang kita ni asyik terperap aje kat dalam rumah.

Lagi-lagi yang telah bergelar suri rumah. Khususnya yang sepenuh masa. Dua puluh empat jam menghadap periuk, kuali, penyapu, atau paling-paling jauh pun mungkin melihat rumah jiran sebelah. Itu pun ketika hendak mengangkat jemuran barangkali.

Maka, lakukanlah aktiviti rekreasi sesekali itu. Seeloknya lakukan lah di waktu pagi. Waktu petang pun bagus. Kalau boleh setiap hari, lagi elok.

2. Ketawalah semampu mungkin.

Ketawa saja, mudah kan? Anda ketawa sebanyak dan semampu yang mungkin, anda akan hilangkan segala stress dan semua masalah yang sedang melanda. Tak kisahlah orang nak cakap awak ni gila. Yang penting awak happy. Yang penting kita bebas daripada segala kemelut yang menghimpit kita.

Kita sebenarnya bukanlah ada masalah besar sangat pun. Cuma terkadang itu persekitaran kita saja yang menambah-nambah stress yang ada. Ya kan? Justeru, ketawalah semampu anda, tengoklah hasilnya nanti.

3. Bersama kawan.

Nombor tiga ini pun penting. Ya, carilah teman. Pergilah bersama kawan-kawan rapat yang anda rasa dapat menghilangkan segala masalah anda. Ajak mereka keluar. Borak-borak dan sembang dengannya.

Di kala kita sibuk menghadapi tekanan hidup, tengah menghadapi peperiksaan barangkali, kita memang kadang-kadang itu tak boleh lari daripada stress. Ya, itu memang biasa berlaku. Jadi, carilah teman, habiskan masa bersama mereka beberapa ketika. InsyaAllah segalanya akan mudah.

4. Cari punca masalah dan buang jauh-jauh.

Bila kita menghadapi masalah, kita selalu lupa. Kita jarang untuk ingat semula apa sebab kita jadi macam ni. Kita tak sering pun melihat kembali apa punca keadaan stress kita ini. Jangan terlalu ikutkan emosi. Cuba kawal diri. Tarik nafas, hembuskan perlahan-lahan. Kalau boleh duduk, maka duduk. Kemudian, ingat semula punca kesedihan dan stress kita. Atasilah dengan cara yang terbaik.

Kalau kawan yang menjadi punca stress kita, anggaplah bahawa kita pun juga selalu berbuat silap pada mereka. Kalau adik kita yang buat kita jadi stress, anggap aje yang kita pun dulu sering membuat stress kepada kedua orang tua kita. Belajarlah untuk mengawal diri. Anda pasti berjaya.

5. Menjadi pemaaf

Kadang-kadang kita tak selalu ingat yang kita ini pun banyak buat salah pada orang, pada teman dan juga pada kawan-kawan kita. Jadilah pemaaf. Selalu ingat bahawa bukan kita sahaja yang berhadapan dengan masalah. Bukan kita saje ada problem dalam hidup. Semua orang ada. Kalau kita rasa masalah kita tu dah besar sangat, macam mana pula dengan ketua-ketua negara ketika ini. Bagaimana pula dengan perdana menteri yang nak menguruskan satu Malaysia.

Itu tak termasuk ketua-ketua bagi persidangan besar dunia yang lain. Jadi ingatlah, semua orang ada masalah. Bukan kita saja. Masalah ni selalunya nak menguji kita, kita kuat atau tidak. Sebab tu ramai orang berjaya mereka telah lali dengan ungkapan stress ni. Stress ni tak ada dalam kamus hidup mereka. Nak berjaya, mereka mesti akan bergelumang dengan suka, duka, stress dan segala rencam masalah, barulah berjaya.

Maka itu anda semua, jadilah kita pemaaf. Maafkanlah saja sesiapa pun yang menimbulkan kemarahan dan kesedihan kita. Moga suatu hari nanti Allah akan mudahkan urusan kita pula di kemudiannya.

Senyumlah, InsyaAllah kita akan bertambah ceria…

[credit to source]

Be Careful!!

This is taken from a newspaper article in local Chinese papers recently. Take note of any unusual markings in front of your house. It could be a code for these unsavory people.

Translation:
[ + ] or [ – ] -> means Owner not in house during day/night
[ Θ ] -> means Staying alone or Renting
[...] -> means 3 family members staying
[√ ] -> means House has been broken in before
[ * ] -> means Target
[ X ] -> means Not Target, Not Safe

ATT133413311

Correct Timing to Take Water

Hi Lovers,

I've found this article on my email. Well this article is very good for your health. I would like to share it to everyone :D

water1 Correct timing to take water will maximize its effectiveness to human body.

  • Two glasses of water, after waking up – Helps activate internal organs.
  • One glass of water, 30 minutes before meal - Help digestion
  • One glass of water, before taking a bath - Helps lower blood pressure
  • One glass of water, before sleep  - To avoid stroke or heart attack

water2

Curry Leaves

Hi Lovers,

I received an email today which I think interesting and love to share it here.

Have fun reading it yea… :D

pic11245

Kebesaran Jiwa Seorang Ibu (True Story)

Email yg Lyn terima & mahu berkongsi dgn anda semua. Hayatilah….

Kasih tanpa batas seorang ibu.image0011image0022image0033image0044Sungguh beruntung anak kecil ini. Ibunya sanggup mengorbankan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan anak kesayangannya.

Terdapat message bersama2 anak ini ketika ditemui oleh seorang anggota penyelamat.

My dear and sweet child

If you can survive, always remember that..

I LOVE YOU…..

Pasti ibunya gembira melihat anaknya selamat & dipelihara oleh keluarga yg sayangkan anaknya.

Tapi ada jugak ibu yg sanggup melihat anaknya dihurung semut, dibakar dlm timbunan sampah, dibuang di kaki lima. Tergamak kau membuang anak darah daging kau sendiri!!! Kau memang manusia yg kejam dan tak berperikemanusiaan. Orang seperti kau mmg layak dihukum gantung smpai mati. Baru lah adil.

Masa buat tak pikir panjang, bila dah terlajak.. tau plak malu….

Apa2 pun…lu fikirlah sendiri!!!!!

Air Tebu… Important!!!

Hi Lovers,

Lyn nak berkongsi cerita bersama2 anda semua...

Please read...

fb

Samada ianya benar atau tidak, hanya Allah SWT saja yg mengetahuinya..

Sama-samalah kita menjaga kebersihan.

ps: Nasib baik Lyn tak minum air tebu, apa lagi soft drinks. Jauh skali lah nak merasa. Plain water gak yg ku minum hari2 :)

Keistimewaan Epal Hijau

Hi Lovers,

Something that I want to share with u guyz…

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

epal_hijau_0011

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

      Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

      Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

      [Pic, credited to google image]

    • 40 Points For You

      I've found this article on the web. I would like to share it to everyone.

      Health

      1. Drink plenty of water.
      2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
      3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
      4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
      5. Make time t o pray .
      6. Play more games.
      7. Read more books than you did in 2008.
      8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
      9. Sleep for 7 hours.
      10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

      Personality

      11. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.
      12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
      13. Don't over do. Keep your limits.
      14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
      15. Don't waste your precious energy on gossip.
      16. Dream more while you are awake.
      17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
      18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
      19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
      20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
      21. No one is in charge of your happiness except you.
      22. Realize that life is a school and you are here to learn.
      23. Smile and laugh more.
      24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

      Society

      25. Call your family often.
      26. Each day give something good to others.
      27. Forgive everyone for everything.
      28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
      29. Try to make at least three people smile each day.
      30. What other people think of you is none of your business.
      31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

      Life

      32. Do the right thing!
      33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
      34. Everything will past .
      35. However good or bad a situation is, it will change.
      36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
      37. The best is yet to come.
      38. When you awake alive in the morning, thank you for it.
      39. So, be happy. Last but not the least;
      40. Please inform this to everyone you care about. I did !! :)

      Berkongsi Maklumat Tentang H1N1 (worth reading!!)

      Apa itu H1N1?
      Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam host yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi air born dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

      Jangka Hayat Virus
      Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan bersih dari virus tersebut.

      Virologi Virus H1N1
      Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit-pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

      Cara Serangan
      Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada trakea jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat lung collapse. Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

      Siapa yang Berisiko??
      1. Orang yg ada masalah obesiti @ gemuk
      2. Perempuan yg mengandung
      3. Orang yg ada astmatic
      4. Orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi (menjalani operation yg besar, anak2 yg belum cukup suntikan imunisasi,golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
      **Kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

      Simptom-simptom
      Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
      Day 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)
      Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
      Day 4 - Sakit dada yg teruk. Jumpa doktor dengan segera
      Day 5 and above - Lung collapse @ koma

      Langkah2 kawalan
      1. Golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
      2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
      3. Elakkan diri jika terdapat orang batuk, bersin dan kurang sihat
      4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
      5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai mask (sekurang2 nya 3 ply mask)
      6. Utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
      7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
      8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk check up kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
      9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
      10. Vaksin hanya akan wujud seawal2nya pada Oktober dan hanya utk frontliner sahaja. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
      11. Utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di Malaysia. Mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
      12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH S.W.T agar bala ini cepat berlalu. Amin.

      Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan penyakit berjangkit dr KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

      Petua - H1N1

      Hi lovers,

      Just received an email from my collegue. So Lyn nak share information ni ngn anda semua :)

      Pertama

      Salam.....
      Saya baru balik dari Thailand. Saya ke Pulau Temelang dan Ban Tun. Apa yang saya nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit H1N1. Bahan2nya adalah :-
      1. Air Kelapa

      2. Kurma

      Cara-caranya

      1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk
      2. Tuang air kelapa

      3. Biar sejam hingga dua jam
      4. Minum air kelapa dan makan kurma tersebut.

      Kedua

      Saya ingin berkongsi maklumat / tip yg diperolehi drpd Ustaz Fauzi Mustafa di dlm radio RMKL pg td bg mengindarkan diri kita terutamanya anak2 drpd terkena penyakit H1N1. Usahakan salah satu drpdnya..

      1. Baca Bismillah dan tiup pd air dan masakan yg disediakan
      2. Makan madu lebah asli
      3. Makan buah tamar
      4. Makan kismis
      5. Makan buah delima
      6. Minum air kurma
      7. Makan Habbatus Sauda
      8. Makan buah Tin

      Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Same2 lah kita berusaha. InsyaAllah..

      7 Dont's After A Meal

      1. Do not smoke after a meal. Experiments from experts prove that smoking a cigarette after a meal is comparable to smoking TEN cigarettes (Chances of cancer are higher).

      2. Do not eating fruits immediately after meals. It will bloat your stomach. Therefor have your fruits one or two hours before or after your meal.

      3. Do not drink tea after a meal as tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the protein content in the food we consume to be hardened , making it difficult to digest.

      4. Do not loosen your belt after eating. Loosening the belt after a meal can cause intestinal problems.

      5. Do not bathe after eating. Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thereby causing the amount of blood around the stomach to decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.

      6. Do not walk after meal even though you have heard people say that after a meal, walking a hundred steps will make you live till 99. Walking immediately after a meal will make it difficult for digestive system to absorb the nutrition from the food we eat. Wait at least an hour after your meal and then walk if you want to.

      7. Do not sleep immediately. The intake of food will not be able to digest properly thereby leading to gastro-intestinal problems.

      For Your Health

      Health - Important Tips.
      • Answer the phone by LEFT ear .
      • Do not drink coffee TWICE a day.
      • Do not take pills with COOL water .
      • Do not have HUGE meals after 5pm.
      • Reduce the amount of OILY food you consume.
      • Drink more WATER in the morning, less at night.
      • Keep your distance from hand phone CHARGERS .
      • Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
      • Best SLEEPING time is from 10pm at night to 6am in the morning.
      • Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
      • When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.