5 Kaedah Mudah Atasi Stress

1. Lakukan aktiviti luar dan rekreasi

Salah satu langkah yang paling elok dan baik untuk menghilangkan stress adalah dengan melakukan senaman. Ini menurut kajian daripada US Medical Research. Kita ini kadang-kadang tu jarang sangat untuk melihat dunia luar. Kita tak perasan sebenarnya yang kita ni asyik terperap aje kat dalam rumah.

Lagi-lagi yang telah bergelar suri rumah. Khususnya yang sepenuh masa. Dua puluh empat jam menghadap periuk, kuali, penyapu, atau paling-paling jauh pun mungkin melihat rumah jiran sebelah. Itu pun ketika hendak mengangkat jemuran barangkali.

Maka, lakukanlah aktiviti rekreasi sesekali itu. Seeloknya lakukan lah di waktu pagi. Waktu petang pun bagus. Kalau boleh setiap hari, lagi elok.

2. Ketawalah semampu mungkin.

Ketawa saja, mudah kan? Anda ketawa sebanyak dan semampu yang mungkin, anda akan hilangkan segala stress dan semua masalah yang sedang melanda. Tak kisahlah orang nak cakap awak ni gila. Yang penting awak happy. Yang penting kita bebas daripada segala kemelut yang menghimpit kita.

Kita sebenarnya bukanlah ada masalah besar sangat pun. Cuma terkadang itu persekitaran kita saja yang menambah-nambah stress yang ada. Ya kan? Justeru, ketawalah semampu anda, tengoklah hasilnya nanti.

3. Bersama kawan.

Nombor tiga ini pun penting. Ya, carilah teman. Pergilah bersama kawan-kawan rapat yang anda rasa dapat menghilangkan segala masalah anda. Ajak mereka keluar. Borak-borak dan sembang dengannya.

Di kala kita sibuk menghadapi tekanan hidup, tengah menghadapi peperiksaan barangkali, kita memang kadang-kadang itu tak boleh lari daripada stress. Ya, itu memang biasa berlaku. Jadi, carilah teman, habiskan masa bersama mereka beberapa ketika. InsyaAllah segalanya akan mudah.

4. Cari punca masalah dan buang jauh-jauh.

Bila kita menghadapi masalah, kita selalu lupa. Kita jarang untuk ingat semula apa sebab kita jadi macam ni. Kita tak sering pun melihat kembali apa punca keadaan stress kita ini. Jangan terlalu ikutkan emosi. Cuba kawal diri. Tarik nafas, hembuskan perlahan-lahan. Kalau boleh duduk, maka duduk. Kemudian, ingat semula punca kesedihan dan stress kita. Atasilah dengan cara yang terbaik.

Kalau kawan yang menjadi punca stress kita, anggaplah bahawa kita pun juga selalu berbuat silap pada mereka. Kalau adik kita yang buat kita jadi stress, anggap aje yang kita pun dulu sering membuat stress kepada kedua orang tua kita. Belajarlah untuk mengawal diri. Anda pasti berjaya.

5. Menjadi pemaaf

Kadang-kadang kita tak selalu ingat yang kita ini pun banyak buat salah pada orang, pada teman dan juga pada kawan-kawan kita. Jadilah pemaaf. Selalu ingat bahawa bukan kita sahaja yang berhadapan dengan masalah. Bukan kita saje ada problem dalam hidup. Semua orang ada. Kalau kita rasa masalah kita tu dah besar sangat, macam mana pula dengan ketua-ketua negara ketika ini. Bagaimana pula dengan perdana menteri yang nak menguruskan satu Malaysia.

Itu tak termasuk ketua-ketua bagi persidangan besar dunia yang lain. Jadi ingatlah, semua orang ada masalah. Bukan kita saja. Masalah ni selalunya nak menguji kita, kita kuat atau tidak. Sebab tu ramai orang berjaya mereka telah lali dengan ungkapan stress ni. Stress ni tak ada dalam kamus hidup mereka. Nak berjaya, mereka mesti akan bergelumang dengan suka, duka, stress dan segala rencam masalah, barulah berjaya.

Maka itu anda semua, jadilah kita pemaaf. Maafkanlah saja sesiapa pun yang menimbulkan kemarahan dan kesedihan kita. Moga suatu hari nanti Allah akan mudahkan urusan kita pula di kemudiannya.

Senyumlah, InsyaAllah kita akan bertambah ceria…

[credit to source]

4 comments:

Legasi Piston Pecah said...

yup..betul semua tips tu.

Lyn Yusoff said...

Legasi,
mari kita sama2 pratikkan nyer.. :)

abma said...

S Sana salah sini salah
T Tu tak betul ini tak betul
R Rugi sana rugi sini
E Entah bila nak settle
S Sampai kesudah macam tujelah
S Silap-silap makin teruk

Ahaakkss..

abma said...

S Sana salah sini salah
T Tu tak betul ini tak betul
R Rugi sana rugi sini
E Entah bila nak settle
S Sampai kesudah macam tujelah
S Silap-silap makin teruk

Ahaakkss..