Hi everyone!!!
At the moment, persiapan untuk kenduri dah hampir siap. Alhamdulillah, dari pagi membawa ke petang segala persiapan berjalan dengan lancar. Bab pergi pasar, memotong ayam & sayur, memasak semua kami anak beranak jer yg buat. Tak payah nak susahkan org lain.
Maklumlah, adik beradik ramai.. mak pulak terror memasak, so tak payah lah nak panggil tukang masak segala. Ahli keluarga sendiri dah ramai kan. So bergotong royong sesama ahli keluarga jelah gamaknya. hehehehe.Kenduri ini adalah kenduri tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah pulang ke Rahmatullah sekaligus menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi. Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Next month jer kan..Kenduri akan diadakan selepas solat Isyak malam ni di kediaman kakak Lyn. Bersebelahan jer dengan rumah my mum. Semoga segala2nyer berjalan dengan lancar. Amin…
Btw, tu lah sedikit buah tangan untuk tetamu yg datang malam ni selain jamuan makan malam. Lauk2 kampung jer. Tapi yang pastinya ada ayam masak merah. Our favorite. Tanyalah sapa2 pun. Heheheh.
Teringat lagi kisah 2 thn lepas kalau tak silap Lyn, sampai Tok Imam pun mintak tapau ayam masak merah. Lauk lain dia taknak. Boleh cam tuh??? Tapi kita bekalkan lah orang masjid berkat untuk mereka.
Rezeki lebih, kita kongsi bersama. InsyaAllah, mendapat ganjarannya kelak.. Amin..
So kengkawan..
Have a nice weekend!!!
2 comments:
amin..semoga rezeki btambah murah apabila dkongsi dgn org lain kn kak..
Lieza,
InsyaAllah... ada rezeki lebih kita kongsi bersama..
yg penting... ikhlas..
Post a Comment