Kenduri Tahlil

Alhamdulillah, kenduri tahlil kat rumah selepas Isyak semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan. Lyn fikir sure ramai yg tak dapat hadir. Yelah… hujan2 cam gini manelah ade org nak keluar rumah pun kan.

Tapi, hujan yg pada mulanya lebat semakin berhenti selepas Azan Isyak. Tok Imam, ahli jemaah masjid & org kampung mula mengisi ruang rumah kami.

Dimulai dengan kata2 aluan oleh my big brother yg sulung, kemudian di susuli oleh Tok Imam. Bacaan Al-Fatihah dipermulaan majlis kemudian diikuti oleh Bacaan Yaasin, tahlil dan doa untuk kaum keluarga kami yang telah kembali ke Rahmatullah.P1040520 P1040522P1040518Suasana hiba menyelubungi ahli keluarga kami apabila doa dibacakan untuk mereka yang telah menghadap pencipta Nya.

Ya Allah, kau cucurilah Rahmat ke atas roh mereka & tempatkan lah mereka dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin

Jamuan dihidangkan untuk tetamu yang hadir. Ada ayam masak merah, masak lemak rebung, sayur goreng, ikan kering, ulam2, kuih-muih dan air sirap. Pic Lyn tak sempat nak snapped sbb sibuk melayan tetamu. Lyn kena in charge tetamu perempuan. So just snapped mana2 yg sempat jerlah. hehehe

Tetamu beransur pulang lebih kurang jam 11pm. Tapi kami sekeluarga still lagi duk berkemas untuk clear kan kawasan rumah. Adik beradik semuanya pulang around 1am.

Selesai je berkemas, masing2 masuk rumah & kebabommmmmm…

Serious penat woo. Nasib baik lah buat kenduri Saturday nite, next day boleh rest. Klu buat kenduri hari Ahad mau pengsan dibuatnyer. hhehehehe

3 comments:

Dee said...

itu baru kenduri tahlil kan..kalo kenduri kahwin lyn..pengsan x? hahaha..

Ayu Zuraida said...

salam perkenalan..

ayuzuraida.blogspot.com

Lyn Yusoff said...

Dee,
betul tu kak dee
klu kenduri kawin mau pengsan n berminggu gak nak habis letih nyer.. hehehehe

Ayu,
Salam perkenalan untuk anda :)