Around 7.30pm we oll sume dah bersedia. Dalam ati ni berdebar-debar rasenya. Alhamdulillah semuanya terkawal. Ade briefing skit oleh Dafi, Ray dan Lyn kepada VID2 yang terlibat. Semuanya lawa-lawa belaka. Perempuan dengan baju yang pelbagai fashion. Masing-masing melaram bagai nak rak. Haruslah vogue kan. Yang lelaki pun ape kurang nya, berbaju melayu lengkap dengan songkok dan samping. This is 1st time tengok dorang ni berbaju melayu lengkap. Punya lah hensem..hehehehe..
Sedondon....
Sessi awal tu we oll mulakan dengan sessi bergambar untuk sume VID. Maklumlah bila majlis berlangsung tak sempat plak nak amik gambar kan. Peluang tu lah yang digunakan sebaik mungkin.
with Ray
bersama-sama dengan Mr. President DFC - Ray..
Sedang we oll rancak bergambar, dari jauh kelihatan para jemputan sudah mula datang. Kami dengan rase gembira menyambut mereka dengan penuh senyuman. Majlis yang sepatutnya bermula jam 8.30pm terpaksa kami tunda sebagai menghormati azan Isya'. Kehadiran para tetamu memang di luar jangkaan kami. Walaupun sibuk menyambut para tetamu, sekali skala nak gak bergambar. Yelah bila lagikan.. dengan pakaian yg sedondon tu kenalah bergambar.. hehehehe..
with my luvly brothers.. Joey, Fendy n Megat...
Lebih kurang 26 orang wartawan yang hadir. Antaranya dari Karangkraf, Mingguan Wanita, Pancaindera. Lagi ape ye.. tak ingat sangatlah. Thanx so much. Yang paling penting, YB Dato' Ismail Sabri dan Datin Muhaini turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak kesayangannya itu. Thanx juga kepada dafinites yang sudi hadir, keluarga ASDAT, Sir Najmi dan lain2 gaks. U oll memang Baik Punya..!!
Pembukaan majlis kami mula kan dengan bacaan pantun oleh Lyn dan Azim. Sebaik saje kami abis membaca pantun, mercun dibakar oleh Fendy. Waahh2.. terkejut dibuatnya. Nasib baik akak tak melatah. Kemudian diikuti dengan Takbir Hari Raya. Sebak hati Lyn masa tuh. Teringat kat arwah abah tercinta. Lepas tu kami di sajikan dengan lagu hari raya sementara kanak2 bermain bunga api di sekeliling rumah.
Bersama-sama Azim mengacara segmen rumah terbuka kami
Apelah yang digelakkan oleh Azim tuh.. ade ape2 yg tak kena ker??
Yang lain nya pada majlis ni, semua VID berpeluang untuk mengacara segmen masing-masing dengan tajuk yang tersendiri. Lyn digandingkan dengan Azim dan tetamu kami adalah Myra & Ayyum. Berbual mengenai persiapan raya itu semestinya. Gelak ketawa dan usik mengusik diselang selikan dengan tajuk perbualan kami. Kalau tak mesti tak meriah nanti. We oll juga berpeluang menyanyi bersama-sama. Lagu "Pulang Di Hari Raya" yang dipopularkan oleh Nor Kumalasari menjadi pilihan kami. Masing-masing tunjuk bakat terpendam. Nasib baik tak ujan.hehehehe..
Alhamdulillah cuaca malam tu bagus skali. Seolah-olah merestui majlis kami. Majlis yang berlangsung seawal 8.30pm berakhir kira-kira jam 10.45pm. Sessi bergambar bersama Dafi diadakan selepas itu untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir. Lyn dan Azim pun tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama DAFI..hehehehe
with DAFI.. AJK Perancangan, Perlaksanaan Program dan Aturcara
Lyn sempat memperkenalkan my mum ngan Dato' & Datin mlm tuh. Dato' dan Datin ni memang peramah orangnya. Ucapan terima kasih dan gembira tak putus2 dari bibir mereka yang memuji kami sekeluarga dan VID2 yang terlibat. Terharu Lyn dengan ucapan mereka tu. Thanx Dato' & Datin kerana sudi meluangkan masa tuk program ni.
Para tetamu telah berangkat pulang. Tiba-tiba Lyn ternampak sekumpulan VID dan dafinites sedang menjamu selera. Apa lagi..Lyn joinlah. Semuanya kelaparan, maklumlah semuanya tak makan lagi. Tu yang berselera je masing-masing. Lyn memang tak selera malam tuh. Minum pun dah rasa kenyang.
VID & Dafinites
Gotong-royong membersihkan kawasan rumah kami lakukan selepas makan. Alhamdulillah selesai malam tu jugak. My family pun turut membantu. Lastly Lyn nak mintak maaf lah bagi pihak keluarga jika ada salah silap semasa korang kat rumah Lyn. Thanx to u guyz.. Dafi & VID, Ray, Adam, Kak Amy, Fara, Azim, Lilo, Megat, Safia, Afreeda, Fendy, Nad, Joey. Tak lupa jugak pada volunteer n dafinites yang hadir. Thanx u so much.. Luv u oll, muuaaahhhh...
Letih sungguh malam tu. Walau macam maner pun, Lyn memang gembira sesangat sampai tak terkata. Semakin kurang orang dah masa tu. Sorang2 balik. Lyn pun masuk bilik terus tido tak hingat dunia. Hp berdering.. angkat, cakap n tdo balik...zzzzzzzz...
No comments:
Post a Comment