Salam Ma'al Hijrah 1430
Friendship
Each friend you have is a piece..
Some are on the border..
Some are close to the center...
Each brings out a piece in is that makes us who we are...
Thank you for being an important piece of my life...
Thank a lot guys.. :)
DFC Terbang Tinggi @ Menara KL
Barisan steward & stewardess yang paling meletops mlm tuh...
Cantekker gurls... Luv u guyz.. Muuaahhh..
With Mr. Ray, our Ex-Officio. I like this pic..
With Mr. Moris.. our grooming consultant
Myself with Ajieb from Murai.com, Lilo & Syuk
With Lina Ratu Drama.. came from Singapore.. Rindu bangat same budak ini.
On behalf DFC, Lyn ingin mengucapkan ribuan terima kasih & setinggi2 penghargaan kami kepada Menara KL, KRU Studios, Maestro Talent, Silky for Men, Silky Girl, Walls, Brands, Murai.com, Puan Syarifah, En. Farhan, tetamu2 kehormat, wakil2 media dan wartawan dan juga para jemputan, dafinites yg sudi hadir menjayakan majlis yang gemilang ini.
Thx to VIDs, AIDs - Syukur Alhamdulillah our DFC Terbang Tinggi berjalan dgn lancarnya. In fact, it was a blast. Thx for all support, effort, commitment dan hardwork towards this event. Sorry for all mistakes i'd done. We're such a great team. I had fun with u guyz. Luv u guyz..
Tak lupa pd Moris.. our grooming consultant. sorry lah klu the gurls slalu bergurau ngn u. Mintak tolong u ke sana sini.hehehe. Thx for the idea. Really appreciate it.
For more info please click... http://www.dafi-fc.com/
Sick Again :(
Btw, I was so damn lazy to update my blog. Really malas. Banyak lagi posting tak buat.2 Nanti2 lah. tunggu i betul2 sihat..
enuff said :(
love
Lyn
Turun lagi...
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.
“Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
ps: Harga barang tak turun gak.. pelik.. pelik...
Korban Oh Korban
Majlis bermula seawal 10am menyaksikan beberapa penduduk tempatan menyertai aktiviti korban tersebut. Bermula dengan bacaan doa & takbir hari raya mereka turut dijamukan dengan pelbagai juadah. Hanya seekor lembu sahaja yg dikorbankan dan ianya di agihkan kepada lorong rumah Lyn sahaja.
Menurut Abg Lyn, pihak JAIS telah memberikan 2 ekor lembu untuk dikorbankan. Seekor lagi diberikan kepada pihak masjid bersama2 7 ekor milik penduduk kampung.
Perfume Warehouse Sales
Yang nak tak beli cam Adam tu.. akhirnya beli gak kan. Murah gils uols. U can get the EDP only RM19.00. Can u imagine?? so cheap rite?? Rugi klu tak beli ok..
Lemak Duku..
[ps: Moris jgn jeles ok]
Minyak Turun Lagi..
Majlis Cukur Jambul Nur Khaira Marissa
Segala kelengkapan untuk menepung tawar & cukur jambul
The Marhaban begin
Encircling around the living room and she’s falling asleep
My mum menepung tawar cicitnya..
My sis aka Kak Lang.. her nenek
My sister in law, Kak Long
She must be tired... Asyik tido je kan...
Kisah Lelaki Tua Bersama 3 Org Anaknya
Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. Jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung, raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben.
"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis.
"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.
"Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap." Lalu Amsal menjawab,
"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang ke rahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur). Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima.
Kimono Dress
Program Berkhatan Anjuran Ahli Majlis MPP Zon 15
Majlis berkhatan bermula seawal 7.30am melibatkan lebih kurang 36 org kanak2 berumur lingkungan 8 hingga 11 tahun dari sekitar kawasan setempat. Ini adalah salah satu acara yg diadakan secara besar-besaran selain Jamuan Hari Raya dan beberapa aktiviti yg lain sebelum ini.
Kanak-kanak diarak ke sekeliling kampung dengan menaiki lori. Sebanyak 3 buah lori disediakan untuk membawa kanak2 ini. Kalau korang nak tau, 2 org anak saudara Lyn pun turut menyertai majlis berkhatan ini.
Mereka semua kemudiannya dibawa ke perkarangan Masjid Al-Muhsinin Kg Sungai Kandis sebelum berarak bersama2 keluarga dan org ramai menuju ke Dewan MBSA.
Antara kanak2 yang menyertai program berkhatan beramai2 ini. Pada Lyn, saiz badan mereka ni sume kecil2, tpi semangat mereka ni mmg kuat.
Seterusnya perasmian Pusat Khidmat/ Dewan Ahli Majlis MPP Zon 15 oleh Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar
Guest of honour : Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar, Y.B. Dr. Mariah Mahmud, Y.B. Tuan Shuhaimi Hj. Shafie & Y.Bhg. Tuan Mazalan Md. Noor
Majlis tersebut di teruskan dengan penyampaian duit sumbangan & kain pelikat kepada kanak2 yg terlibat. Suka dorang ni dpt duit kan.. hehee
Group photo
My bro bersama hero2 nya.. Mohd Syamil & Mohd Syahmi
Kanak2 disiram dengan air semburan pili bomba yg dimulai oleh Y. B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar dan dibantu oleh pihak bomba sendiri. Best wooo dpt main air..
Majlis diserikan dengan paluan kompang "Jawa'.
Kumpulan Marhaban Perempuan Kampung Sungai Kandis yg diketui oleh Puan Hajjah Muinah [teman mengaji my mom]. Asyik sungguh kami mendengar alunan marhaban ini. Sungguh merdu.
Majlis diteruskan oleh Kumpulan Marhaban Lelaki Kampung Sungai Kandis yang di ketuai oleh Tuan Haji Sujjud [kawan baik my late father]
My nephew menunggu giliran masing2. Kanak2 telah diberikan no. giliran seminggu sebelum majlis diadakan. Ibu bapa diwajibkan hadir pd majlis tersebut untuk mendapatkan no. mengikut sistem undian. Si adiknya muka cuak smacam jer. Tapi abang nya serious mcm hero. Sampai tak sabar2 nak berkhatan. Kelakar dibuatnya. tengok tu sempat berposing lagi..heheh
Muka kanak2 yg sudah berkhatan sejurus keluar dari bilik tersebut. Macam2 gelagat yg Lyn perhatikan. Ada yg cuak, ada yg menangis, ada yg selamba jer. Kami yg menunggu diluar bilik akan bertepuk tangan beramai2 sekiranya kanak2 ini keluar sbgi memberi semangat kepada mereka. Sebagai menghormati anda semua, Lyn tidak akan menunjukkan pic2 semasa proses berkhatan. Pic itu adalah simpanan pihak Abg Lyn sndiri.
My luvely bro. Luv both of u..