Korang kenal ker kuih abuk-abuk ni?? Kalau tak kenal, meh Lyn tunjukkan meh. Hehehehe…
Sebelum tu Lyn tunjukkan mcm mana nak membuatnyer.. Senang je. Bukan lah Lyn yg buat. My sis, Kak Teh yang buat. Tapi my sis, Kak Ngah yg mengidam. Orang lain mengidam, orang lain yg tolong buatkan. hehehe. Saje nak manja2 dgn adiknya bila sesekali balik kampung. Hehehehe.
Bahan-bahannya :-
Sagu biji [hendaklah di rendam dulu supaya ianya lembut], kelapa, gula pasir & gula perang/ gula melaka. [klu dapat gula melaka lagi kaw]
Campurkan sagu biji, kelapa parut & gula pasir, dan gaulkan sehingga sebati
Yang sebenarnya, kuih abuk-abuk ni sepatutnya dibungkus dalam daun pisang. Disebabkan malas nak membungkus, kita kukus terus dalam loyang. Senang. Prosesnyer tetap sama. Just kita lapik loyang tu dgn daun pisang. Supaya wangi jer. Lapisan pertama, kita letakkan sagu putih yang telah digaul tadi. Kemudian, lapisan kedua.. letakkan gula perang. Kitorang pakai gula perang jer. Cari gula melaka takda plak kat kedai. Tu yang kurang kick tuh.
Then, lapisan yang terakhir kita letakkan sagu biji yg telah digaul tu sekali lagi. So kat sini dah jdi 3 lapisan.
So sedia untuk dikukus. Masa kukus ni pandai2 lah kita agak2 erk. Bila dah lembut dan masak tuh. Boleh lah kita angkat. Dan hasilnya….
Taraaaaaaaaaaa….!!!!
Macam ni lah bentuk kuih abuk-abuk tu. Tapi klu bungkus dalam daun pisang ianya akan berbentuk 3 segi, mcm kuih koci tuh. Di sebabkan kukus dalam loyang, camni lah rupanyer. Tapi rasanya tetap sama. Lembut. Lyn mmg suka makan sagu biji tu. Kenyal jer. hehehehe
Lyn mmg suka betul dgn kuih abuk-abuk ni. One of my favorite. Klu bagi berketul2 mmg habis jer. Heheh. Tapi nak tgk org jual kat pasar2 mmg takde. Terpaksalah buat sendiri. Ni pun, Kak Ngah yg teringin nak makan. Boleh lah kita tumpang sekaki. Hehehe.
Kuih abuk-abuk, menu minum petang dihari ahad bersama teh O panas.. Yummmy… yummmyyy.. :)
No comments:
Post a Comment