Lepas je check-in hotel, sempat gak lah kitorang layan satu drama kt TV3. Tajuk ‘Ketentuan’. Sedap gak cerita tuh. Insaf bila tgk cerita yang bila mana anak daranyer lupa daratan bila dah berkahwin dgn org kaya. Nauzubillah. Jauhkan lah kita daripada benda yg mcm ni erk. Biarlah hidup senang sekalipun, tapi jgn lupa keluarga & lupa daratan. Kelak murka Allah.
Sambil layan TV sambil online. Internet laju sokmo kan. Sempat lelap jap. Tapi perut berbunyi2 mintak diisi. Tanya Yaty mane tempat makan menarik, hampeh budak ni tak tau. Bkn dia tau sgt pun. hahaha. Lyn ingat nak pergi Kota Laksamana nak pekena asam pedas. Tapi tak tau siang2 buta ni buka ke tak. Sbb ari tu Lyn pergi malam. Last2 ke MP gak akhirnya. Sedeyyyyyyyy
We settled in The Chicken Rice Shop. Ermmm… kt sini pun ada kan kawan2. Dah tak tau nak kemana, kat sini saja kita melantak. Aku dah pening sbb lapar giler. Sini pun sini lah. Janji perut berisi. Lama gak Lyn tak makan kat Chicken Rice shop ni. Agak2 dlm 3 thn kot. Lama kan.
Actually, kitorang nak order single chicken set. Tapi waitress ni punya peramah sampai dia recommend kan kitorang another set yang kira jimat gaklah. Actually sama je dgn single set tuh, tapi ade additional a few menu. Layan jelah. Janji perut kitorang kenyang.
Ni dia muka org yang lapar termasuk Lyn gak lah. Dalam pada lapar tu sempat gak lah duk menyengih. Time ni mmg tak ramai orang, bila kitorang masuk, ramai plak hamba Allah berduyun2 masuk. Mmg muka rezeki kan kitorang ni. Ecehhhh.. perasan disitu. Hehehe.
Full set of our menu. Chicken rice, chicken roasted, pie, meat ball soup, green vegetable & 2 of soft drinks. Tapi chicken grilled with butter lambat plak sampai. Kena tunggu lagi 10 minit. Aiyoooo.. masa order tak cakap pulak dik woii. Bila hantar baru nak ckp erk. Kenalah tunggu. Kitorang ni makan lah slow2 sementara nak tunggu chicken grilled with butter tu sampai. Sampai nasik dah nak licin baru sampai ko. Sabar jelah.
Ok kita makan sampai kenyang, sbb lepas tu sure tak makan heavy lagi. Ingat mlm tu nak melepak kat Dataran Pahlawan or mane2 lah. Ikut mane kaki ni berhenti. Hehe
Lepas makan, we headed again to hotel. Ater nak rest2 jap, tgk2 tv sebelum bermula aktiviti di malam hari. Gitulah aktiviti kitorang. Keluar masuk, keluar masuk bilik hotel. Dahlah kat hotel tu naik tangga saja. Level 2 je kot. Tu yang naik tangga cam org mengah. Tu lah klu org kurang exercise. Naik tangga skit dah mengah. Hape lah ko Lyn. Very the mak2 kan.. :D
2 comments:
tangga pn tangga lar yerk..
asal jgn di langgar tiang kt tengah2 tangga tue sudeeehhhh..
huhuhu..
=)
Yaty,
bahaya tul tangga tuh..
klu tak kena gaya berjalan, mmg leh terhantuk... hahhaha
Post a Comment