Ermmm sila percaya yer. Memang dia ada masa zaman abg2 & kakak2 Lyn lagi. Panjang kan jangka usia dia. Mmg dari dulu setia berkhidmat untuk kami sekeluarga. Setiap sejam akan berbunyi kuat mengejut kan kami sekeluarga di rumah. Mmg kami sekeluarga membesar bersamanya.
Lately ni badan dia mcm tak function sgt. Selalu setiap jam dia akan berbunyi. Ni tak pulak. Suka hati dia nak bunyi bila. Kadang tu kiraan pun tak betul. Klu pukul satu sure lah bunyi sekali, ni kekadang sampai 4 kali. Hahaha. Padahal pukul 1 tuh. Tukar battery pun tak boleh jugak. Sekejap ok, sekejap tak ok. Pusingan nya pun tak mcm selalu. Lemah & tak bermaya langsung.
Tiba masanya ia perlu di ganti. Maklumlah usia nya pun dah tua. Org pun, makin berumur makin tak sihat. Ini kan pulak barang. Sure lah ada jangka hayat. Ni pun dah kira lama sgt dah ni. Cuba beli jam dinding skrg ni. Berapa lama boleh tahan? 5 tahun?? 10 tahun?? Brg skrg bkn thn lama sgt pun kan.
Akhirnya kami sudah ada jam baru. Jam lama ni tak kami buang pun. Simpan elok dlm almari kaca buat kenangan supaya tiap kali melihat dia, kami akan sentiasa ingat jasa dia. Tapi yg tak syoknya, jam baru ni takde bunyi. Rasa mcm lain sgt. Rindu plak dgn bunyi dia. Cari dah jam yg berbunyi, tapi takda. For temporary gunalah dulu. Kot2 jumpa jam yg berbunyi, boleh lah beli lain. hehehe
4 comments:
next time kena beli jam yg keluar burung atau ayam setiap jam tu... kalau rosak boleh tangkap ayam kat reban belakang rumah tu... hehehehe
salam kenal salam singgah
Najib,
Hehehe.
eh ada lagi ke jam mcm tuh.. tak pernah jumpa pun lagi.. hehehe
Salam kenal :)
Lyn, dah beberapa kali komen baru akak perasan - napa entries Lyn takda tajuk ni?
Tengok muka jam ni teringat jam di rumah pusaka arwah abah. Sebiji macam ni bentuknya tapi takdalah bunyi pulak. Jarum jam terhenti pada saat arwah abah akak pergi menghadap Ilahi. Besarnya kuasa Allah. Tuannya pergi, ia pun berhenti berjasa. Masih tergantung di rumah lagi sambil menunjukkan pukul 1.15. Uhuh, sedih pulak!
MD,
takde tajuk??
ok jer ni.. pc akak lah kot..
alahaiii kak.. sedihnya baca komen akak ni.. takpelah kak. buat kenangan kan.. simpak elok2
Post a Comment