Mar
10
2015

Lawak Jenaka

Dua2 Curang

Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana, yang juga merupakan isteri orang.

Ana : "Abang Mie... Jom la datang rumah, saya rindu la. Lagipun suami saya pergi keluar negara tadi.."
Helmi : "Baiklah malam esok abang pergi tau, nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."
Ana : "Oh ya, sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu ye. Abang tahu kan saya suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit, isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"
Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal, apa saja saya sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting dan dipejabatnya. Helmi telah mencukur misainya sampai licin.

Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya isterinya sudah tidur. Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur.. Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan dan berkata...

"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi suami saya akan pulang..!!"


Sakit

Satu hari, Mak Andih berjumpa doktor sambil menangis teresak-esak tak berhenti-henti

Doktor: Kenapa mak Andih.. Beria sangat menangisnya ni?
Mak Andih: Waaaa… Mak Andih nak mati la…
Doktor: Eh, kenapa pula?
Mak Andih: Apa kata doktor tengok ni… Bila Mak Andih sentuh mana-mana bahagian tubuh, semua rasa sakit..
Doktor: Sakit sangat ke Mak Andih?
Mak Andih: Betulll.. Adui…. (Mengaduh sambil memegang bahu, kepala dan perut)
Doktor: (Tersenyum sambil memicit tangan Mak Andih) Hmm.. Mana ada.. Ni jari Mak Andih yang patah.. Sebab tu pegang barang semua rasa sakit.


Bye Bye Mak!!

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian dihati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu.  "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "Bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik". "Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. 

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. 

"Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier   tu…..

"Haah???????!!!!". *terkena ko*


4 comments:

rasp said...

Cerita 1 : kantoiiiiii

Cerita 2 : memang kelakar...

Cerita 3 : tipah tertipu tipah tertipu gitu hehehehhehe...

Lyn Yusoff said...

rasp,
hahahaa..
meh gelak sesama sis :))

Mummydearie said...

Sampai hati mak buat 'arwah' anak macam tu. Kesiannya anak dah tertipu. Macam tulah juga dalam dunia nyata sekarang, asal buka cerita sedih jerk orang simpati. Asal simpati jerk, orang ambil kesempatan. Habislah!

Lyn Yusoff said...

MD,
kes naya ni kan
tak baik betul.. ntah2 ada kot yg gini tul tak..