Majlis Tahlil & Doa Selamat

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Seminggu balik dari Port Dickson, kita buat kenduri tahlil & doa selamat. Kiranya kenduri sebelum menyambut puasa. Alhamdulillah, every year we managed to organize the kenduri without failed. Kali ni kita buat hari after Zohor hari Sabtu. Preparation, kitorang dah buat awal2 lagi. Mana yg perlu di beli awal2 kita dah beli dulu. Mcm goodies Lyn dah tempah siap2 sebulan awal. Tak nak nnti last minute, payah.

Balik dari PD kita buat benda yg tak settle lagi jer especially packing goodies. Hari Isnin balik dari PD, kitorang cuti. So time tu lah pulun buat semua benda. Brg2 yg nak di masak, contoh nya blend bawang, potong cili & dsb mmg kita buat awal2. Senang time nak masak nnti. Actually, kitorang adik beradik nak guna catering jer sbb kesian kt my mum nak kena masak nnti. Tapi my mum tak nak pulak. Dia kata thn ni dia masak sendiri. Klu ada rezeki thn dpn baru buat katering. Tapi my mum dah tak masak pun, cuma arah2 kan anak menantu jer yg buat. A day before jumaat tu kita dah sibuk dah. Next day lagi lah sibuk nak kena prepared semua benda sebelum Zohor. But dlm pukul 12pm kita dah siap masak dah. Tinggal nak goreng ayam berempah jer.

Lauk pun simple2 jer. Sambal tumis sotong, kuah dalca, ayam goreng berempah, sayur goreng, ikan kering, lobak asin campur ikan bilis, sambal belaca, ulam2, kuih muih & air.  

After Zohor, Jemaah dari Masjid dah sampai. For sure ada tahlil & doa semua. Settle semua, baru jemputan makan. Ramai jugak jemaah masjid & tetamu lain hari tuh. Alhamdullilah. 

Goodies untuk para tetamu yg hadir. Surah Yaasin, tasbih dan kurma & kismis. Kanak2 kita bagi marshmallow. 

Kenduri berjalan mcm biasa. Masih ramai lagi yg dtg. Tapi kita proceed pulak dgn birthday budak2 ni. Kira belated birthday lah semuanya. Kita mmg ada celebrate kecil2an jer dgn family. Kali ni kita buat sekali harung. 

A simple candy buffet. Theme frozen dek request budak2 tuh. So kita layan jer. 

Yg perempuan oklah kan tema frozen. Tapi Khair kena redha lah yer dik. Kita ikutlah tema dorang. Hihihi. Enjoy the pics guys!! :)







Even simple, yg penting dorang happy. Seronok tgk dorang potong cake ramai2. Yg sambutnya pun Puteri, Nurul & Khair jer. Yg lain2 tu join jer lah sekali. Lyn pun patut ada kat situ. Tapi malas lah dah tua2 ni nak celebrate birthday. Letak cake jer sudah. hehehehe. 

Budak2 suka lah kan duk layan candy atas meja tuh. Rasanya mak2 pun join sekali. Hehehe

Celebrate Mother's day sekali. My mum terkejut gak tu bila cucu2 nya panggil :)

Antara kawan2 Lyn yg dtg. Mereka ni semu kawan sekolah menengah dari Form 1 - Form 3

Majlis kami habis pun dlm 5.00pm. Time tu dah takde lagi tetamu yg dtg. Yg ada pun kami sekeluarga adik beradik yg berborak & bergossip sakan. Maklum lah bila sesekali jumpa tu mmg tak sah klu tak berborak pjg. Seronok.

By 6.30pm kita dah siap clearkan semua sebelum menjelang Maghrib. Tapi biasalah nak mengemas tu mmg ambil masa skit. Nasib baik lah next day Ahad, still boleh rest lagi. Mlm tu mmg settle jugak mengemas. Kitorang plak still boleh stay up sampai midnight jugak. Sambil berborak ramai2. By 1am semua masuk tidur kepenatan. Next day sambung mengemas mana yg tak settle lagi.

Alhamdulliah, our majlis running smoothly. Cuaca pun tak panas terik time tuh. Settled dah semua. Syukur sgt. Dah tak payah nak pikir apa2 majlis lagi before Ramadhan ni. Skrg ni menunggu Ramadhan tiba. In Shaa Allah. 

2 comments:

Mummydearie said...

Itu untungnya bila ada adik beradik ramai. Semua kerja kita galas bersama tak payah susah-susah panggil orang nak rewang bagai. Janji kita bekerjasama, selesai semua tugas!

Minggu depan dah nak puasa. Sekejap betul masa berlalu. Tapi teruja juga bila sampai bulan Ramadhan ni. Kali ni mungkinlah akak berbuka di rumah sepanjang masa sebab mak mertua den maybe datang berpuasa di sini. Mami tu bukan suka pergi makan kat luar, kenalah akak berkorban masak hari-hari!

Lyn Yusoff said...

MD,
Mmg untung kak. Alhamdulillah semua ringan tulang. So tak jadi masalah kat situ.. Seronok bila boleh masak adik beradik ni..

Yer lah kak. dah nak puasa. Oklah tu, jimat duit. Masak sendiri puas hati..