Busy Weekend

Busy with raya open house. 

Have a great weekend & selamat ber 'open house'!!!!


Malam Minggu

Hi LoVers,

Kita stop dulu cerita raya. Next week kita sambung balik. Adalah 2 3 entry masa Ramadhan tak settle lagi. So kita sambung yg ni dulu.

Misi mencari tudung my mum. Patut siang tu Lyn pergi, tapi tak boleh masuk Seksyen 7 tuh. Jadinya terus cancel. Semua org busy shopping. So Lyn terus balik rumah from somewhere. Pagi tu pergi somewhere settle kan apa yg patut untuk diri sendiri & my niece. Balik rumah terus. Sempat lah lelap sejam dua. Janji dgn my nephew ajak dia pergi malam tu naik motor. Senang. Tak lah jammed. Tapi, Lyn bkn berani pun nak naik motor. Tapi kugagahkan jugak demi my mum.

Tapi lepas berbuka, my nephew (abgnya) sorang lagi offer nak bawak pi naik kereta. Senang skit. So pergi lah kitorang. Bkn kitorang berdua jer, yg lain2 pun join skali. Pantang dorang ni. So mmg jammed yer nak masuk Seksyen 7 tu even dah pukul 9pm. So dlm keadaan jammed kat dpn Gulatis tuh, Lyn & my nephew sorg lagi turun & jalan kaki pergi beli tudung my mum. Biar kan dorang mengharungi jammed & cari parking. So berjalan lah kitorang berdua ke Kedai Ustazah. 

Tempat fav my mum klu nak beli tudung. Tudung dia mmg cantik2 & labuh2. Tgh pilih2 budak2 ni dtg. Kemain havoc kedai tu dibuatnya. Mcm2 design di suruh beli kan untuk neneknya. Suruh nenek nya bergaya di hari raya katanya. Settle dgn my mum punya tudung kitorang meninjau lah semua butik yg ada kat situ. Sempat lah Lyn rembat dua helai baju. My niece pun sama. Dorang klu shopping kemain. Mengalahkan org yg dah kerja :)

Tak terus balik yer. Budak2 ni mengepaw auntie nya. Dorang mmg begitu lah. Layan kan jer. Kata auntie nya byk duit. Lyn amin kan saja. Alhamdulillah. To be honest, Lyn bab makan2 ni mmg tak kedekut lah. Belanja jer. 

Selfie dgn budak 'demuk' ni sementara dorang pergi order. Oh Ramadhan hari tuh, si Puteri ni nampak kurus. Maklum lah puasa kan. Penuh yer

Ini lah dia anak2 buah saya. Dua lelaki tu Abg Puteri yg sulung & kedua. Kemain korang happy yer selepas mengepaw mak cik nya. Over :)

Habis dorang makan. Padahal lepas berbuka tuh. Lyn tak order apa pun. Cuit2 makanan dorang jer. Tak boleh dah nak masuk. Sengkak perut dah.  Dorang ni bkn reti kenyang, selagi ada makanan dpn mata, dorang makan jer.

By 12am kita balik. Dah mengantuk dah memasing. Nnti nak bgn sahur lagi. Tu lah jalan2 misi mencari tudung & sessi mengepaw :P


Before Syawal

Hi Lovers,

I'm still down with fever. Semalam pergi klinik dpt 5 jenis ubat & MC. Bad cough, sore throat, headache & flu. Mmg betul2 in package. Today, I'm working as usual. Klu tak ok lagi, nak mintak balik & rest kat rumah. 

Ok, just want to share about my outing. Night outing with my bff. It was last minute plan. Siang tu WA, terus on. Ni pun jumpa after berbuka ater masing2 nak berbuka dgn family dulu. Mlm terus jumpa kat Misscafe & Shoppe kat Bukit Jelutong. The owner penyanyi 80an or 90an kot. Ramziela. Klu tak kenal sila Google. hehehe. Masa sampai tu, dah nampak dah dia, tapi boleh tak selfie, then sampai ke sudah tak nampak dah dia. Maybe dah balik kot. 

Nak share ape kitorang makan kat situ. 


Bubur & lauk pauk

Fish & chip

Meatball. Kwn Lyn kata lagi sedap dr ikea

#bff #friends

Ape yg kitorang makan, semua sedap2. Mmg puas hati lah. Kena dgn tekak masing2. Price pun reasonable. Tak lah mahal sgt pun. Korang try lah nnti. 

Ini perjumpaan sebelum Syawal lah kononnya. Nak tunggu raya ntah bila. So far belum lagi beraya rumah dorang lagi. Maklumlah masing2 busy. In Sha Allah this weekend baru nak beraya dgn dorang. Actually, ada lagi sorang kawan Lyn. Tapi disebabkan dia dtg lambat, terus terlupa nak snapped pic berempat. Sentap terus dia dlm FB. hahahhaa

Biasalah klu jumpa story memanjang. Ada jer gossip & mcm2 cerita kitorang ni. Tak sah klu takde cerita. Masing2 kepochi. Wlupun kepochi, Lyn ttp sayang dorang. 

Lepak sampai 10.30pm sblm org halau. hehehe. 


Syawal 1436H : First Syawal

Hi LoVers,

Salam 11th Syawal.

Hari ni baru nak update pasal 1st Syawal. Maklumlah mood takdo. Ini pun cerita light2 jer. I'm not feeling well. Diserang demam semalam. But gigih jugak nak update. Hehehe.Tahun ke 10 beraya tanpa Arwah Abah. Huhuhu. Sedih. Biasalah tiap kali dgr takbir raya, sure lah meleleh ayoq mata. Tak boleh tahan dah. 

Sehari sebelum raya semua adik beradik Lyn dah cuti. Siang tu berkampung lah masak lauk pauk. Tiap2 tahun mcm biasa jugak lauk raya nya. Mesti wajib ada ketupat, kuah kacang, rendang ayam, kari ayam, kuah lodeh, agar-agar. Pagi raya spt biasa tunggu dorang balik dr Solat Raya. Kita2 kat rumah jer tolong apa yg patut. Mlm raya tu Lyn tidur pukul 3am. Nasib baik bgn awal. Tu pun sbb raya. Klu tak, mau tarik selimut lagi. hehehe.

Lepas semua dah ada, kita bersalam-salaman dari adik beradik sampai lah ke cucu cicit. Time tu masing2 lah meleleh air mata mintak maaf. Biasalah kan rutin setiap kali raya. Pic salam2 byk, tapi Lyn tak tepek lah semua. Buat kenangan family jer. 

Let's scroll!!!

Along's family

Kak Lang's family. My niece & nephew beraya rumah mak mertua masing2. Tinggal lah bertiga jer

Kak Teh's family. Anak lelaki kena kerja pulak first raya

Andak's family (youngest brother)

My sis's family. Lyn selalu menyelit. Maklumlah... hehehe

My Adik & Husband 

Siblings & in laws. Of course my mum kat tengah. Kak Ngah & Abg Uda takdo. Raya rumah mertua

Cucus & cicits my mum. Baru separuh :)

Family photo #takcukupquorum

Lepas sessi bergambar, baru lah masing2 kelaparan. So ke rumah my mum lah menjamu selera. Biasalah adik beradik Lyn yg dtg sure bwk lauk, tapi tak kira anak beranak, menantu, cucu & cicit sure nak makan masakan my mum. Tak boleh skip langsung. Mcm tu lah tiap kali raya or bila2 pun.

Selesai mkn, baru kita semua ke kubur. Rumah lengang dah time tuh. Actually nak kejar masa jugak sbb lepas tu kan dah nak Solat Jumaat. Time kitorang sampai tu tak ramai org. Bila nak balik, berduyun2 plak org dtg ziarah.

Yer.. dah 10 thn tanpa Arwah Abah & lain2 jugak. Dan setiap kali dtg menziarah, my mum sure taknak balik. Dah faham sgt dah. Duduk lah dia kat sebelah kubur tu, lama. Yelah, suami kan. Mana tak sayang. Settle semua kita balik sbb dah nak tengahari& yg laki2 dah nak siap2 untuk Solat Jumaat. Takde sapa yg dtg time tuh. Tapi lepas Solat Jumaat, ramai2 sedara mara yg dtg. Penuh rumah, silih berganti tetamu nya. Tiap kali raya mmg mcm tuh. Penuh rumah. Mmg tak dpt rehat sampai ke malam. Last tetamu kul 9pm. Baru lah dpt bernafas lepas tuh. Hehhehe.

Raya thn ni, Lyn ala kadar jer. Settle mana yg patut untuk my mum & keperluan kat rumah. That's all. 

Orait, nnti kita sambung cerita ray lagi yer. Bye!!!


Salam Aidilfitri

Hi LoVers,

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries :D

Obviously, I had too much ketupat, rendang and all!! Hope it's still not late to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all of you.

Sorry for all my wrongdoings and may you have a blessed & great celebration with loved ones. Once again, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Kosong-kosong :)


Corat Coret Ramadhan

Hi LoVers,

Mood menulis dgn pjg nya belum mari. So today kita update yg light2 jer. Next week, I will update raya story yer :)

Dua hari sebelum raya, my BIL dah settle kan tang zakat fitrah. Di sbbkan thn ni turn dia beraya kat sini, jadinya agak terlambat jugak lah membayar nya. Takpe, yg penting dah bayar

Thn ni kuih tunjuk2 jer. Pilih, tunjuk & bayar. Niat nak membuat kuih raya tak tercapai jugak thn ni. Dlm mimpi adalah jugak. Yg realiti nya nan hado. Sedih betul. Huhuhu

Ketupat. Wajib ada setiap tahun. Kira tradisi keluarga kami lah. Apalah guna nya raya klu takda ketupat kan. Tak kisah lah nak kena beli daun kelapa or ambil kat kebun, yg penting WAJIB ada. Baru lah puas raya. 

Duit raya untuk anak2 sedara, cucu, sepupu sepapat. Alhamdulillah. Tak wajib pun ada. Tapi ini pun salah satu tradisi raya kita kan. Takda duit raya tak syok lah. Ermmm Lyn pun dpt jugak, walaupun dah sendu.. hahahaha

Hamper from supplier. Ada jugak yg nak bagi masa last day of work. Rezeki2..



Wordless Wednesday #198

Huhuhu :(


Lawak Puasa






Wakakakakaka :DD


Diari Ramadhan 1436H : Day 21 - Day 24

Hi LoVers,

Good morning everyone and Salam 26 Ramadhan. 

Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih rasanya. Minggu ni minggu last kita berpuasa sblm Aidilfitri bakal menjelma Jumaat ni. In Sha Allah. Minggu ni pun ramai yg dah start cuti awal. 

I'm still working till Wednesday. Khamis baru start cuti sampai next week. Company mmg shutdown dari Khamis till Isnin. But I've not decided yet cuti sampai bila. Cuti tak apply lagi. Agak2 boring, masuk kerja awal. Later lah pikir. How's ur raya cuti?? Lama ker?? But mostly ramai Lyn dgr Rabu dah start kerja. 

Day 20

Day 22

Day 23

Day 24

Menu berbuka yg mmg simple. Mood memasak & berbuka pun dah kedaung. Maklum lah dah nak last2 puasa ni. Org menjual pun dah kurang. Masing2 sibuk shopping raya. hehehe. Sahur pun makan kurma & air susu jer. Ermm as usual pun mmg mcm tuh. Ikutkan hati malas nak bangun. Tapi nnti maam besar bising plak. hehehe

Hari sabtu hari tuh, my auntie dah buat munjung. Ini tradisi org2 jawa lah. Dorang dah beri dah lauk raya dan selalu nya awal beberapa sebelum Syawal. Family kitorang pernah jugak buat dulu. Tapi setahun dua jer try. Lagi pun org Melayu tak buat aktiviti munjung2 jer. Ater terikut my auntie lah kononnya. Hehehe. Tapi penat lah. Penat dua kali. Sbb masak munjung sekali & masak untuk hari raya sekali. So better kita penat sekali a day before raya nnti.

So korang dah siap shopping raya. Still got time ni before balik kampung. Shopping last minute katanya. hehehe. 

Oklah, selamat berkerja. Jangan malas2 walaupun mood sudah kelaut. hehehe


Weekend Shopping

Hi LoVers,

Salam 23 Ramadhan. 

Next week di hari Jumaat yg mulia, In  Sha Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tapi tak mau ckp lebih2, sbb kita masih berbaki beberapa hari lagi untuk berpuasa. Hehehe.

This weekend is the last weekend before Hari Raya next week. Sure weekend ni ramai org yg turun shopping. Kt PWTC sana pun ada Mood Republik. Tapi for sure I didn't go. Tak kuasa nak bersesak2 kat sana. Baik shopping kat sini2 jer. Aman skit.

This week, misi mencari mcm2 benda before raya. So kena make sure dpt sbb Lyn malas nak keluar lagi kemana lepas ni. Sure jammed tak hingat nanti.

Ok korang, weekend ni shopping mane? Klu jumpa tegur2 lah yer :)

Have a great weekend & happy shopping!!!!

[Pic, credited to Google image]


Diari Ramadhan 1436H : Day 17 - Day 20

Hi LoVers,

Salam 22 Ramadhan yer semua.Tinggal beberapa hari jer lagi kita berpuasa. Next week In Sha Allah kita dah raya. 

Persiapan raya?? Lyn biasa2 jer. Mcm Lyn ckp hari tu, settle kan my mum dulu. Weekend ni baru nak cari apa2 yg patut untuk diri sendiri. Adalah skit nak carikan untuk my mum. Tudung dia tak dpt lagi. Ater baju raya baru ambil semalam. So kena tgk warna baju, baru lah senang nak carikan tudung. Kena lah match gitu. Lain2 semua dah siap untuk dia.

Kuih raya pun main tunjuk2 jer. My sis settle kan kuih moden. Lyn plak bab kerepek & kekacang. My adik settle kan asam2. Kuih raya pun beli skit jer, tapi anak cucu my mum pun bagi. So makin byk lah. Rezeki2. Mcm tu lah tiap2 thn. Alhamdulillah.  

Mood berbuka yg heavy mmg dah kureng. Ermmm bukan hari2 pun mcm tu ker? Hahahha. Takde beza pun.

Day 17

Day 18

Day 19


Day 20. Up dgn laksam. Sedap.

Thn ni mcm thn2 lepas jugak. Dpt merasa semua mknn yg betul2 teringin. Mcm Lyn laksa, nasi kerabu & laksam mmg tak pernah miss. Seminggu tu sure 3 or 4 kali mesti repeat. Bkn senang nak cari mknn belah2 kelantan kat area sini. Tapi yg ni mmg kena dgn tekak memasing kat rumah. Actually 1st pun rasa nasi kerabu & laksam awal2 Ramadhan dulu. Beli pun sebungkus jer sbb nak rasa. Klu tak sedap tak yah beli lagi. Tapi yg ni mmg sedap. Tu yg duk repeat tu. hehehe

Sahur pun simple jer. Tapi lately ni mcm malas jer nak bangun sahur. Tapi tak boleh plak. Kang maam besar bising. Maklum lah kitorang dah di latih dari kecik2 kena bgn sahur. Klu arwah Abah ada sure dia bising sapa2 tak bgn sahur. Dia kata dlm sahur ada keberkatanNya. So elok lah bgn walaupun hanya dgn segelas air. 

Oklah byk plak membebel kali ni. Nak tidur dulu. Daaaaaa.... *auto-published entry as usual*


Wordless Wednesday #197



Diari Ramadhan 1436H : Day 13 - Day 16

Hi LoVers,

Salam 20 Ramadhan. 

Ya Allah, dah 20 Ramadhan rupanya. Serious tak sedar. Rasanya mcm baru jer puasa. Puasa kali Alhamdulillah. Time kerja mmg tak rasa sgt. Tau2 dah time balik jer. Klu weekend, aduhaiii mmg letih sungguh sbb tak buat apa. Takkan nak tidur seharian suntuk kan. Makruh pulak. Sbb time weekend mmg tak keluar pun. Tu yg letih semacam tuh. Plus dgn cuaca yg panas. Dugaan sungguh.


Day 13

Day 14

Day 15

Day 16

Tak ada apa nak tunjuk kt entry hari ni. Benda yg sama jugak. Simple & meriah for me.

Weekend baru ni melayan sakit kepala. Bkn sbb apa, sbb durian. Kat rumah ni kemain beli durian penuh boot kereta my nephew. My mum lah yg beli. Nak buat tempoyak katanya. Ada yg elok tu dorang kenduri makan. My BIL balik dr outstation pun bwk durian. Kemain lah dorang kenduri besar2an lepas terawih. Lyn & Puteri mmg berkurung duk dlm bilik. Dah selesai baru keluar. hehehe

My mum plak buat tempoyak. Kat tgh2 ruang dapur dibuatnya. Nak tak nak dah jadi laluan Lyn ke hulu ke hilir. Redha jer lah. Bila lalu tutup hidung dgn tuala. Esok nya terus pening kepala tak hingat. Sampai hari ni pun ada sakit baki pening nya. Jadinya balm lah peneman setia Lyn. Hope makin ok.


Diari Ramadhan : Day 9 - Day 12

Hi LoVers,

Salam 19 Ramadhan semua.

Tinggal seminggu lebih jer kan kita berpuasa. Lepas tu dah raya. Ermm korang dah shopping raya ker?? Lyn tak lagi. Satu hapa pun tak beli. Mcm my mum cakap lah, tak raya pun shopping. So just siapkan semua untuk my mum jer dulu. Lyn later lah. Minggu ni still ada masa lagi. Boleh lah beli kot2 ade yg berkenan. Baju kat tailor pun esok lusa baru ambil. 

Menu berbuka puasa pun simple2 jer. Korang pun tau kan. Bazaar langsung tak pergi. Syabas!!! Mmg tak teringin langsung.  

Day 9

Day 10


Day 11

Day 12

Simple & meriah for me lah. Tu pun kekadang tak habis. Owh sebenarnya yg berbuka kat rumah ni 7 org termasuk my niece. Itu pun klu dia balik from Uni. If not mmg kitorang berenam jer. Kekadang Puteri join berbuka sekali. Tu pun weekend jer. So hidangan mmg kena buat untuk dua meja. So kira ni main table lah yg Lyn snapped hari2. Main table ni my uncle & BIL jer yg duduk. Kitorang kat meja lain. So apa yg ada kat main table, itu jugak lah yg ada kat meja kitorang. Klu ada lebih pun, menu untuk tekak memasing. Ermm hari2 mmg mcm tuh. 

Tradisi ini mmg dah bertahun2 dah. Tetap kena ada 2 meja. Kira meja untuk lelaki & meja untuk perempuan. Hahaha. Mcm tu lah kira2 nya. 

Ermm mcm mane persiapan raya korang?? Kuih raya dah buat?? Lyn beli jer semua. Tak buat langsung pun. Hari tu jer konon2 nak buat kuih tradisi family. Tapi mcm tak sempat jer. Tgk lah klu last minute nnti. Mane tau menjadi :) *dlm mimpi kot. Hahahah*


Hello Weekend!!!

Hi LoVers,

Salam 16 Ramadhan semua.

Today skipped lagi entry Ramadhan. I'm not feeling well since yesterday. Migraine & flu. But I feel better today. Tapi dugaan sungguh lah bila time puasa gini. Sabar jerlah. Plus minggu ni ada benda nak kena submit untuk next project. So tak boleh nak MC sgt.

Finally, the report already submitted yesterday dgn jaya dgn mendpt kepujian yer dgn my bos. Alhamdulillah. My boss ni mmg mudah puji & senang ucapkan terima kasih,  dgn kata2 yg baik bila staff dia buat kerja dgn baik. Tak mcm bos Lyn yg sorang tuh. Nak ckp terima kasih pun payah, mcm ada emas dlm mulut dia. Hahaha. So lega semua dah siap.

Eh byk pulak ko membebel Lyn. hehehe.


As usual tak mau tulis pjg. Just want to wish have a great weekend. Minggu ni boleh lah pergi shopping raya kan korang. Lyn tak sure lagi. So far takde plan. But sometimes kan semua last minute. So tgk lah nnti camne.

Once again, have a great weekend & happy shopping!!!

[Pic, credited to Google image]