Family Open House & Makan-Makan

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Hari ni nak cerita pasal our raya open house. Raya dah habis, siap dah nak raya qurban, Lyn baru terhegeh2 nak update pasal raya. Hehehe. Maklumlah malas tahap gaban skrg ni. Kurang bersemangat nak menaip entry skrg ni. Huhuhuhu

Ok, our raya open house held on 1st Aug 2015. 2 weeks after raya. Selalunya kita buat last2 Syawal, thn ni kena buat awal sbb nak sekali kan reunion Abg Long Lyn kat rumah dia. So Sabtu kitorang punya raya open house, Ahad tu reunion Abg Lyn. Bkn apa, khemah yg kitorang guna tu, sekali gus tuk dorang jugak. 

Biasalah kitorang klu nak buat majlis mcm ni, seminggu awal dah siap prepare mcm2. Well prepared. Semua ada task. Takde sapa boleh mengelat. Lyn dah siap2 bg tugas. So buat lah tugas masing2 sampai ke hari majlis tuh. Masak2 kita awal pagi Sabtu. Tapi Jumaat malam tu kita dah buat apa benda yg perlu buat lah. 

So sabtu tu kita dah siap dr awal pagi lagi. Lyn pulak kena kuar sekejap. Tapi sebelum tu Lyn dah siapkan semua tugas yg Lyn kena handle. Settle kan hal kat luar & sampai rumah lebih kurang 2.30pm. Sampai rumah pun, org masjid tgh baca doa kat rumah. Jemputan pun baru start nak dtg. 

Chocolate cake made by my niece for our hari raya open house. Mknn lain biasa2 jer. Nasi impit, kuah kacang, mee hoon sup, mee sup, laksa, tauhu sumbat, mee kari, kueh teow goreng, kuih muih, buah2an, ayam bakar, air & makanan lain. Lupa dah. hehehe.

Selesai orang masjid, tetamu lain pun dah start ramai. Tgh beria2 melayan org, tiba2 hujan turun. Lebat pulak tuh. Kesian pulak dgn org2 yg dtg berpayung2. Even hujan lebat, jemputan tak putus2 dtg. Terpaksa lah masuk rumah sbb nak mengelakkan masing2 dari kena hujan. Yelah, nak buat mcm mana kan. Dah nak hujan. Hujan rahmat kata org. 

Lama jugak hujan nak reda. Behenti sekejap then sambung balik. Tak sempat nak bergambar dgn kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang ni semua ada slot masing2. So slot Lyn jul 3pm - 6pm. So time tu penuh lah kawan2 Lyn yg dtg. Kitorang buat mcm besar2an terus senang. Sekali masak, sekali penat. Klu jemput2 skit, payah. Lagi pun dah tiap2 thn mcm ni. Small matter. 

My ex-schoolmates. Dorang dtg sekali harung. Senang nak melayan. Mcm2 kerenah dibuatnya. Ade yg Lyn dah pernah jumpa sebelum2 ni, dan ada yg baru jumpa 1st time masa kat rumah Lyn. Alhamdulillah dorang masih ingat lagi. Tapi Lyn lah yg byk lupa. Maklumlah Form 4 jer dah pindah sekolah lain. hehehe

Dgn anak2 masing2. Pasangan masing2 jadi penonton jer. Teruk dorang lupa nak amik pic ramai2. Actually ramai Lyn jemput. Tapi ini saja yg dpt hadir. Sbb masing2 ada jemputan lain. Actually lepas je rumah Lyn ni, ada lagi 3 buah rumah yg buat open house. Tapi Lyn tak dpt lah nak join. Dah rumah sendiri pun buat sama. 

Dorang balik jer, kawan2 Lyn yg lain pulak dtg. Actually kawan2 rapat jer yg Lyn jemput. Mcm ex-schoolmates mmg wajib. Sbb baru this year dpt jumpa dorang semula. This year, we can't effort to invite everyone. So only relatives, close friends & neighbours jer yg ada. In Sha Allah klu ada rezeki, adalah nnti yer. 

Our family open house ended at 9pm. Seriously mmg penat gila2. Sampai dah tak larat nak jalan. Penat mengemas mmg sampai dua tiga hari baru settle. Settled & kita kemas semua sampai licin. Then sambung pulak dgn family makan2. Mau tak penat. Yg ni sampai midnight. Mmg gila lar. Hehehhee. 



Buat BBQ pulak. Hehehehe. My bro beli ikan, kerang & hotdog. Yg membakar nya anak2 buah Lyn. Walaupun penat, muka pun dah sememeh, dorang berjaya menghabiskan nya. Hehehe. Tak menyempat2 dorang ni BBQ. Mcm lah takde hari lain. Bak kata my bro, biar penat sekali. Ni klu buat 2 3 kali, tak larat wooo. 

Kitorang melepak, berborak & bergossip sampai ke midnight. Group bapak2, group bujang2, group mak2, group anak dara. Masing2 dgn topik masing2. Berkumpul satu meja masing2. Ntah hape yg kitorang borak pun tak tau lah. Biasalah klu dah ramai2 gitu mmg mcm2 topik yg keluar. Seronok pulak melepak malam2 dgn family. My mum jer tak join. Tgk tv. 

By 1am, kita dah kemas kat luar siap dgn sapu sampah. Dah bersih dah. Tinggal satu khemah jer tuk reunion Abg Lyn next day tuh. Yg tu kita tak involve pun. Semua catering. Sambung lagi kemas dlm rumah. Dkt pukul 3am baru lah masuk tidur. Punya lah penat. Allah saja yg tau. 

Even penat pun, tapi mmg seronok. Bila lagi nak buat aktiviti mcm ni klu tak time raya. Betul tak?? ermmm esok kita sambung lagi pasal open house yer. Bye!!!


2 comments:

Mummydearie said...

Masa emak akak masih tinggal di rumah kampungnya tiap-tiap tahun hari raya ada open house siap pasang khemah macam kat rumah Lyn ni. Abang akak lagi best, open house dia hanya untuk ibubapa murid yang diajar renang aje. Yang lagi best mereka semua Cina. Bayangkanlah time kita sambut hari raya rumah akak penuh kaum Cina menjamu selera! Dah macam raya Cina pulak. Tapi nak buat macamana dah special request dari ibubapa anak-anak murid my brother. Kami akur ajelah!

Lyn Yusoff said...

MD,
tu lah tradisi kitorang tiap2 thn kak.. time tu lah nak jumpa sedara mara. klu tak buat, mmg org tak dtg. raya skrg bkn mcm raya dulu. raya skrg tunggu open house jer..