Raya Open House - Part 2

Hi LoVers,

Ermmm beria nak buat part 1 & part 2 bagai. Padahal tinggal 2 jer open house yg tinggal. Perahsan mcm byk kan Lyn. Heheheh. Byk jemputan, tapi tak dpt nak hadhir. Huhuhu

Touched down Subang Airport, balik rumah dpt lah rest sejam dua. Then terus siap2 ke rumah my nephew. Dkt jer dgn rumah kitorang. Dia buat makan2 untuk family belah kitorang & belah wife dia. Jiran2 terdekat pun dia jemput gak. Tu pun buat slot siap2. Belah kitorang petang lepas Zohor & belah wife dia malam. So yg ada2 pun family kitorang jer plus family mertua & jiran terdekat. Pic pun tak amik. Biar tuan rumah yg amik. Kitorang makan & lepak2 jer. 

Perasan tak muka ku yg pucat tak cukup rest & tidur. Layan kan jer. Baju pun recycle jer. Malas nak pikir pakai baju apa. Kang klu cakap takde baju, mau kena perli dgn adik beradik. hehehhe

Someone dah dpt kaki skrg. Kemain tersengih dia. But he's refused to hold my hand. Kita pegang, dia mintak lepas kan. Bkn apa, jalan tar kan. Takut jatuh nnti luka pulak kaki. Lepak2 jap sampai petang gak, baru balik. Ikutkan hati nak lepak lagi. Tapi Lyn ada another open house lepas Maghrib tuh. Balik bersiap, lepas Maghrib terus keluar.

It was grand finale of Syawal at my friend's house. Kira ni 1st time nak jumpa kawan2 lain jugak. Mmg ramai jugak katanya yg di jemput. Bila berkumpul mmg ramai. Penuh rumah kawan tuh. hehhehe. Semua bawak family kan. Ada dua tiga kerat jer yg single. Hehehe

Group perempuan jer

My ex-schoolmates. Sebahagian jer pun. Klu bergambar dgn laki bini termasuk anak2, lagi ramai. Tak cukup frame kot. hahaha. Owh yer, tuan rumah yg belah kiri pakai baju peach. Laki bini sekolah sama, sebaya. Cuma lain kelas jer. 

Of coz dgn BFF. Bergambar berdua dgn dia ni mana boleh tinggal. Hehehe

Kitorang settle around 10.30pm kot. Tapi ada jugak yg balik awal sbb anak2 dh penat. Ada yg menangis. Kena lah beransur pulang. Lyn & bff antara yg lambat balik. Siap tapau makanan lagi. Bkn sengaja tapi tuan rumah yg paksa bawak balik. Katanya nnti takde sapa yg makan. Dari terbuang baik bawak balik. Eh orang lain pun tapau gak. Bkn Lyn sorang jer.

So balik lah dgn aman kerumah dgn pantas sbb ada mission lain selepas tuh. Ermm mana boleh cerita. Rahsia. hahahaha.

Ok, done with raya open house part. So lepas ni boleh cerita bab lain pulak. Bye!!!


2 comments:

Mummydearie said...

Beria-ia jugalah open housenya walaupun kata sikit. Tak capek ke Lyn? ^_^ Kalau akak macam ni memang sehari sebuah rumah ajelah. Kalau dah 10 lebih ada lagi mission, oh memang semangat waja nih :)

Lyn Yusoff said...

MD,
dua jer tu kak.. tak lah capek mana..
klu 4 mau tak larat mcm sbelum2 ni..