In One Day

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Ermm agak lama cerita ni terperam dalam draft. Baru hari ni teringat nak publish. hehehehe. It was last month outing with my bff, Erin & her kiddos. 

1st thing in the morning we went to Ikea Cheras. Finally!!! Kita sampai sana like around 10.30am. Awal kan. Sbb lepas tu kita agenda lain. Actually plan yg awal mmg tak pergi Ikea pun sbb kita mmg ada tempat lain nak tuju. Tapi my friend malam tu WA Lyn, ajak teman dia pergi Ikea nak beli barang. Since Ikea Cheras jer yg dkt dgn Bangi, maksud Lyn yg senang, so Lyn ok jer lah. Ater awak duk tumpang dia. So I oolsss ok saja. 

My 1st went there. Besar betul Ikea Cheras ni. Sbb kita dtg awal pagi, so senang lah nak cari parking. Sampai kita terus round satu Ikea. Tapi tak lama sgt sbb lepas tu kita kena ke Bangi ada kenduri. So tak sempat belek2 sgt. Cuma jalan2, cari barang then terus kita balik. 

Sebelum gerak balik kita bergambar dulu. But seriously mmg besar & showroom dia mmg luas betul lah. Org tak ramai maybe sbb awal lagi. Tapi seronoklah nak shopping tak gesel2 bahu. Kiranya aman gitu. Hehehe

Lyn with my lovely bff. She's the one yg rapat dgn Lyn dari Form 1 till Form 3. Berpisah, kemudian berjumpa semula thn lepas, dan kembali rapat. Dia lah kawan yg selalu pinjamkan bahu klu menangis. Thanks nget. 

Settled jer kita terus menghala ke Bangi. Mmg rasa jauh sungguh lah Bangi ni even lalu highway pun. Klu sorang2 drive mau mati kutu. Nasib lah ada gang, boleh lah borak2 sambil bergossip. Oppsssss....

Owh yer, ada kenduri rumah my friend. Sempena kenduri doa selamat & her birthday. Kita sampai2, terus jer makan. Dah lapar kan. So kita bedal makan dulu siap2. hehehe. Lauk2 kampung jer. Tapi mmg sedap. Dapat lah lepak & catch-up new thing bertiga. Byk lah benda yg di borakkan. Sbb dia jarang ada bila kitorang lepak. Busy kerja. Once dia roger nak lepak tu, kena lah available sentiasa. Hehehe. Lepas dia potong cake & lepak, kita gerak balik. Sebelum tu kita ambil pic dulu. 


Klu nak dikisahkan tentang my friend sorang ni, Lyn mmg satu sekolah dgn dia. Tapi bkn sekelas. Ayu & Erin ni sekampung. Lyn mmg tak rapat langsung dia Ayu ni zaman2 sekolah dulu. Kerek ok dia ni. Kira zaman sekolah mmg jarang bertegur sapa. Sekarang ni, dia lah yg paling rapat dgn Lyn. Tu lah org kata, tak kenal maka tak cinta. hehehe. Owh dia dah kahwin, anak tiga. 

Lepas pepeluk, cecium, cepipi, kita gerak balik. Our next destination is Mitsui Outlet Park. Our 1st time too. Sampai sini, panas nya Ya Rabbi, mmg berdenting. Sbb tu kita berkaca mata. hahahhaa

Pergi bkn saja2. Kitorang mmg nak cari brg. Plannya dah berminggu2 nak jengah Mistui ni. Baru hari tu dpt pergi. Sbb klu nak pergi saja2 mmg tak lah. Jauh kan. Disebabkan dah ada kat Bangi, kita pergi jer lah. Tak jauh pun dr situ. Sekali jalan org kata. So mula sessi mencari brg & shopping. Penat jugak lah berjalan. Besar jugak lah Mitsui ni. Tapi tak dpt lah nak bergambar sakan, sbb masing2 khusyuk mencari barang. hehehe.

Mission tercapai, terus lah kita balik. Otw tu hujan punya lah lebat sampai jalan pun tak nampak. Ingat nak balik terus, tapi my friend ajak singgah AEON Bukit Raja nak cari brg. So Lyn teman lah dia. Cari brg, sempat jugak dia ajak lepak minum2. Anak2 nya kelaparan. Maklum lah time kat kenduri tak makan byk. Dah balik mau ckp lapar. So lepas makan, solat jap terus dia hantar Lyn balik rumah. Dlm 8.30pm gak lah balik. Kira2 lebih kurang 8 jam jugak keluar. Ermm mcm lah tak pernah Lyn. hehehe

Bkn tak pernah, pernah. Tapi letih ya amat. Dlm 1 hari dibantai nya 4 tempat sekali pergi. Mau tak capek. hhuhuhu. Ikea Cheras, Bangi, Mitsui & AEON Bukit Raja. Yg Ikea tu mmg wajib repeat balik. Sbb hari tuh main tgk2 jer. Tak sempat bak belek satu2. Mitsui tu tak payah. Tak menarik sangat lah pun. But it was ok, klu nak pergi.

Ermmmm.. malam tu mmg tidur tak hingat dunia. Punya lah penat. Tapi best. Bkn selalu dpt spend time dgn kawan2 sehari suntuk mcm ni. Jarangggggggggggggggg sgt ok.


Hands up!!!

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Ada siapa2 tak suka Hari Jumaat?? Sure tak kan. If tak suka tuh, something wrong somewhere lah gamaknya. Setiap hari Jumaat jer muka ceria semacam. 

This weekend mmg full. Sabtu ada hal yg perlu di uruskan. Bukan shopping lah of coz. Hahaha. Ahad ada kenduri kat rumah my sis. Dah lama takda kenduri2 ni. Ramadhan pun tak lama lagi. Sure ramai yg buat kenduri nanti.

Oklah better stop now.

Happy Friday & have a good weekend!!!!


Wordless Wednesday #222




Hilangkan Eyebag

Lyn ada masalah eyebag dari dulu sampai lah skrg ni, lagi2 bila tak cukup rest & tidur. Buat lah cara apa sekali pun, eyebag tetap ada. Lyn mmg tak pernah makan vitamin nak hilangkan eyebag ni. Kadang2 gunalah petua org dulu2 letak tomato or timun segala bagai. Tapi buat nya sekali dua. Mmg lah tak menjadi jawabnya. Hahahaha

Baru2 ni Lyn ada google cara2 untuk hilang kan eyebag ni. Mostly cara2 ni Lyn tak pernah try pun. So some other tips for sharing. Hope berguna untuk mereka2 yg ada eyebag aka mata panda ni. 

  • Urut mata menggunakan krim badam selama 5 minit lalu lapkan dengan menggunakan kapas.
  • Lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndam dengan air susu untuk mengurangkan kesan lebam di bawah mata.
  • Basahkan kapas dengan air mawar lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.
  • Parut kentang dan ambil jusnya lalu disapukan kepada sekitar mata.
  • Bungkuskan kiub ais di dalam kain kapas bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan tekapkan pada bahagian mata selama 1 jam.
  • Urut bahagian lingkaran bawah mata menggunakan krim pemutih lembut untuk menghilangkan lebam bawah mata.
  • Sapukan jus timun pada bahagian mata setiap hari sebelum tidur.
  • Kisarkan isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon lalu sapukan pada bahagian lingkaran bawah mata sehingga kering.

  • Lepas ni boleh lah try. Yg penting kena konsisten. Baru lah menjadi :)


    Detox

    Hi LoVers,

    Good morning everyone!!!

    Happy Monday yer. Jgn Monday blues pulak hari ni. Tapi biasalah hari Isnin jer mmg lah mcm tu rasanya. Jgn ckp org, Lyn pun rasa mcm tu jugak. Tapi apa nak buat, kita ni bekerja, kena lah kerja. Klu boleh duduk rumah goyang kaki, lama dah buat. Hehehehe.

    Tapi selalu kena fikir, kerja itu ibadah. Tak baik mengeluh. Peringatan untuk diri sendiri jugak tuh.

    Sejak 3 hari ni Lyn kerap sakit perut. Tapi bukan sbb gastrik or sakit apa pun. Mmg sakit perut yg di sengajakan. Hehehe. Kenapa Lyn ckp mcm tuh, sbb Lyn tgh melalui proses detox yg kaw2 sgt skrg ni. Maklumlah bila usia sudah meningkat kesihatan perlu dijaga dgn betul. Bkn boleh makan yg bukan2, mula lah perut buat hal. Mkn pun skrg ni Lyn tapis2 jugak. Tak main belasah mcm dulu.

    So sebelum2 ni mmg Lyn amalkan detox, tapi separuh jalan. Bila dah nampak kesannya, Lyn stop. Banyak kali jadi mcm ni. Benda2 ni kena konsisten, baru lah menjadi. Klu dah separuh jalan stop, tak menjadi lah jawabnya.

    Kali mmg Lyn nekad nak buat juga without failed & stop separuh jalan. So sejak buat ni last week, mmg perut kerap sakit sbb asyik 'membuang' jer kerja nya. Lyn payah yer nak buang air besar sbb tak makan byk sgt. Tapi sejak amalkan detox, mmg kerap. Sikit2 mmg ke toilet buang air kecil & besar. Eh sorry tercakap pulak. Hehehee

    Rasa bdn sgt fresh tidur pun lena. Badan pun rasa ringan.

    Korang klu rasa nak amalkan buat lah dr sekarang. Yg penting konsisten. Baru lah menjadi :)

    Fri-Nally

    Happy Friday & have a good weekend everyone!!!!


    The Cakap









    Wordless Wednesday #221

    Cute betul :)



    Kelebihan Teh Hijau

    1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

    Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

    2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

    Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

    3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung

    Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah,saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

    4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

    Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

    5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

    Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

    6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

    Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

    7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

    Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam tehboleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

    8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah

    Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

    9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

    Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

    10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria

    'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

    11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

    Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.


    Hello!!!!

    Hi LoVers,

    Good morning everyone!!!

    Holiday is over due to Chinese New Year eve. Back to work today. Mood pun dah lari ntah kemana. Maklum lah cuti seminggu, mmg payah lah nak tune balik. hahahaha. Pagi ni nak dptkan mood balik serious bercinta sungguh. Moga2 mood berkerja mcm biasalah walaupun dah cuti panjang. In Sha Allah.

    Lepas ni mmg takda lah cuti pjg mcm ni. Tunggu CNY tahun depan plak. hahahha.

    Nothing to update actually. Spt biasa mood menulis pun kedaung gak. Sbb dah lama tak menulis. So mood bekerja & mood menulis mmg dah jauh pergi. Baru nak catch-up balik ni slowly. 

    Owh btw, my new trial make-up set for eyebrow. Lyn mmg tak reti sgt nak buat eyebrow. Kira failed lah sbb dah lama sungguh tak praktikkan. Skill klu lama tak buat, mmg hilang lah. So baru2 ni duk scroll instagram, adalah seller yg jual set eyebrow gini. So Lyn beli lah untuk mahirkan skill ni balik. Set ni murah jer, brand pun biasa2 jer. For trial oklah beli set yg biasa2 jer. Nnti dah expert baru beli yg branded skit.

    Tapi, janji Lyn ni mmg payah skit nak percaya. Dah pergi Sephora last week, sempat perembet eyebrow set by Benefit. lalalalalalalla :))


    Nak Fakta









    Holiday Mode

    Hi LoVers,

    Good morning everyone!!!

    Chinese New Year just around the corner. Today is my last day before Chinese New Year eve. Will be on holiday starting tomorrow till 14th February 2016. 9 days in total. hehehehe. Pretty excited, and I must say this!! Since majority is chinese in my office, so mmg jadi kemestian tiap2 kali CNY mmg cuti pjg.

    Will be away for short trip next week. In Sha Allah. 

    Hari yg berbaki tu mmg lepak kat rumah jer or else jalan2 jer area sini. 

    So korang cuti berapa lama?? Ke ada yg lagi lama dari Lyn? Syok tu cuti pjg sbb lepas ni jgn harap lah nak cuti pjg lagi kan. hahaha

    Btw, I will update my blog as usual except on weekend. In Sha Allah if mood rajin tu dtg. hahaha.

    Last but not least, have a great long holiday everyone!! Take care & drive safely. Jgn nakal2 :)

    Cheers :)


    Girls' Day

    Hi Lovers,

    Good morning everyone!!!

    Such a perfect day to go on our first outing. This was our first outing after new year. Early morning went to Damansara for short meeting. I bought them together with me. So time Lyn meeting, dorang minum2 kt meja lain. Tak lama sgt coz my partner ada hal selepas tuh. Settled & terus ke Ikea Damansara. Time tu penuh dah parking, but luckily dpt gak satu parking nearby entrance. So lucky.

    Then terus ke The Curve. Cari brg yg patut untuk Lyn dulu especially for my trip this year. Mmg tak pernah or else takkan complete selagi tak pergi. hahaha. Org fussy mmg mcm ni.. Hahahahah

    My lil bodyguards during that day. Dah bersiap semua, baru noticed semua pakai tudung hitam. Tak janji pun. Puteri pun rambut hitam.. hehehe. Settled beli brg separuh, kita lunch dulu. Klu bawak Puteri, mmg kena makan on time ye, dia kuat makan. Klu lambat skit jer, tau lah perangai dia. hehehe.

    She's love this shop. Pulau Ketam restaurant. Klu ke Ikea ni, mmg situ lah tempat yg dituju kan. Steamboat. tak boleh nak try makanan lain. My niece yg dua org tuh siap ugut2 dia lagi nak ajak Lyn makan kat kedai lain, biar dia makan steamboat sorang, tak di bagi nya. Tak habis kata "I love this shop!! I want steamboat!!"
    Ko rasa?? Mmg kitorang selalu kalah. huhuhu

    Our selection of menu. Kat sini makan korang boleh decide samaada nak ala-carte or set. Sup pun ada dua, plain soup or tomyam. But kitorang selalu pilih tomyam. Nice....

    Lepas makan kitorang berpecah. My niece yg dua org tuh beli brg kat Ikea, Lyn & Puteri pergi The Curve mencari barang lagi yg tak habis2. Penasihat yg dua org pun takde nak bagi idea. Lol. Last2 rembat jer ikut kata hati. Malas nak pikir. 

    Berjumpa dia Starbucks IPC. Mula2 decided nak balik jer sebab Puteri ada class taekwando pukul 4pm. Tapi kul 3.15pm still kat Ikea lagi. Klu balik pun rushing. Last2 call my SIL sbb tak dpt balik on time. So ponteng lah sekali. Suka dia. Katanya penat. Nak rest sehari tak mau pergi. But only this time Adik, next time tak boleh okey. Jadinya kitorang lepak lah kat sini minum2 dulu. 

    Tengah2 lepak, boleh plak teringat nak beli satu benda. Eh ada saja yg ko nak beli Lyn, ingat dah habis. Rupanya ada lagi. Baik ko angkut semua kedai kat situ. Hehehhee

    Cari jugak lah sampai dpt. Klu tak dpt kang, mau termimpi2 #Eh...

    Settled semua apa yg nak dicari. Tapi tak complete lagi. Tunggu next outing pulak. Sure ada jer yg nak di beli. Balik around 6.30pm. Pengsan woiiiii. Penat..

    Sebelum tu nak belanja pic tuan punya blog. 

    - End -


    Minum Petang

    Hi LoVers,

    Good morning everyone!!!

    Coming back here. This blog. My diary. Actually semalam menulis jugak. Tapi time tak betul. Supposed on 8.30am, tapi bila mlm tadi check 10.30pm. Ni gara2 terlupa tukar time lah ni. Hahahaha.

    Weekend baru ni during day off due to Thaipusam. I didn't go anywhere. Lepak kat rumah memasak since my mum tak berapa sihat. So anak2 yg amik tugas. Lunch mmg tak masak, sbb masing2 heavy breakfast. So minum petang nnti kita baru buat lah ape2 yg patut.

    Dan terhasil lah ini. Taraaaaaaaa............

    Ubi goreng. Lama dah mengidam

    Kuih seri muka

    Lawan pulak dgn teh O panas. Mmg sedap layan minum petang sambil ditiup angin sepoi2 bahasa. Bukan selalu dapat mcm ni. Klu pun simple, tapi masa bersama tu yg penting.