Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

The Making of Bread Pudding

Weekend baru ni mmg Lyn takde activity ape2 pun. I didn’t go anywhere. Just lepaking at home. So I just want to share what I did last Saturday. Baking pudding. Yeayyyy!!!

Actually, lama dah Lyn teringin nak buat pudding roti ni. Tapi tak berkesempatan lagi. So malam minggu hari tu, sambil2 layan cerekarama, Lyn buat lah sorang2. Bukan susah sgt pun. Very simple with simple recipe. Recipe ni pun Lyn Google. Nak cari yg senang jer. Akhirnya jumpa gak yang senang. hehee

Sempat lagi pergi My Mydin berdekatan nak beli susu cair & roti. Yang lain2 mmg dah sedia ada kat rumah.

P1080660

  • 6 keping roti - dicarik-carikkan
  • 3 biji telur (gred A) - dipukul sedikit seperti hendak buat telur dadar
  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan mengikut kemanisan yang diinginkan)
  • 3/4 tin susu cair
  • Sedikit esen vanila
  • 2 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
Cara-cara

P1080662 Gula dihanguskan terus di dalam loyang sehingga perang dan biarkan sejuk.

P1080665 Telur, gula, susu cair dan esen vanila disatukan di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.

page1 Masukkan roti. Mengikut recipe 6 keping roti je yg digunakan. Tapi Lyn letak 10 keping. Sbb loyang ni agak besar & campuran telur tu masih byk. Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

P1080677 Taraaaaaa…. pudding roti yang sudah siap dimasak. Tak tahan betul cium bau dia yg nyummm2 tuh. Rasa nak makan gak time tu. Tapi panas lagi. Baru lepas kukus. Lepas je sejuk, Lyn masukkan dlm fridge. Ikut recipe pun elok dimasukkan dlm fridge dulu.

P1080680Bila sejuk skit je, apalagi Lyn potong je lah. Tak sabar nak rasa masakan air tgn sendiri. Sedap. My mum & niece pun ckp sedap. Sambil makan sambil layan Bujang Lapok.

Next day tuh, masing2 duk rasa skit2. Lagipun buat satu loyang sederhana jer. Maklumlah cubaan kali pertama. Walaupun senang, tpi klu baru 1st time buat takut plak tak jadi. Jadinyer kita try skit2 dlu.

Cubaan pertama adalah berjaya. Next boleh buat byk2 jamu my family makan plak. Hehehe

Caramel Puding in the House!!!!

Finally, I made my caramel puding last Saturday night. Yeaayyyyy!!!

Dalam pada melayan cerekarama Kasih Sejati @ TV3, sambil blogging, sempatlah Lyn masak caramel puding ni. 3 in 1 okey!!! Hehehe. Dah lama dah teringin nak buat baru lah hari tu berkesempatan. Gigih tak saya. heheheheP1040603Resepi nak buat caramel puding ni sangat lah senang. Nak buat pun senang. Sap sap soi sure jadik punya. Hehehehe..

Adunan A

  • 5 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung castard dibancuh dengan air

Adunan B

  • 4 sudu besar gula - dihanguskan

P1040604 Campurkan semua adunan A tadi sehingga sebatiP1040594Panaskan gula di atas api yang sederhana sehingga kekuningan. Seelok2nya terus dipanaskan di dalam loyang. Actually, ada incident berlaku masa Lyn masak gula hangus ni. Will update later yeah.. heheheP1040606Masukkan adunan A tadi didalam loyang yang telah diletakkan adunan gula hangus tadi. Kemudian dikukus sehingga 20 minit – 30 minit.P1040614Separa masak.P1040619Caramel puding yang telah dimasak. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan di dalam fridge. Adunan didalam loyang tadi Lyn terbalikkan di dalam pinggan.

Taraaaaaaaaaaaaa!!!!!!!P1040623Tempting rite????

Ini lah dia caramel puding hasil air tangan sendiri. Lyn masukkan caramel tersebut didalam fridge untuk hidangan esok hari. Actually boleh je makan selepas di masak. Tapi orang kata elok disejukkan dahulu didalam fridge. Baru lah sedap.

Tapi malam tu gak, my BIL & sis dah makan dulu. Tak sabar nak tunggu sampai esok. Sedappppppppp…Klu tak sedap pun tak pe. Maklumlah percubaan pertama. heheheP1040627Actually, senang sangat nak buat caramel ni. Dalam masa 1.5 hours, Lyn dapat hasilkan 2 adunan. Kat rumah Lyn ni, klu nak buat ape2 kena banyak2. Sbb adik beradik duduk keliling, takkan nak masak skit je kan. So 2 adunan ni cukup untuk diagihkan pada adik beradik Lyn. Semua dapat merasa. Alhamdulillah…

Eermm.. actually tak puas makan caramel ni. InsyaAllah weekend nanti boleh buat lagi. So kawan2, klu rajin boleh lah mencuba.

Sambil update ni pun Lyn still mengunyah caramel..

Yummmmyyyyyy…. yummmmmyyyyyyyyy… :D