Hari ini, bersamaan 17 Ramadhan 1432H kita menyambut Nuzul Al-Quran.
Lyn ingin mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Bersama-samalah kita menghayati hari yang mulia ini dgn membaca isi kandungan yg tiada tolok bandingannya.
Nuzul : Berpindah atau turun, iaitu dari sebelah atas ke sebelah bawah;
Al-Quran : Himpunan atau bacaan. Bacaan kerana ia dibaca oleh manusia. Himpunan kerana ia menghimpunkan pelbagai perkara termasuk aspek tauhid, ibadah, jinayat, muamalat, munakahat & sebagainya.
Nuzul Al-Quran adalah peristiwa turunnya kitab suci ini. Firman Allah:
“Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan bagi menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan bagi yang benar dan salah”
(Surah Al-Baqarah,ayat 185)
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraaan Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’.
Pesan Nabi Muhammad S.A.W.
“Aku tinggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada ke dua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku(Hadith)”
* Walaupun Lyn bekerja di tempat yg sepatutnyer bercuti pada hari Nuzul Al-Quran ini, tapi I kena kerja uolssss. Huarghhhhhhhh :((
Kepada yg bercuti, Selamat bercuti ye!!
[ Pic, credited to Google image]
2 comments:
salam nuzul quran..
Dee,
sama2 kak..
Salam Nuzul Al-Quran
Post a Comment