Oh pocot mak engko!!! Itulah perkataan yang sering disebut ketika melatah. Percaya atau tidak masyarakat kita terutama kaum melayu cukup sinonim dengan melatah terutama pada golongan berumur. Tapi kini, budaya melatah sudah menular tidak mengira umur. Baik yg tua mahupun yang muda. Menghibur dan mencuit hati katanya. Mungkin itulah yg diperolehi bagi menggambarkan mereka yg kuat melatah ini. Seperti yg kita tahu, apabila seseorang itu melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa apa saja perbuatan yg dilakukan. Keaadan tersebut akan berterusan jika dia terus diusik.
Wanita berusia sering dikaitkan dengan budaya melatah ini sehinggakan sesuatu majlis kenduri kendara bagaikan kurang seri tanpa mereka yg melatah ini. Tapi pada zaman ini, bukan sahaja wanita yang dikaitkan dengan melatah ini. Lelaki pun apa kurangnya. Adakalanya lebih teruk daripada wanita.
Saya sempat menemubual orang ramai, Mr. Fendy De Filipino Eduardo (bukan nama sebenar) berkata, dia akan melatah sekiranya ada orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun apa yang merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruahnya. Adakalanya dia sendiri merasa segan apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.
Bercerita mengenai melatah ini, pelbagai cerita yang yang kita boleh dengar. Adakalanya tak masuk dek akal langsung. Ada yg menyebut perkataan yg tidak senonoh, ada yg bercakap mengarut, menari dan mcm2 lagi lah. Kesian sungguh pelatah itu sekiranya berterusan diusik.
Mengikut kajian, pakar mempercayai melatah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.
Justeru itu, harus diingat walaupun melatah boleh menceriakan suasana tetapi ianya turut memberikan kesan yang negatif kepada si pelatah. Selain penat, adakalanya perlakuan pelatah ini menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.

ps: Moral of the story.. jgn suka menyakat org yg kuat melatah.. Ingat tuh...
3 comments:
kak lynn!!!
lina miss you!!
okay..
fyi laa..
Lina pon kuat melatah okay..
muda2 dah melatah.. haha..
- Lina RD
Lina!!
miss u too darlng..
wah2.. lina pun kuat melatah ehh..
actually kak lyn pun same..
tu ler.. muda2 dah melatah kan..
very the nenek2.. hahahahaa
tau tkpa..
kadang2 malu laa jgak bila melatah..
and paling malu sekali kalau kita terkeluarkan kata2 kesat kan.. tu yg kita kena control..
- Lina RD
Post a Comment