Teka Teki Teka Tekuk

1. Tikus apa yang ada 2 kaki?
2. Itik apa yang ada 2 kaki?
3. Kambing apa yang kita tak nampak?
4. Gurun mana yang tanamannya subur?
5. Buah apa ada gear?
6. Bunga apa warna hitam?
7. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
8. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
9. Sungai apa paling tajam?
10. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
11. Ikan apa yg miskin?
12. Apakah dia 'rumah di bawah, tiang di atas'?
13. Di Kuala Lumpur ada dua, Di Seremban ada satu, di Johor pula tiada
14. Rumah dalam bahasa inggeris apa? ( house ) Rumah terbakar panggil apa?
15. Benda apa paling dekat dekat dengan kita tapi susah untuk kita memandangnya?
16. Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya. Apakah ia?
17. Ada sejenis kuih yang ada macam-macam rasa kuih. Ada rasa karipap, ada rasa donat, ada rasa kuih pelita, ada rase apam, senang cerita ada rasa semua kuih la.. Kuih apa tu??

Cer teka.. cer teka..

Klu tak tau... ni jawapannya...

1. Mickey Mouse
2. Semua itik ada 2 kaki
3. Kambing yang menyorok
4. Gurun, Kedah
5. Sebuah kereta
6. Bunga tayar
7. Pisang goreng
8. Tumpah la
9. Sungai Lembing
10. Orang utan
11. Ikan kering
12. Kubur
13. Huruf 'a'
14. Panggil Bomba
15. Telinga
16. Keranda
17. Kuih-muih

No comments: